Cerita Gu!
Menang Canon 7D dari Canon Malaysia (English)
2Canon-PhotoMalaysia
March 2011 Photo Contest
OPEN for Submission!
Sponsored by Canon Marketing (M) Sdn Bhd

- Year End Grand Prize: Canon EOS 7D Body
- Year End First Runner Up: Canon EOS 500D + EFS 18-55mm Lens
- Year End Second Runner Up: Canon PowerShot G12 Digital Camera
- Monthly Prizes: Canon product worth more than RM500!
March theme:
OUR STREETS IN BLACK & WHITE
(MALAYSIAN STREETS IN B&W)
Submission period:
Now – 31 March 2011
Jury Decision:
April 2011
All entries MUST follow the following guidelines, if not the entry will be disqualified without notification.
Guidelines
1. Image Size: 500-1000 pixels on the maximum side. No restriction on minimum side. (eg. 1000x400 or 200x1000 pixels)
2. File Size & Type Requirement: 1MB maximum; JPEG with EXIF intact.
3. Submit using the ATTACHMENT function in this thread. Hot-linked images will be disqualified. Post a reply to this thread with your entry and the number of the entry.
4. One photo per theme per member. You are not allowed to change your entries once submitted.
5. Do not include a watermark in your image.
6. No borders/frames are allowed.
7. Any comments or unrelated posts will be deleted without warning.
8. Entrants MUST type “Agree to Canon-PhotoMalaysia Contest Terms and Conditions” when replying/uploading images to the contest. Without the above phrase, entries will be disqualified. Please read and understand the T&C in the post below.
Frequently Asked Question (FAQ)
Please click on the link below for questions and answers. This thread is ONLY for entries of this month competition.
http://www.photomalaysia.com/forums/...d.php?p=338308
Canon-PhotoMalaysia 2011 Photo Contest Terms and Conditions
Entrant Criteria
• Entrant must possess all necessary rights of the submitted photographs for the competitions.
• Submitted photographs must not have won any previous competitions, and must not have been previously published either in any print or online media.
• The organizer reserves the right to disqualify entries that do not meet with these criteria, and their decision will be final and non negotiable.
How to Enter
• PhotoMalaysia will publish a contest thread in the following board every month: http://www.photomalaysia.com/forums/...splay.php?f=27 .Submissions will be accepted the moment the thread comes alive. The submission thread will be closed at 9 pm or thereabouts on the last day of each month, and no entries will be entertained once the thread is closed. If you wish to participate, please ensure that you submit your entries well before the thread closure. It is intended that a new monthly competition thread will be opened one or two days before the first day of each month.
• Entrants must upload their entries to the Current Contest thread. Each photographer is allowed only one entry per month per theme.
• Entrants must type “Agree to PhotoMalaysia Contest Terms and Conditions” when replying/uploading images to the contest. Without the above phrase, entries will be disqualified.
File Format
• Maximum size per JPEG image uploading to the competition page: 1 MegaBytes (max: 1000 x 1000 pixels).
• All images submitted must have all EXIF info intact which must at least include camera used, aperture used, shutter speed, ISO and date taken.
• Original image must be at least from a 4 MegaPixels digital camera. Winners must later submit original image to PhotoMalaysia before prize to be given out. Photographers that failed to submit original images with the above requirements (original unedited image, 4MP, high quality with EXIF intact) will be disqualified and prize will be forfeited.
• For film users, winners must scan the film with a high resolution scanner (at least 1200 x 1800 dpi) and submit to PhotoMalaysia before prize to be given out. Photographers that failed to submit the high resolution scan images will be disqualified and winning status will be revoked.
Prizes (Sponsored by Canon Malaysia)
• Each month, depending upon availability, a Pixma MX357 printer or a Selphy CP800 Photo or a PowerShot A3100will be given out to winner of the particular month. Monthly contest will be held from January 2011 to December 2011.
• Monthly winners are entitled for the year end Grand Prizes - an EOS7D (Body only) for the Grand winner, an EOS500D (EFs18-55IS) for the first runner up and a PowerShot G12 for the second runner up.
Judging
• A Panel of Jurors will select 10 photos from the entries. The decision of the Panel of Jurors shall be final and non negotiable. By submitting an entry in the competition you signify your acceptance of all the rules of this competition.
• PhotoMalaysia reserves the right to overrule voting results and to disqualify or appoint new winner at any time.
• PhotoMalaysia will not discuss or respond to any inquiries or comments regarding the contest results.
Notification to Winners
• Monthly winners will be notified via email or private message at PhotoMalaysia forum by PhotoMalaysia within 7-14 days after the Panel of Jurors has made the decision.
• PhotoMalaysia’s members are advised to update their members’ information especially email in PhotoMalaysia to avoid break in communication.
• Should there be no response from the winners by the requested date, winning status may be revoked.
• Winners must submit high resolution JPEG or RAW images (see File Format for minimum requirements) to the organizer for such purposes as the production of publications, exhibitions, etc. Failure to do so will revoke the winning status. Submitted work and storage media will not be returned.
Rights of Entrant
• Entrants retain all copyrights and other equivalent rights to the entered photographs; the organizer will possess rights as stated below in “Rights of the Organizer.”
Rights of the Organizer (PhotoMalaysia)
• PhotoMalaysia as the organizer reserves the permanent non-exclusive right to publish, reproduce, display, distribute, and show on screen any winning photograph on web sites, photo exhibitions, trade shows, prints, or any other media which is under the management of the organizer. In all cases where such photographs are used, the organizer reserves the right to do so without obtaining the further prior permission of the winner and without offering any further compensation in any form.
• PhotoMalaysia reserves the permanent non-exclusive right to give permission to its subsidiaries and affiliates to publish, reproduce, display, distribute, and show on screen any winning photograph on web sites, photo exhibitions, trade shows, prints, or any other media which is under the management of the subsidiaries and affiliates of the organizer. In all cases where such photographs are used, the organizer reserves the right to do so without obtaining the further prior permission of the winner and without offering any further compensation in any form.
• In the event that an entry is found to contravene the entry requirements stated by the organizer, that entry will be disqualified. Entrants will, however, not be notified of such a judgment. PhotoMalaysia reserves the right to revoke winner status and revoke any awarded prize in the event that an entrant is found to be unsuitable after the prize is awarded.
Hidupkan Kamera Lama
1
SEORANG pekerja pembinaan di California, Amerika Syarikat (AS), Rick Norsigian tidak menyangka koleksi 65 keping filem negatif yang dibeli sedekad lalu kini bernilai AS$200 juta (RM638 juta).
Dia membeli filem negatif itu pada harga AS$45 (RM144) selepas membuat tawar-menawar menerusi jualan garaj di Fresno, Los Angeles dan selepas dicuci menjadi foto, saudara-maranya mendapati ia seperti rakaman jurugambar terkenal AS, Ansel Adams.
Bukan itu sahaja, peguam terkenal Baverly Hills, Arnold Peter dengan bantuan pakar seni mengesahkan ia adalah karya asli Adams dari tahun 1920-an hingga 1930-an.
Adams dianggap jurufoto hitam putih terbaik AS dalam memotret gambar landskap semula jadi terutama di Taman Nasional Yosemite dan sekitar Sierra Nevada.
Kini, orang ramai hanya mampu melihat koleksi foto Adams di Muzium Seni Moden San Francisco, AS kerana Adams telah meninggal dunia 27 tahun lalu semasa berusia 84 tahun.
Di Malaysia, bidang fotografi profesional dan komersial mula bertapak sekitar tahun 70-an malah terdapat jurufoto yang aktif secara profesional sejak tahun 60-an.
Antara individu berpengalaman dan digelar 'otai' dalam bidang fotografi filem negatif atau analog yang menjadi rujukan ramai jurufoto di negara ini adalah Redzuan Ahmad (Pak Wan), Hamzah Hurmin dan Raja Harun Redzuan.
Mereka merupakan antara pelopor dan tenaga pengajar pelbagai teknik fotografi bahkan turut menghasilkan buku sebagai panduan jurufoto dahulu hingga kini.
Namun, di sebalik kejayaan yang dikecapi individu terbabit, kamera filem negatif semakin tenggelam akibat kemunculan teknologi digital yang memasuki negara ini kira-kira 10 tahun lalu.
Digital
Penjualan kamera filem negatif semakin merosot malah ramai pemilik kedai kamera pada ketika itu gulung tikar dan ada yang pantas menyesuaikan perniagaan dengan menjual kamera digital.
Pemilik kedai membaiki kamera filem negatif, Albert Cheah, 46, berkata pada waktu itu dia cukup terkesan dengan kemunculan kamera digital sehingga hampir menutup kedai sekitar tahun 2000.
Dia yang aktif membaiki kamera sejak lebih 20 tahun lalu memberitahu, pelanggannya mulai susut ketika kemunculan kamera digital ke pasaran Malaysia.
"Macam mana perniagaan mahu jalan kalau semua dah tukar pakai kamera digital.
"Waktu itu pun kita tak tahu teknologi kamera digital malah kamera baru sudah tentu ada jaminan dari pengeluar," katanya.
Sebelum beroperasi di kedai sekarang yang terletak di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sejak tujuh tahun lalu, dia bersama ayah dan adiknya menjalankan perniagaan di Kompleks Selangor, Jalan Sultan.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun ini, kegilaan bermain kamera filem negatif mula terserlah apabila ramai pelanggan menghantar kamera lama untuk dibaiki.
Kamera filem negatif yang dianggap klasik seperti, Leica, Mamiya, Rolleiflex, Hasselblad, Minolta, Pentax, Yashica, Nikon dan Canon semakin digilai anak muda yang sebelum ini hanya pandai mengendalikan kamera digital.
Albert yang mula berjinak-jinak dengan kamera ketika berusia 12 tahun berkata, kemahiran membaiki kamera filem negatif tahun 70-an dan ke bawah yang dianggap klasik semakin jarang ditemui kerana proses tersebut sangat rumit dan memerlukan banyak kesabaran.
"Bagi membaiki sebuah kamera, masa yang diambil ialah di antara dua hingga tiga jam.
"Namun, ia juga bergantung pada jenis kerosakan," katanya yang pernah bekerja secara kontrak dengan syarikat Canon semasa zaman kegemilangan filem negatif.
Dedahnya, kamera lama yang paling sukar dibaiki adalah daripada jenama Leica dan Rolleiflex buatan Jerman kerana peralatan serta skrunya amat berbeza.
Tambahnya, bahagian yang sukar dibaiki adalah shutter kerana ia terlalu sensitif di samping harga alat gantinya yang tidak relevan.
Albert yang terkenal dengan sikap peramahnya memberitahu, sekitar tahun 90-an, kedainya di Jalan Sultan pernah didatangi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba.
"Pada waktu itu saya amat terkejut apabila Tun Ghafar datang ke kedai saya.
"Dia meminta saya membaiki kamera filem negatif miliknya daripada jenama Pentax," imbaunya.

SELAIN membaiki kamera digital, kedai Albert turut membaiki kamera analog yang kini mendapat perhatian golongan muda.
Dakwanya, sehingga saat ini, hanya empat kedai termasuk kedainya sahaja yang menawarkan perkhidmatan membaiki dan menservis kamera filem negatif di sekitar Kuala Lumpur.
Mengulas mengenai perbezaan antara kamera filem negatif dan kamera digital, Albert berkata, mereka yang bermain kamera filem negatif merupakan orang yang sabar dan mempunyai sedikit sifat 'emo' sebab itu hasilnya sangat berkualiti.
"Tidak seperti sekarang, kalau tersalah ambil boleh padam dan ambil lagi sehingga elok.
"Jika tak elok sekalipun mereka boleh menggunakan pelbagai perisian komputer untuk mengedit.
"Saya percaya kebanyakan jurufoto kini semakin hilang bakat menggunakan kamera filem negatif disebabkan mudahnya menggunakan kamera digital," katanya.
Dalam pada itu, adiknya, Andy Cheah, 43, yang turut bekerja di kedai sama memberitahu, pelbagai peralatan digunakan untuk membaiki kamera filem negatif.
Sebahagian peralatan yang digunakan diimport terutama dari Hong Kong.
Terangnya, antara peralatan itu adalah pemutar skru pelbagai jenis, peniup habuk (blower), pisau, playar, alat mengimpal logam dan cecair kimia khas bagi mencuci lensa.
"Kami juga menggunakan sabun bagi mencuci lensa kamera lama untuk membuang kulat dan habuk.
"Namun, sabun tidak sesuai digunakan untuk lensa kamera digital kerana ia agak sensitif.
"Walaupun komponen kamera bersaiz kecil, kami menggunakan lampu yang lengkap dengan kanta supaya kerja menjadi lebih jelas dan mudah," ujarnya.
Andy yang gemar berjenaka dengan pelanggannya memberitahu, permintaan untuk membaiki dan menservis kamera lama bukan diterima sekitar Lembah Klang sahaja malah warga Singapura turut menggunakan khidmat mereka.
Menurutnya, warga Singapura akan menghantar kamera lama dalam kuantiti yang banyak untuk dibaiki dan mereka akan datang dalam tempoh dua bulan sekali.
"Di Singapura pun ada kedai membaiki kamera lama tetapi daripada dakwaan mereka yang datang ke sini, hasil yang diberikan kurang memuaskan.
"Berbeza di sini kita akan proses sehingga pelanggan puas hati," katanya.
Dia yang terlibat membaiki kamera sejak di tingkatan satu memberitahu, selain membaiki kamera filem negatif, kedai mereka turut menyediakan perkhidmatan membaiki dan menservis kamera digital.
Bagi jurufoto sambilan, Jamallullail Abd. Wahab, 45, yang merupakan pelanggan tetap kedai tersebut sejak tujuh tahun lalu berkata, hasil kerja dua beradik itu memang kemas dan baik.
Dia yang pernah mengambil gambar untuk Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) pada tahun 2002 memberitahu, jika mengalami sebarang masalah pada kamera miliknya hanya kedai Cheah menjadi pilihan.
"Kedai ini istimewa kerana pemiliknya peramah dan harga juga boleh dirunding dan kebanyakan jurufoto yang saya kenal akan menghantar kamera mereka ke sini.
"Tetapi saya mengesyorkan jurufoto muda yang ingin mahir dalam bidang fotografi agar belajar bermain dengan kamera filem negatif dahulu.
"Saya gerenti selepas itu mereka akan mahir mengendalikan kamera digital," ujarnya bersemangat.
Sumber: KOSMO!
Induksi Fotogu.Com
4Haa..rasa tertarik? ada rasa best untuk blogging menggunakan WordPress? hehe.. tak pe.. pelan-pelan kayuh.. fikirkan yang mana terbaik untuk blog anda kerana setiap platform ada kelebihan masing-masing (termasuk Joomla!) .
OK, mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebab Fotogu.Com dicipta dan apa menariknya Fotogu.Com ni? Setelah sekian lama kami menjalankan freelance fotografi dan sekadar upload hasil-hasil gambar yang ditangkap ke Web Photoblogging, kami merasakan adalah perlu untuk kami melangkah satu lagi anak tangga atau tapak ke hadapan dengan melahirkan satu lagi 'Knowledge Sharing' atau perkongsian ilmu dengan setiap peminat fotografi dari seantero Malaysia mahupun dunia.
Kini, Fotogu.com turut bercadang untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara utama Fotogu.Com. Mengapa?kami melihat inilah sebagai salah satu langkah untuk memperkasakan lagi Bahasa Malaysia dan masih ramai yang 'takut-takut' untuk menggunakan bahasa ini sebagai perkara yang utama. Moreover (ops..) selain dari tu jugak, kami juga bercadang untuk memudahkan dan menarik minat setiap pembaca agar terus memberi komitmen kepada Fotogu.Com dengan tanpa susah-susah nk fikir vocabulary betul ke tak.. grammar betul ke tak...singular plural bla2x~ dah..dah..tok sah fikir tang tu.. kita mudahkan.. cakap Bahasa Malaysia~ amacam? ada bran?
Harapan terakhir kami, sokonglah Fotogu.Com dan Fotogu.Com mendambakan penglibatan yang meluas dari setiap 'Photographer' atau Jurukamera baik yang amateur mahupun yang profesional untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dunia media di Fotogu.Com.
Sebagai kata-kata semangat pertama dari kami. ucaplah 'Gu!'
Canon 7D Cedera Parah
4Semalam Fotogu.Com sedang melayari internet dan terjumpa satu website yang menceritakan tentang bagaimana seorang peminat kamera DSLR yang pergi bercuti dengan kereta terpakai beliau.
Tanpa disangka-sangka dalam perjalanan tersebut, kereta tersebut meletup di bahagian belakang dan dalam bonet tersebut terdapat sebuah Apple Macbook Air + Canon 7D + 24-105L (wow~)
Semuanya terbakar. melainkan…
KAD MEMORI di dalam kamera tersebut selamat dengan data-datanya sekali walaupun bodi kamera tersebut mengalami cedera parah atau boleh dikatakan rentung
Gambar..
Fotogu.Com mencari ilham
6Ilham? Ilham apa plak ni.. haa.. sebenarnya Fotogu.Com kini sedang mencari trademark / logo yang akan digunakan sepanjang usaha membangunkan laman web ini.
tapi buat masa sekarang ni sedang giat buat research dan masih mencari-cari identiti Fotogu.Com.
kawan-kawan ada idea tak?
kalau ada just type at the comment ok?
terima kasih~ ^^,
p/s: nantikan percubaan pertama dari kami untuk logo.buleh la kritik/puji/komen atau apa-apa sahaja nnt.
Ibadah Qurban | Sambutan Aidil Adha 1431H
6
InsyaAllah esok kita akan menyambut satu lagi perayaan besar di dalam agama ISLAM yakni sambutan hari raya aidil adha 1431 hijriah.
Jadi, Fotogu.Com nak ambil peluang ni untuk melafazkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dan SELAMAT MENJALANI IBADAH QURBAN ^_^
Ambillah pengajaran daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail serta para anbiya' yang lain dan aplikasikanlah dalam kehidupan kite.. semoga pengorbanan kita untuk terus berada di landasan yang benar dinilai sebagai amal orang-orang soleh yang ikhlas.. amin~~
“Bismillahirrohmanirrohim…
Ya Allah ya Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan
limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW,
Ya Allah berilah kami keimanan dan kesholehan seperti Nabi Ibrahim as,
Berilah kami ketaatan seperti Nabi Ismail as,
Berilah kami keikhlasan seperti Siti Hajar,
Ya Allah kuatkanlah iman kami,
menangkanlah kami dari gangguan syaitan.
Dan janganlah Engkau jadikan bagi syaitan atas kami kekuasaan.
Dan peliharalah kami dari kesesatan dunia ini,
peliharalah anak kami, keluarga kami, dan saudara-saudara kami,
Ya Allah selamatkanlah negeri ini dari segala musibah dan bencana,
Ya Allah, di hari ini jutaan orang bertakbir dan bertasbih mengumandangkan keagungan-Mu,
Dan di hari ini juga jutaan orang di tanah suci mengagungkan asma-Mu,
Hari ini, kami beruntung yang amat kerana dapat berkumpul dengan keluarga besarku,
sedangkan dibelahan dunia yang lain, ratusan bahkan jutaan orang hidup dalam kedukaan, penderitaan dan kemiskinan.
Ya Allah, sebelum kami takabur atas kebahagiaan, kami sujud dan memohon ampun atas segala dosaku, dosa keluarga kami, dosa saudara-saudara kami, dosa semua umat-Mu, dan juga dosa orang yang selalu menzalimi kenikmatan-Mu.
Robbana atina fiddunya hasanatan wa fil akhiroti hasanatan waqina azabannar, wa adhilnal jannata maal abror ya azizu ya ghofar ya robbal alamin”
Perasaan Bersama Nikkor 200-400mm f/4
4Naa..inilah dia muka admin Fotogu.Com kita.. Maaf ye Canon, tak bermaksud nak tinggalkan kamu.. pegang kejap je ni..
Anda Dapat Apa Yang Anda Beri
1Baru pagi sahaja pagi tadi, ketika hendak bersarapan, salah seorang crew Fotogu.Com yakni penulis entri kali ini sendiri telah dihubungi oleh seorang sahabat lamanya bertanyakan tentang lensa yang bagus untuk kamera beliau. Kami berborak panjang tentang sahabat-sahabat lama dan khususnya perbincangan tentang lensa yang bagus untuk beliau buat coverage dan shooting. Akhirnya saya menyingkatkan perbualan dengan mengungkapkan,
YOU GET WHAT YOU PAY FOR
dalam bahasa mudahnya untuk rakyat Malaysia, “ Anda dapat apa yang anda bayar ”. Kita mudah-mudah sahaja boleh mencari lensa yang murah samada yang terpakai atau baru. Namun, adakah kita akan berpuas hati dengan prestasi dengan lensa tersebut di kemudian hari? Soalan ini saya ajukan pada beliau dan pembaca sekalian supaya kita berfikir jauh sebelum membuat investment (pelaburan) dalam fotografi. Ini bukan soal siapa punya badan kamera DSLR paling besar.. dan juga bukan soal siapa punya paling banyak lensa atau aksesori yang besar-besar.. Ini soal ‘lelaki di belakang kamera tersebut’~ (man behind the camera).
Minda DSLR aku lah yang paling ‘power’ dan aku punya lensa ‘paling besar’ itu harus dikikis oleh semua pencinta fotografi sekiranya kita mahu berjaya dalam bidang fotografi. Saya benar-benar tersentuh apabila seorang tokoh Jurugambar Perkahwinan (Wedding Photographer), Saiful Nang pernah menceritakan bagaimana naik turun hidup beliau. Beliau bukan orang senang pada awalnya, ibu bapa beliau hanya penoreh getah. Namun kegigihan beliau dalam fotografi dengan berbekalkan hanya unit kamera asas membuahkan hasil apabila hasil tangan beliau diiktiraf bukan sekadar di Malaysia bahkan di luar negara seperti UK, Brunei, dan banyak lagi. Menabjubkan, beliau menjadi JUTAWAN dan mampu memandu kereta BMW dengan titik peluh beliau sendiri dengan hanya FOTOGRAFI!
Ayah dan emak saya bukan orang terpelajar dan mereka pun buta huruf. Ayah boleh lah membaca sikit-skit. Tapi apa yang emak nak, kalau boleh anak-anak dia jangan jadi peneroka Felda macam dia. Jadi saya pun terdidik dengan benda tu. Saya dapat arts of survival ni lebih banyak dari ayah saya. Jadi peneroka Felda pada masa itu biasanya baki tunai gaji dalam tangan ada yang sampai serendah RM0.50 (dalam rekod ayah saya lah) setelah ditolak bayaran baja, bayaran tanaman semula, bayaran kantin, bayaran itu ini dan lain-lain lah.Tapi apa yang ayah saya buat, dia melihat dari mana datang baja yang digunakan di ladang sawit? mesti datang dari lori yang menghantarnya ke gudang baja pejabat felda. Kalau ada lori yang datang, mesti ada orang yang menurunkannya…
Baca lagi di Blog Saiful Nang
Walaupun Saiful Nang pernah dicemuh dan ada beberapa kontroversi yang melanda beliau, usahlah kita lihat kepada lauk yang basi kalau ada lauk yang enak untuk diratah. Itulah HIDUP. Tak kiralah anda buat kerja dalam bidang apa pun, yang paling penting anda terus ke hadapan dan maju dengan mengharungi halangan-halangan dengan dada yang terbuka.
Nah~ anda lihatlah sendiri bagaimana adilnya Allah SWT terhadap orang yang gigih berusaha mencari rezeki yang halal. Jadi apa kaitannya dengan tajuk entri kali ni? saya cuba nak membawa pembaca-pembaca sekalian bahawa ANDA MAMPU BERJAYA walaupun dengan fotografi (yang mungkin sesetengah orang lihat ini sebagai kerjaya golongan bawahan). Sidang pembaca boleh lihat ramai contoh-contoh usahawan yang berjaya dan jutawan muda di Malaysia ini walaupun mungkin fizikalnya tampak minyak hitam penuh di muka, peluh membasahi baju kerana tidak kerja di dalam air-cond, mahupun seluar koyak rabak dek terlalu lusuh.
Tapi harus diingat, nilai berjaya sesorang bukan dinilai dari sudut luaran. Mungkin minyak penuh di muka, namun duit berkepuk di dalam poket. Mungkin basahan peluh di baju itu mampu menjana duit yang lebih dari orang yang makan gaji di ofis. Seluar yang koyak itu pula mungkin orang yang sengaja hendak menyembunyikan kekayaan beliau daripada perompak yang kian menjadi kronik hari ini. Mampukah anda nafikan penyataan ini? tak mustahil bukan?
Jadi jelas kejayaan hidup kita ini adalah sejajar dengan usaha yang kita lemparkan,
ANDA DAPAT APA YANG ANDA BERI
![]()
P/s: Oh yep..lupe.. saya cadangkan kepada kawan lama saya tu supaya dapatkan 50mm dan Speedlight (External flash) terlebih dahulu.. ^_^
Sebuah perkongsian bermakna dari Fotogu.Com
Selamat Pagi dari Fotogu.Com!
0PAGI YANG INDAH ^_^
Selamat pagi semua
pagi ni kami masih sedang mengemaskini laman web kami utk keselesaan pengunjung. Diharap semua dapat bersabar dan kepada yang berminat dengan fotografi, kita layan dulu moderator punya online gallery (ada banyak..ni salah satu
) yang tidak seberapa ni. Halfshutter.Tumblr
Photography Contest dari Fotokem
1Amacam? lama kan Fotogu.Com tak buat posting? hehe~ Fotogu.Com nak mintak maap dulu utk pertama-tamanya sebab sekarang ni ter’sibuk’ dengan kerja-kerja dan projek-projek..~ fiuhh~ tak lama dah nih.. pasni insyaAllah Fotogu.Com akan buat “Full-Time” dalam Fotografi..insyaAllah~ Doakan Fotogu.Com berjaya dengan hasrat murni ni yep..
okeh..kali ni tak sempat nak share ilmu fotografi atau photoshop.. tapi nak share satu peluang baik untuk sapa-sapa yang nak,
KAMERA DSLR Free!!
Wow~ bukan senang ni.. sapa nak bagi kamera FREE kan? kan? okeh.. tapi walaupun percuma.. kena la bertanding dulu kan? hehe~ tapi pertandingan ni bukan Fotogu.Com yang anjurkan.. Ini anjuran Fotokem Malaysia di Subang Parade bermula dari 24 November 2010 sehingga 28 November 2010.. antara hadiah menarik yang ditawarkan:
-
Nikon D90
-
Olympus E-PL1 Kit
-
Canon Powershot S90
-
Jenova Shoulder Bag
-
Velboon Ultra Maxi Mini Tripod
-
Black Rapid Professional Neck Strap
Menarik kan? walaupun agak terlambat Fotogu.Com bagitau,tapi sekurang-kurangnya ada sehari lagi… kamon2~ kot-kot la sapa yang nak cari pertandingan untuk menang barangan fotografi..boleh try yang ni..~
klik gambar kat bawah utk download form pertandingan..~
Tak boleh download? Try pegi link ni, borang masuk pertandingan.
Belanda layak ke Separuh Akhir World Cup 2010 [Galeri] | Fotografi Sukan
1Brazil vs. Holland
Masuk je minggu ni masing-masing dah panas punggung nak tengok pasukan masing-masing berjaya ke peringkat akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Perlawanan malam tadi sangat-sangat membuatkan kami teruja memandangkan juara lima kali World Cup, Brazil tewas di tangan Belanda. Belanda tidak pernah mengalahkan Brazil selama 36 tahun di dalam world cup yang sebelum-sebelum ni. Wah, kira hebat jugak la performance Belanda malam tadi, dan tambah kecewa peminat-peminat pasukan Ghana (ada ke?:P) apabila kalah di tangan Uruguay sewaktu sepakan penalti dengan 4-2. (cuak betul tengok penalti ni~)
Eh..eh.. kenapa Fotogu.Com buat ulasan pasal bola plak ni?nak tukar jadi blog bola pulak ke? hee~ tak..tak..Sebenarnya kami nak berkongsi dengan anda satu lagi ilmu dalam fotografi yakni Sport Photography atau Fotografi Sukan. Haa.. apa itu Sport Photography?
Secara amnya, Fotografi jenis ini adalah di mana kita (jurugambar) akan merakamkan detik-detik bermakna di dalam sukan. Tak kira la sukan apa pun, bola ke, badminton ke, boling padang ke, bola jaring ke, berenang, gimnastik dan macam-macam lagi yang x mampu kita nak sebut. Kalau ikut olimpik, jumlah acara dan sukan adalah melebihi 300 acara..Wow~ banyak tu (p/s: sukaneka pun kira jugak~)
Fotografi Sukan adalah salah satu jenis fotografi yang paling orang berhati-hati, bahkan ia memerlukan jurugambar yang betul-betul cekap dan teliti. Kesalahan yang sikit mampu merosakkan keseluruhan gambar yang di'shoot'. Setiap jenis acara mungkin memerlukan setting kamera yang berlainan. Ini kerana ada yang in-door(dalam dewan) dan ada yang outdoor (di luar dewan).
Antara perkara yang perlu kite jaga dalam Fotografi Sukan ni banyak seperti jenis lensa, sensitiviti ISO, Exposure, aperture, kelajuan shutter (shutter speed) dan lain-lain. Banyak kan? Jadi nak tau apa setting yang sesuai untuk shooting Fotografi Sukan?
Haa..nantikan posting lepas match malam ni, Argentina melawan German dan Paraguay menentang Spain. hee~
Pagi Ke-2 Fotogu.Com! dan 7 Plugin WordPress pilihan
1Assalamu'alaikum / Selamat Pagi yang ke-2 buat Fotogu.Com..
apa yang 'ke-2' sebenarnye? hehe.. sebenarnye pagi ni adalah pagi yang kedua buat Fotogu.Com menggunakan WordPress. Kami setakat ini sangat berpuas hati dengan prestasi WordPress sehingga terlalu banyak untuk diceritakan. Malam tadi pun ada antara kami yang tido pukul 3 PAGI untuk 'explore' atau bahasa pasarnye, Godek-Godek WordPress versi Tiga Perpuluhan Kosong ni. (P/s: Solat Subuh masih tak tinggal ok~
)
Secara jujurnye, kami amat menyukai versi baru WordPress ni. Mudah, laju , banyak ciri-ciri yang membantu blogger seperti kami dan apa yang paling penting, sangat ramai developer-developer yang giat dan pesat membangunkan Plug-in untuk kemudahan blogger-blogger lain. Selain tu jugak, WordPress jugak sangat mesra pengguna dan Dashboard Layout sangat mudah difahami dan dipelajari dalam masa yang singkat. WordPress jugak menawarkan tema atau theme yang sangat menarik dan mampu menarik perhatian pembaca-pembaca dan ia adalah PERCUMA!
Kami sebelum ini pernah menggunakan Drupal, Joomla! dan juga Blogspot sebagai platform laman web kami. Namun, ternyata kalau ditanya platform mana yang kami suka, kami akan sebut "W O R D P R E S S" . Mungkin WordPress tidak se-glamer blogspot tapi pada pendapat kami, WordPress lebih menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh blogger atau pembangun laman web yang pertama kali ingin menceburkan diri dalam industri laman web.
Boleh kami katakan, sistem automasi dan hanya memerlukan beberapa klik untuk setiap tetapan atau setting benar-benar membuat kami teruja dengan WordPress 3.0.
Untuk Entri Tutorial Web kali ini Fotogu.Com akan kongsi bersama pembaca-pembaca tentang 7 Plug-in PILIHAN Fotogu.Com supaya kita semua tahu apa perisian yang boleh menolong anda sekiranya anda berminat dengan WordPress.
7 Plug-In yang Fotogu.Com! gunakan :
- WP Auto Tagger - Kini anda tak perlu susah untuk taip satu demi satu tag bagi setiap post anda, ia adalah auto-tagger berdasarkan entri anda. Namun, ada kemungkinan perkataan-perkataan yang dipilih itu tidak menepati ciri. Namun, kira OK lah kalau dah tak sempat nk tulis banyak-banyak kan?
- SI CAPTCHA Anti-Spam - Plug-in sangat berguna buat sesiapa yang tak sukakan spammer dalam pendaftaran, komen, ruang hubungi webmaster dan lain-lain. CAPTCHA akan meminta supaya pengguna memasukkan gabungan huruf dan nombor untuk mengesahkan ianya adalah sah.
- Login LockDown - Bagus untuk sekuriti laman web. Plug-in ini akan mengunci log masuk sekiranya 2 (boleh ditetapkan) percubaan untuk log masuk gagal. Ini untuk mengelakkan penggodam atau hacker.
- WP e-Commerce - Anda boleh berniaga dengan WordPress!
- Ping.fm - Kini tak perlu susah-susah untuk update entri blog satu persatu di facebook, twitter, tumblr, myspace dan banyak lagi. Ping.fm akan auto-generate mini-feed ke setiap rangkaian sosial yang anda telah tetapkan.
- Google Analyticator - nak tahu statistik blog anda tanpa perlu bersusah payah? Plug-in bagus ini adalah dari Google dan ianya PERCUMA.
- All in One SEO Pack - Anda boleh menaikkan nilai dan ranking blog anda dengan meningkatkan keupayaan pencarian entri atau laman web anda di Search Engine seperti Google atau Yahoo.
SELAMAT MENCUBA!
Lihat ‘fa’, Ingat Fotogu.Com!
2Hoyeah~ alhamdulillah.. akhirnya kami dah sepakat membawa berkat untuk menggunakan logo di bawah sebagai tanda dagang (atau trademark) Fotogu.Com.
jadi logo kat bawah ni agak-agak menyerupai apa ek?kalau bagi siapa2 yang biasa dengan tulisan jawi atau Bahasa Arab, anda mungkin biasa melihat logo di bawah.
Fotogu.Com kali ini ingin membawa satu logo yang 'simple + kemas', mudah dilihat dan diingat dan hasilnya,
Hampir 1 bulan kami mencari-cari identiti Fotogu.Com dan kini kami telah bersetuju untuk meluasgunakan logo ini. Sebenarnya nak perah otak untuk mencetuskan idea membuat logo ni mudah + simple kalau kita buat secara sistematik. Ada beberapa cara atau method yang kami gunakan semasa cuba mengeluarkan segala isi otak untuk menterjemahkan ke dalam logo Fotogu.Com.
Langkah mudah untuk mula mencipta logo/trademark:
- Identidy / Kenalpasti: Cari tema / lambang yang boleh menceritakan tentang anda/syarikat anda. (contoh: kamera, kereta, atau muzik)
- Sketch / Lakar: Lakarkan secara hitam putih (Black n' White) di atas kertas atau nota
- Choose / Pilih: Pilih logo yang mana anda berkenan dan tanyalah pendapat keluarga, kawan atau professional yang anda kenal.
- Modify / Ubahsuai: Setelah mendapat komen / kritikan membina dari orang lain, ubahsuailah sedikit logo yang anda pilih supaya tampak lebih menarik.
SELAMAT MENCUBA dari Fotogu.Com~ ^_^



![[Fotogu] SalamAidilAdha1431H](http://www.fotogu.com/wp-content/uploads/2010/11/Fotogu-SalamAidilAdha1431H-300x200.jpg)


![Photo contest [Fotogu.com] Photo contest [Fotogu.com]](http://www.fotogu.com/wp-content/uploads/2010/11/PhotocontestFotogu.com_.jpg)






