Siapa Gu!

INFORMASI FOTOGU.COM

  • Fotogu diasaskan sejak tahun 2007 oleh seorang internet marketer (IM) yang lebih dikenali dengan Hilmy Omar, yang juga merupakan ayahanda kepada Numan Hilmy, pemilik Fotogu.
  • Awalnya, idea Fotogu.Com dicetuskan untuk melahirkan satu laman web perkongsian berkenaan ilmu Fotografi sahaja. Apabila diperhatikan minat orang awam terhadap media secara amnya.
  • Kini, Fotogu.Com meluaskan skop merangkumi dunia fotografi, tutorial, rangkaian ke laman web terpilih dan update teknologi terbaru.
  • Dengan bangganya bahasa perantaraan Fotogu.Com adalah di dalam Bahasa Melayu kerana kami merasakan kita lebih mudah berkomunikasi dalam bahasa ibunda yang digunakan secara meluas di Malaysia.

APA ITU FOTOGU?

  • Fotogu sebenarnya berasal dari dua perkataan yakni 'Fotografi' dan 'Gu'.
  • 'Fotografi' berasal dari perkataan Bahasa Inggeris, 'Photography'. Mengikut Wikipedia,

Fotografi adalah proses, aktiviti, dan seni membuat gambar pegun atau bergerak dengan merakam sinaran pada suatu media sinaran-sensitif, seperti filem fotografi, atau sebuah sensor elektronik. Pola cahaya dipantulkan atau dipancarkan dari objek mengaktifkan kimia sensitif atau sensor elektronik selama pendedahan waktunya, biasanya melalui sebuah lensa fotografi di peranti yang dikenali sebagai sebuah kamera yang juga menyimpan maklumat yang dihasilkan secara kimia atau secara elektronik. Fotografi mempunyai banyak kegunaan untuk perniagaan, ilmu pengetahuan, seni, dan kesenangan.

  • 'Gu' pula merujuk kepada bahasa pantai timur, kebanyakannya dari Kelantan atau Terengganu yang membawa makna 'Kumpulan' atau 'Geng yang mempunyai sama ciri atau minat'.
  • Selain itu, Gu juga merujuk kepada nickname atau nama pena ayahanda pemilik laman web ini yakni Gurame.
  • Maka secara kimia dan matematiknya, Foto + Gu = FOTOGU.

MISI FOTOGU.COM

  • Mencetuskan kesedaran peminat fotografi atau bakal peminat fotografi terhadap pentingnya perkongsian ilmu dengan insan lain.
  • Melahirkan generasi bijak pandai tentang dunia media terutamanya dunia fotografi dan teknologi.
  • Menjadikan www.fotogu.com sebagai center atau pusat penyebaran dan perkongsian ilmu bermanfaat tentang dunia media amnya, dan seni fotografi khususnya.

SLOGAN FOTOGU.COM

" Melihat Dunia Dengan Lensa Semulajadi "

LOGO DAGANG FOTOGU.COM

  • Muhamad Arif Zaripin
    #1 written by Muhamad Arif Zaripin 1 year ago

    bgs idea ni..semoga lebih maju ea

  • hypersyndrom
    #3 written by hypersyndrom 1 year ago

    tahniah..truskn bkhidmat tuk Gu2x yg laen.. :D

  • roy
    #5 written by roy 1 year ago

    salam fotogu….1st ucapkn sybas datas tbuhnye web seumpma ni…sgt bgus n mnrik trutme bg bgneer mcm sye ni…heeee..sy bru brjinak2 dlm dunia ptograpi ni..tp syangnye dsbbkn trlalu xcited nk beli kmera,sy trslh plih dgn mmbeli NIKON COOLPIX P100…dlm cdgan nk amek DSLR…tula xsbar sgt..isk2..so nk mntak fotogu share kan care nk amek gamba yg cntik gune kmera ni..hehhehe..alaa…mcm gune DSLR tu….hope dpt kgsikan…thanxs

  • cg azmi
    #6 written by cg azmi 1 year ago

    keep in touch!! :)


  • *

    You may use these HTML tags: <a> <abbr> <acronym> <b> <blockquote> <cite> <code> <del> <em> <i> <q> <strike> <strong>

    CommentLuv badge

    Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.

  • Comment Feed for this Post
Go to Top