Review & Tips Gu!

3074130118_17c455cbd51.jpg

Anda Dapat Apa Yang Anda Beri

1

Kamera Besar vs. Lensa Besar?

Baru pagi sahaja pagi tadi, ketika hendak bersarapan, salah seorang crew Fotogu.Com yakni penulis entri kali ini sendiri telah dihubungi oleh seorang sahabat lamanya bertanyakan tentang lensa yang bagus untuk kamera beliau. Kami berborak panjang tentang sahabat-sahabat lama dan khususnya perbincangan tentang lensa yang bagus untuk beliau buat coverage dan shooting. Akhirnya saya menyingkatkan perbualan dengan mengungkapkan,

YOU GET WHAT YOU PAY FOR

dalam bahasa mudahnya untuk rakyat Malaysia, “ Anda dapat apa yang anda bayar ”.  Kita mudah-mudah sahaja boleh mencari lensa yang murah samada yang terpakai atau baru. Namun, adakah kita akan berpuas hati dengan prestasi dengan lensa tersebut di kemudian hari? Soalan ini saya ajukan pada beliau dan pembaca sekalian supaya kita berfikir jauh sebelum membuat investment (pelaburan) dalam fotografi. Ini bukan soal siapa punya badan kamera DSLR paling besar.. dan juga bukan soal siapa punya paling banyak lensa atau aksesori yang besar-besar.. Ini soal ‘lelaki di belakang kamera tersebut’~ (man behind the camera).

Minda DSLR aku lah yang paling ‘power’ dan aku punya lensa ‘paling besar’ itu harus dikikis oleh semua pencinta fotografi sekiranya kita mahu berjaya dalam bidang fotografi. Saya benar-benar tersentuh apabila seorang tokoh Jurugambar Perkahwinan (Wedding Photographer), Saiful Nang pernah menceritakan bagaimana naik turun hidup beliau. Beliau bukan orang senang pada awalnya, ibu bapa beliau hanya penoreh getah. Namun kegigihan beliau dalam fotografi dengan berbekalkan hanya unit kamera asas membuahkan hasil apabila hasil tangan beliau diiktiraf bukan sekadar di Malaysia bahkan di luar negara seperti UK, Brunei, dan banyak lagi. Menabjubkan, beliau menjadi JUTAWAN dan mampu memandu kereta BMW dengan titik peluh beliau sendiri dengan hanya FOTOGRAFI!

Saiful Nang

Ayah dan emak saya  bukan orang terpelajar dan mereka pun buta huruf. Ayah boleh lah membaca sikit-skit. Tapi apa yang emak nak, kalau boleh anak-anak dia jangan jadi peneroka Felda macam dia. Jadi saya pun terdidik dengan benda tu. Saya dapat arts of survival ni lebih banyak dari ayah saya. Jadi peneroka Felda pada masa itu biasanya baki tunai gaji dalam tangan ada yang sampai serendah RM0.50 (dalam rekod ayah saya lah) setelah ditolak bayaran baja, bayaran tanaman semula, bayaran kantin, bayaran itu ini dan lain-lain lah.Tapi apa yang ayah saya buat, dia melihat dari mana datang baja yang digunakan di ladang sawit? mesti datang dari lori yang menghantarnya ke gudang baja pejabat felda. Kalau ada lori yang datang, mesti ada orang yang menurunkannya…

Baca lagi di Blog Saiful Nang

Walaupun Saiful Nang pernah dicemuh dan ada beberapa kontroversi yang melanda beliau, usahlah kita lihat kepada lauk yang basi kalau ada lauk yang enak untuk diratah. Itulah HIDUP. Tak kiralah anda buat kerja dalam bidang apa pun, yang paling penting anda terus ke hadapan dan maju dengan mengharungi halangan-halangan dengan dada yang terbuka.

Nah~ anda lihatlah sendiri bagaimana adilnya Allah SWT terhadap orang yang gigih berusaha mencari rezeki yang halal. Jadi apa kaitannya dengan tajuk entri kali ni? saya cuba nak membawa pembaca-pembaca sekalian bahawa ANDA MAMPU BERJAYA walaupun dengan fotografi (yang mungkin sesetengah orang lihat ini sebagai kerjaya golongan bawahan). Sidang pembaca boleh lihat ramai contoh-contoh usahawan yang berjaya dan jutawan muda di Malaysia ini walaupun mungkin fizikalnya tampak minyak hitam penuh di muka, peluh membasahi baju kerana tidak kerja di dalam air-cond, mahupun seluar koyak rabak dek terlalu lusuh.

Tapi harus diingat, nilai berjaya sesorang bukan dinilai dari sudut luaran. Mungkin minyak penuh di muka, namun duit berkepuk di dalam poket. Mungkin basahan peluh di baju itu mampu menjana duit yang lebih dari orang yang makan gaji di ofis. Seluar yang koyak itu pula mungkin orang yang sengaja hendak menyembunyikan kekayaan beliau daripada perompak yang kian menjadi kronik hari ini. Mampukah anda nafikan penyataan ini? tak mustahil bukan?

Jadi jelas kejayaan hidup kita ini adalah sejajar dengan usaha yang kita lemparkan,

ANDA DAPAT APA YANG ANDA BERI :)

P/s: Oh yep..lupe.. saya cadangkan kepada kawan lama saya tu supaya dapatkan 50mm dan Speedlight (External flash) terlebih dahulu.. ^_^

Sebuah perkongsian bermakna dari Fotogu.Com

canon-50d vs 550d

Canon 50D atau Canon 550D? Tolong~~

7

Assalamu'alaikum kepada semua peminat Fotogu.Com. Fiuhh~ selepas 2 minggu yang penuh dengan kerja-kerja yang tak mampu dielakkan, akhirnya Fotogu.Com mampu jugak nak menulis entri yang dirasakan perlu untuk kawan-kawan Fotogu.Com diluar sana. Entri ni khas untuk peminat2 Canon yang mungkin keliru samada mahu mengambil Canon 50D atau Canon 550D.

Dalam minggu ni saja, ade 3 orang yang bertanyakan kepada Fotogu.Com yang mana satu lebih bagus?? Canon 50D atau Canon 550D?

Kelebihan Canon 50D daripada Canon 550D (T2i):

  • Lebih besar dan mungkin genggaman lebih selesa (sesuai untuk tangan lelaki yang besar. Kalau perempuan tangan besar pun ok jugak :P )
  • Kelvin control (white balance)
  • Magnesium alloy body (lebih tahan dan kuat)
  • Kebolehan setting format selain JPEG dalam bentuk RAW, sRAW1, sRAW2 berbanding Canon 550D yang hanya memiliki format RAW
  • Mempunyai frame rate (kadar frem) yang lebih tinggi, 6.3 fps berbanding Canon 550D, 3.7 fps. (sesuai untuk yang hendak mengambil gambar sukan atau apa-apa pergerakan yang banyak dalam masa yang singkat)
  • Maksimum shutter speed adalah 1/8000 berbanding 550D hanya 1/4000.
  • Termasuk dalam golongan semi-pro (intermediate)

dan percaya atau tidak..itu sahaja kelebihan 50d dan anda perlu keluarkan duit lebih kurang +RM500 lebih daripada 550d.
Jom kita tengok pulak apa kelebihan Canon 550 (T2i) daripada Canon 50D:


  • Resolusi megapixel yang lebih besar (18.0 Megapiksel untuk 550D, manakala 15.1 Megapiksel untuk 50D)
  • Lebih ringan kerana badan kamera ini lebih kecil dan badannya adalah dari plastik (sesuai bagi sesiapa yang hendak pegang DSLR untuk jangka masa yang lama)
  • Resolusi skrin LCD lebih terang (1,040,000 titik berbanding 920 000 utk Canon 50D)
  • Mempunyai kebolehan untuk merakam video Full HD (1080)
  • Canon 550D menggunakan kad SD/SDHC/SDXC yang mana lebih mudah didapati dan lebih murah berbanding Compact Flash (digunakan pada 50D)
  • Lebih murah (sekitar RM500 lebih murah daripada Canon 50D untuk harga bodi kamera)
  • termasuk dalam golongan entry level (beginner)
  • dan banyak lagi untuk perkara-perkara lain.... (seperti titik fokus dan crop factor yang sama dengan 50D)

Bahkan ada yang mengatakan bahawa 550D (T2i) setanding dengan Canon 7D! (mereka panggil 550D sebagai anak kepada 7D)
untuk lihat perbandingan tu, boleh lihat di Canon 550D anak kepada Canon 7D? (tapi dalam English ^_^)
tapi sekali lagi, ia sebenarnya terpulang kepada minat pengguna. Canon Inc. tidak akan sia-sia mencipta Canon 50D untuk dibandingkan dengan Canon 550D.

Pasti Canon 50D ada kelebihan yang mungkin tidak mampu dijawab oleh Fotogu.Com.

Tambahan lagi, Fotogu.Com BELUM lagi melakukan ujikaji gambar atau 'performance testing' untuk hasil tangkapan gambar dari Canon 50D. Mungkin ia lebih baik atau mungkin lebih teruk dari Canon 550D.

Untuk yang itu anda boleh lah tengok di sini, Canon 550D vs Canon 50D (tapi dalam English jugak ^_^)

semoga sedikit sebanyak Fotogu.Com menjawab persoalan di minda anda.. ^_^

SELAMAT MEMILIH ^_^

canon 60d

Canon 60D : EOS pertama dengan LCD artikulasi mudah alih

7

Percaya atau tidak, CANON telah pun mengisytiharkan untuk melancarkan EOS 60D, yang akan menggantikan abangnya, EOS 50D. Kamera DSLR baru ini diceritakan mempunyai ciri-ciri seperti

  • CMOS 18 megapixel (APS saiz-C) sensor gambar
  • DIGIC 4 prosesor
  • Perakam HD video 1080p
  • skrin paparan LCD diartikulasikan


APA YANG MENARIK DENGAN CANON 60D NI?

  1. Kebolehan meng'edit' gambar di dalam kamera
    • Membuat salinan gambar dengan resolusi lebih rendah tanpa mengganggu resolusi fail asal supaya anda lebih mudah memuat naik (upload) ke laman web sosial seperti Facebook.
    • Tedapat penambahan efek gambar seperti soft focus, Black n White, menambah vignett dan mensimulasikan efek tilt-shift.
    • Setiap yang gambar yang di edit tidak akan merosakkan gambar yang asal, ia akan dibuat sebagai salinan (copy) lain

  2. Live View
    • Anda kini mampu melihat live view ketika mode kamera atau mode video
    • Gabungan Live View dan skrin LCD mudah lipat membolehkan anda mengambil gambar atau video dari sudut yang sangat rendah

  3. Video HD 1080p dan meng'edit' dalam kamera
    • EOS 60D membolehkan anda menggunakan tiga mod rakaman video - Full HD dan HD dalam nisbah aspek 16:9 dan Standard Definition (SD) dalam nisbah aspek 4:3.
    • Anda mampu mengedit video seperti pemotongan video dan perkara-perkara editing yang asas hanya menggunakan kamera EOS 60D ini.

    Dikhabarkan bahawa kamera ini akan dihantar ke bahagian Amerika Syarikat pada awal bulan September dengan harga sekitar RM4100++ bagi harga bodi dan kit 18-135mm. Menarik bukan?

1.jpg

SONY Camcorder + Lensa DSLR ??

3

Anda pasti terkejut kalau kami kata bahawa ada sebuah camcorder (perakam video) mampu bergabung dengan lensa-lensa yang digunakan oleh kamera DSLR.

Ini kerana, dua bulan selepas mengumumkan perkembangannya, Sony telah melancarkan NEX-VG10E dengan E-mount camcorder yang menjadi camcorder pertama yang mampu menggunakan ‘interchangeable lens’ atau lensa bolehtukar yang digunakan pada DSLR.

1

Walaupun muncul di bawah jenama Handycam Sony

(more...)

d3100.jpg

Nikon D3100 dengan Video HD 1080p

8

Kenapa? tak percaya nikon akan mengeluarkan satu lagi model entry level dengan kelebihan merekod video HD 1080p? Mahu percaya atau tidak, di pertengahan bulan September tahun 2010 (luar negara) ini akan menjanjikan suatu saat manis buat penggemar DSLR terutamanya peminat sejati Nikon kerana NIKON D3100 akan dilancarkan.

Nikon D3100

(more...)

Nikon D80

Tips: Membeli kamera terpakai dan shutter actuations

8
Kamera Nikon D80 kini dijual kerana pengguna beralih kepada D90

Terdapat beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli badan kamera dslr terpakai. Antaranya adalah:

  1. Warranty.
  2. Pemilik asal kamera
  3. Shutter actuation atau bilangan shutter.

1. Pertama sekali apabila membeli kamera terpakai, kita perlu sedar bahawa warranty telah tamat dan seandainya rosak, kita perlu membaiki sendiri badan kamera tersebut. Keduanya, setiap badan kamera mempunyai tempoh hayat yang tersendiri. Umpamanya Nikon D80 memiliki jangka hayat 80 000 shutter click, jadi selepas tempoh itu, mirror lock up (bahagian yang berbunyi ketika mengambil gambar) perlu di calibrate semula, sensor juga perlu diservice.

Tanpa warranty, pasti sukar untuk menjaga isteri kedua kita nih.  Jangan risau, anda masih boleh beli sekiranya warranty telah tamat, cuma pastikan shutter actuation adalah, iaitu faktor pembelian yang ketiga. Saya akan sebut sebentar lagi.

2. Pemilik asal kamera juga perlu dipertimbangkan. Selidiki latar belakang pemilik kamera. Sekiranya beliau seorang jurugambar pro, jumlah gambar yang di ambil adalah banyak. Pernah saya bertemu seorang jurugambar di Ottawa dan berborak, beliau berkata kebanyakan majlis, beliau akan mengambil gambar melebihi 3000.

Namun tidak menjadi masalah kerana anda masih boleh memeriksa shutter actuation yang saya akan sebut sebentar lagi. Sekiranya anda berpeluang berjumpa dengan pemilik kamera tanpa melalui orang tengah, antara perkara yang patut anda lakukan adalah: (more...)

nikon-logo_fg

Mana satu DSLR terbaik?

51

Untuk entri pertama, kami yakin agak ramai peminat fotografi kerap tertanya-tanya apakah Kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR) terbaik untuk mereka kalau mula-mula nak beli?

Antara soalan yang biasa ditanya kepada kami sendiri,

"Antara Nikon dan Canon, yang mana satu lagi bagus?" (Walaupun masih banyak lagi jenama lain)

Jadi, nak tahu yang mana satu yang paling bagus? jom baca sampai habis untuk entri kali ni. Mudah-mudahan semua dapat gambaran umum apakah yang terbaik untuk mereka yang mahu memulakan hidup di dalam dunia fotografi.

Kebanyakan pembeli pertama kali DSLR adalah orang-orang yang biasanya melakukan naiktaraf atau 'upgrade' dari kamera Point and Shoot (P & S) atau kamera kompak (compact camera), dan alasan mengapa kebanyakan orang ingin meng-upgrade ke DSLR mungkin kerana mereka berfikir DSLR akan mengambil foto lebih baik.(Betulke??Jom Kaji)

Walaupun secara teknikal dan umumnya, DSLR harus memberikan kualiti gambar yang lebih baik daripada P&S dan kompak, anda harus belajar tentang fotografi dan mampu menggunakan kamera dengan betul sebelum anda boleh mendapatkan keputusan yang lebih baik dengan DSLR.

Ingat! Kamera hanyalah alat.

BAJET / JULAT HARGA (PRICE RANGE)

Dah dapat gambaran sebenar DSLR kan?Sekarang jom kita tengok cara-cara memilih DSLR. Hal pertama yang biasa bermain di kepala kita bila kali pertama hendak membeli DSLR pastinya Harga! (Kalau tak da duit mcm mana nak beli ye tak?hehe)

Oleh itu, soalan pertama yang anda boleh ajukan pada diri sendiri:

"Berapa banyak wang/duit yang mampu aku nak gunakan untuk kamera DSLR?"

Haa..dah letak angka tersebut dalam hati? Jom kita tengok 3 kelas untuk kamera DSLR ni:

1. Peringkat Entri / Entry Level memerlukan kos sekitar RM1,800 - RM 3,500

Contoh kamera Entry_level

(more...)

lumixdmcts1.jpg

10 Kamera Digital Kompak Terbaik + Tips Membeli | 2010

4

Kamera apa yang paling bagus dan murah ye?

Soalan yang biasa kedengaran dari seseorang yang berhasrat membeli kamera digital di kedai-kedai berhampiran. Sebagai tips mudah untuk anda di rumah, banyakkan membuat penyelidikan samada di internet mahupun dengan bertanyakan kawan-kawan sebelum membeli kamera.

Ini kerana jurujual di kedai mungkin / tidak mungkin mengetahui kamera jenis apa yang sesuai untuk anda kerana tugas mereka hanya MENJUAL. Duit masuk adalah tanda kejayaan mereka. Tapi tetap tidak dinafikan masih ada jurujual yang ikhlas menunjukkan model-model yang bagus dan menjimatkan wang anda, namun tidak seramai golongan yang pertama tadi.

Kamera yang bagus adalah bukan semata-mata kerana ‘pixel’ yang tinggi sahaja. Antara lain ialah:

  1. Pengawalan ISO yang bagus
  2. Lensa luas (wide lens)
  3. Julat zoom optikal yang besar (membolehkan untuk zoom optikal yang lebih jauh)
  4. Teknologi flash yang baru
  5. Lagging time (Masa perantaraan yang diambil untuk mengambil gambar pertama kepada gambar kedua)
  6. Jenis kad memori (samada mudah didapati atau tidak)
  7. Pilihan mode yang banyak
  8. Ketahanan bateri
  9. Tahan lasak atau tahan air

dan bermacam-macam lagi yang perlu kita lihat pada sesebuah kamera sebelum kita membeli. Jadi untuk entri kali ini, Fotogu.Com telah pun menyenaraikan beberapa kamera digital kompak (compact digital kamera) yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk dibeli. Al-maklumlah, Ramadhan dah dekat dan maknanya raya pun dah dekat, mungkin ramai yang mahukan sebuah kamera untuk merekod detik-detik manis ketika 2 bulan ini.

Bagi yang tidak berminat dengan kamera DSLR, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk memiliki kamera digital kompak kerana ia jauh lebih kecil dan lebih mudah dikendalikan bagi pengguna yang mahukan gambar yang cepat dan tidak perlu susah payah bermain dengan tetapan (setting) yang mungkin mengelirukan.

Panasonic Lumix DMC-FT2

lumix-dmc-FT2

Anda sering terjatuhkan barang dari kocek anda? Kamera yang merupakan abang kepada FT1 ini adalah yang jawapan terbaik untuk anda. Kamera Panasonic Lumix DMC-FT2 beresolusi 14.1 Megapiksel dengan lensa luas (wide angle lens) yakni 28mm adalah antara kamera tahan lasak yang terbaik pernah dicipta oleh Panasonic (tahan jatuh sehingga 2m tinggi), juga mempunyai ketahanan terhadap air sehingga 10m dalam dan tahan beku sehingga –10 darjah celsius. Selain daripada kebolehan untuk merekod video dalam format HD, Panasonic juga menawarkan beberapa warna yang menarik dan trendy bagi kamera ini seperti kelabu, oren dan biru laut. Leica juga adalah pengeluar lensa terbaik di dunia yang mampu menghasilkan gambar yang cantik. 2.7” skrin LCD. Harga sekitar RM1300-RM1400.

(more...)

holding_camera_standing_horizontal_wrong.gif

Tips Memegang Kamera Digital

1

Pernah tak anda mengalami gambar yang tidak jelas atau ‘blur’?

Memandangkan ramai sahabat-sahabat crew Fotogu.Com yang mengalami masalah gegaran pada gambar yang membuatkan gambar anda ‘blur’ atau tidak jelas. Fotogu.Com bercadang nak berkongsi tips-tips memegang kamera DSLR untuk entri kali ni.

Selain daripada tetapan atau ‘setting’ pada kamera perlu betul seperti ketinggian ISO, kelajuan shutter dan saiz aperture yang perlu tepat dengan suasana gambar diambil, faktor lain untuk memastikan gambar anda jelas dan ‘sharp’ adalah dengan memastikan cara memegang kamera DSLR adalah betul.

Kebiasaanya gegaran berlaku ketika kita menekan ‘shutter release’ atau punat untuk merekod gambar pada kamera anda. Daya tolakan pada punat tersebut membuatkan kamera anda menjadi tidak stabil secara menegak dan menghasilkan gegaran ketika gambar direkodkan ke atas sensor.

Walaupun cara termudah untuk memperoleh gambar tanpa gegar adalah dengan menggunakan ‘tripod’. Namun persoalan yang boleh kita ungkitkan ialah ‘Bagaimana jikalau kita tidak memiliki tripod?’..

Jadi ringkasnya antara tips-tips memegang kamera DSLR adalah seperti berikut:

holding_camera_standing_horizontal_wrong

1. Tangan Kanan: Pegang bahagian kanan kamera anda dengan 3 jari dari bawah berpaut pada kamera. Pada masa yang sama jari telunjuk berada di atas ‘shutter release’ atau punat merekod gambar. Manakala selesakan keadaan ibu jari supaya anda mudah untuk menekan butang-butang ‘setting’ pada kamera anda.

2. Tangan Kiri: Posisi tangan kiri adalah bergantung kepada jenis kamera anda samada DSLR atau kamera biasa tapi secara umumnya, tangan kiri digunakan untuk menyokong bahagian depan/bawah kamera anda.

3. Viewfinder: Sekiranya anda menggunakan ‘viewfinder’, rapatkan lengan anda kepada badan untuk kestabilan.

Viewfinder

4. LCD Live View: Sekiranya anda menggunakan LCD Live View pula, jangan letakkan kamera anda terlalu jauh dari badan. Gunakan anggaran 30cm dan sama seperti tadi, rapatkan lengan kepada badan untuk kestabilan.

5. Gunakan Objek Sekitar Anda: Anda boleh menggunakan objek sekitar anda seperti kerusi, pokok, batu ataupun mana-mana objek pegun untuk letakkan kamera anda sebagai penyokong.

6. Badan dan Kaki: Sebagai tambahan sekiranya tiada objek di sekitar anda dan anda perlukan ‘shot’ pada keadaan berdiri, cuba untuk pastikan kelebaran bukaan kaki anda adalah sama luas seperti dari bahu kanan ke bahu kiri.

Tips Bonus: Cuba amalkan Tarik Nafas > Tahan > Ambil Gambar > Lepas Nafas. Ini juga adalah antara cara terbaik ‘sharp shooter’ seperti askar dan juga polis untuk menembak. Cara ini mampu membuatkan kita lebih stabil dan tiada gegaran ketika merekod gambar.

holding_camera_standing_horizontal_correct

SELAMAT MENCUBA! ^_^

DSLR-vs-PnS

9 Langkah Mudah Memilih Kamera

10

"Kamera DSLR apa yang patut saya beli?", soalan yang biasa ditanyakan kepada kami untuk memilih kamera DSLR paling baik. Ternyata pemilikan DSLR bukan lagi sesuatu yang janggal di kalangan pengguna umum. Namun, persoalannya, yang mana satu paling baik? yang mana satu patut anda beli? dan yang mana satu dapat memberikan kepuasan?

Jawapannya..ia terletak di tangan anda :)

Sememangnya tiada jawapan khusus untuk soalan tersebut. Masing-masing pengeluar mempunyai kelebihan masing-masing walau tak dinafikan antara pelopor paling hebat adalah Canon dan Nikon. Namun, jangan jadikan jenama atau brand ini sebagai penghalang untuk anda memiliki jenama lain. Jadi untuk entri kali ni,Fotogu.Com ingin menawarkan 9 tips  mudah untuk anda memilih DSLR. Semoga bermanfaat~

1. Kenalpasti Kemahuan Anda

  • Ramai pembeli kamera DSLR membeli kamera yang mempunyai kemampuan melebihi dari keperluan mereka. (Membazir bukan?)
  • Kini tanya diri anda soalan-soalan di bawah sebelum anda pergi ke kedai kamera

1. Untuk apa kamera anda akan digunakan? (perkahwinan?hobi?)
2. Apakah jenis fotografi yang anda akan lakukan? (Potret, lanskap, makro, sukan)
3. Apakah suasana/tempat yang kamera anda akan digunakan ? (Di dalam bilik, luar bilik, suasana dengan cahaya rendah atau kawasan terang?)
4. Adakah anda pengguna mod automatik atau anda ingin belajar lebih teknik fotografi?
5. Apakah tahap pengalaman yang anda dengan kamera?
6. Apakah jenis kemampuan kamera yang anda cari? (zoom, image stabilization, layar LCD besar dll.)
7. Adakah saiz dan mampu bawa adalah menjadi keutamaan anda?
8. Berapa anggaran bajet anda?

2. Megapixel Bukan Segalanya

  • Kalau dulu bila nak beli kamera, ramai yang akan bertanya, " Berapa megapixel kamera ni?"... (more...)
1 Canon 500D

10 Kamera DSLR Terbaik 2010

17

Seperti entri yang lepas, kami ada menyebut tentang apakah ciri-ciri DSLR yang terbaik untuk anda. Jadi untuk entri kali ni, kami cuba senaraikan beberapa kamera digital yang mungkin ada boleh pertimbangkan untuk dibeli.

Sehingga suku ketiga tahun 2010 ini, berikut adalah 10 senarai kamera DSLR terbaik mengikut kajian Fotogu.Com.

Kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR)

1. Canon EOS 500D

  • 15.1 megapixel
  • 3.0 inci skrin LCD
  • Full HD video
  • Live View
  • Face Detection Auto-Fokus (more...)
6moneyRM.jpg

Tips Beli Kamera/Lensa DSLR – Baru atau Terpakai?

4

Entri yang lepas kita dah kongsi tentang apakah dan kelas DSLR manakah yang terbaik untuk anda. Mungkin ramai pulak yang dah tertanya-tanya macam mana pemilihan untuk beli kamera DSLR. Jadi, entri kali ni kita nak pergi lebih dalam lagi untuk perbincangan macam mana anda boleh dapatkan kamera DSLR atau tips membelinya. Dalam entri ini, lensa DSLR kami anggap ia termasuk sebagai kamera sekali. Jadi, tips kali ni dua-dua (kamera dan lensa) pun boleh pakai. camera

  • Bajet (Budget)Duit

Cuba seluk poket atau dapatkan buku akaun bank anda. Tengok sama ada anda betul-betul mampu untuk membeli kamera DSLR baru atau anda perlu makan maggi selama 6 bulan berturut-turut sekiranya anda melaburkan (baca: me‘lebur’kan) duit anda semata-mata untuk sebuah kamera. Kurangkan berpegang bahawa yang baru itu bagus dan yang terpakai itu tidak bagus.

Kadang-kadang anda mampu dapatkan kamera yang hampir baru atau ‘Almost New’ pada harga kamera terpakai, bahkan anda mampu jimat sehingga RM200-RM400. Tawar menawar juga mungkin berlaku dalam proses pembelian.

  • Jaminan (Warranty) warranty

Agak-agak la kan..mana yang lebih selamat? Baru atau terpakai? Bila anda dah seluk poket tadi, agak-agak bagi yang berkemampuan dan berduit lebih anda bolehlah mendapatkan DSLR baru kerana lebih terjamin dengan adanya warranty (biasanya 1 tahun dari pengeluar). Tapi harus diingat bukan semua yang baru itu tidak mudah rosak, kadangkala yang baru pun ada kebarangkalian untuk menjadi unit rosak (defect unit), seperti yang kisah benar yang terjadi kepada kawan kami. Walaupun ada warranty, mungkin ia memakan masa 3-4 minggu untuk membaiki unit atau mendapatkan unit baru mengikut kepada pengeluar masing-masing.

Bagi kamera terpakai pulak, warranty kebiasaannya mungkin hanya tinggal 2-3 bulan sahaja lagi bahkan ada yang telah tamat tempoh jaminan dan penjual menawarkan jaminan dari penjual atau personal warranty (jumlah hari adalah mengikut penjual, biasanya 5-7 hari). Ia diberikan oleh penjual untuk membuatkan anda rasa lebih selamat untuk membeli daripada mereka, walaupun barang tersebut mungkin rosak pada hari ke-8, jaminan tersebut dikira tidak sah.Maaf~ smile_tongue

  • Kondisi Kamera (Camera Condition) Kamera terpakai

Sekiranya anda seorang yang cerewet, mata anda tidak mampu menahan melihat badan kamera DSLR yang ada ‘bekas pakai’, tak tahan melihat kesan calar sikit-sikit, atau pun tidak ada ‘bau kedai’. Anda disarankan untuk membeli kamera baru smile_regular bukan sahaja kerana perkataan ‘baru’, bahkan ia mampu membuatkan anda teruja dengan kesan getah (rubber grip) pada badan kamera yang masih kuat! smile_tongue Tiada calar dan tiada kesan guna, ANDAlah pemilik pertama. bahagia bukan?

Bagi yang tidak terlalu kisahkan kosmetik, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk membeli kamera terpakai. Bagi fotogu.com sendiri, kami masih percaya dengan kamera terpakai kerana anda perlu tahu bahawa ramai pemilik kamera DSLR adalah seorang yang mungkin sayang akan kameranya lebih dari diri sendiri mahupun bini.smile_shades Bahkan ada yang menggelarkan kamera mereka sebagai isteri ke-2 (walaupun tak elok tapi biasanya orang sayang bini muda daripada bini lama betul tak?hehe). Jadi kadangkala, kamera terpakai tak lah teruk seperti yang disangkakan dan jika pandai cari, anda mampu dapatkan unit kamera terpakai yang kelihatan seperti yang baru.

JADI, BARU ATAU TERPAKAI YANG LEBIH ELOK?

Jom kita tengok senarai kebaikan dan keburukan kamera baru atau kamera terpakai,

BARU

Harga: Mahal. Lebih tinggi sedikit berbanding harga kamera terpakai. Anggaran lebih mahal RM200-RM500.
Jaminan: Selamat. Ada jaminan penuh daripada pengeluar. 1 tahun kebiasaannya.
Kondisi: Bagus. 10/10. Unit yang rosak akan dilindungi oleh pengeluar. Mungkin sedikit isu tentang masa yang lama.

TERPAKAI

Harga: Murah. Lebih murah berbanding unit baru. Anggaran jimat dalam RM200-RM500.
Jaminan: 50-50 selamat. Mungkin ada dan mungkin tidak ada. Kalau ada, mungkin dalam 2-3 bulan. Kalau tidak ada, personal warranty dari penjual mungkin ada. (boleh tawar menawar)
Kondisi: 50-50 dalam keadaan baik. 8/10 hingga 9.5/10. Tengok kepada bekas pengguna. Tapi masih boleh diterima.

KAT MANA NAK CARI KAMERA ATAU LENSA BARU/TERPAKAI?

Di sini fotogu.com senaraikan beberapa kedai yang boleh dipercayai untuk membeli kamera baru/terpakai. Kami tiada apa-apa keuntungan untuk senarai kedai ni, jadi segala pembelian adalah menjadi tanggungjawab pembeli masing-masing.Pesan kami berhati-hatilah kalau membeli secara online, gunakan Cash on Delivery (COD) sekiranya rasa tidak selamat.OK?smile_wink

Takut dengan membeli secara online? Ada juga beberapa kedai fizikal yang menawarkan harga yang baik seperti:

  • YL Camera Services di Pudu Plaza, Kuala Lumpur.
  • Digitals Manis di Pudu, Plaza, Kuala Lumpur.
  • Photo Selangor, Pertama Complex, Kuala Lumpur. (03-26980390)
  • J one Camera Service, Amcorp Mall, Petaling Jaya. (Jason - 03-79577778)

SELAMAT MEMILIKI DSLR! ^_^

Go to Top