Web Gu!
Pagi Ke-2 Fotogu.Com! dan 7 Plugin WordPress pilihan
1Assalamu'alaikum / Selamat Pagi yang ke-2 buat Fotogu.Com..
apa yang 'ke-2' sebenarnye? hehe.. sebenarnye pagi ni adalah pagi yang kedua buat Fotogu.Com menggunakan WordPress. Kami setakat ini sangat berpuas hati dengan prestasi WordPress sehingga terlalu banyak untuk diceritakan. Malam tadi pun ada antara kami yang tido pukul 3 PAGI untuk 'explore' atau bahasa pasarnye, Godek-Godek WordPress versi Tiga Perpuluhan Kosong ni. (P/s: Solat Subuh masih tak tinggal ok~
)
Secara jujurnye, kami amat menyukai versi baru WordPress ni. Mudah, laju , banyak ciri-ciri yang membantu blogger seperti kami dan apa yang paling penting, sangat ramai developer-developer yang giat dan pesat membangunkan Plug-in untuk kemudahan blogger-blogger lain. Selain tu jugak, WordPress jugak sangat mesra pengguna dan Dashboard Layout sangat mudah difahami dan dipelajari dalam masa yang singkat. WordPress jugak menawarkan tema atau theme yang sangat menarik dan mampu menarik perhatian pembaca-pembaca dan ia adalah PERCUMA!
Kami sebelum ini pernah menggunakan Drupal, Joomla! dan juga Blogspot sebagai platform laman web kami. Namun, ternyata kalau ditanya platform mana yang kami suka, kami akan sebut "W O R D P R E S S" . Mungkin WordPress tidak se-glamer blogspot tapi pada pendapat kami, WordPress lebih menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh blogger atau pembangun laman web yang pertama kali ingin menceburkan diri dalam industri laman web.
Boleh kami katakan, sistem automasi dan hanya memerlukan beberapa klik untuk setiap tetapan atau setting benar-benar membuat kami teruja dengan WordPress 3.0.
Untuk Entri Tutorial Web kali ini Fotogu.Com akan kongsi bersama pembaca-pembaca tentang 7 Plug-in PILIHAN Fotogu.Com supaya kita semua tahu apa perisian yang boleh menolong anda sekiranya anda berminat dengan WordPress.
7 Plug-In yang Fotogu.Com! gunakan :
- WP Auto Tagger - Kini anda tak perlu susah untuk taip satu demi satu tag bagi setiap post anda, ia adalah auto-tagger berdasarkan entri anda. Namun, ada kemungkinan perkataan-perkataan yang dipilih itu tidak menepati ciri. Namun, kira OK lah kalau dah tak sempat nk tulis banyak-banyak kan?
- SI CAPTCHA Anti-Spam - Plug-in sangat berguna buat sesiapa yang tak sukakan spammer dalam pendaftaran, komen, ruang hubungi webmaster dan lain-lain. CAPTCHA akan meminta supaya pengguna memasukkan gabungan huruf dan nombor untuk mengesahkan ianya adalah sah.
- Login LockDown - Bagus untuk sekuriti laman web. Plug-in ini akan mengunci log masuk sekiranya 2 (boleh ditetapkan) percubaan untuk log masuk gagal. Ini untuk mengelakkan penggodam atau hacker.
- WP e-Commerce - Anda boleh berniaga dengan WordPress!
- Ping.fm - Kini tak perlu susah-susah untuk update entri blog satu persatu di facebook, twitter, tumblr, myspace dan banyak lagi. Ping.fm akan auto-generate mini-feed ke setiap rangkaian sosial yang anda telah tetapkan.
- Google Analyticator - nak tahu statistik blog anda tanpa perlu bersusah payah? Plug-in bagus ini adalah dari Google dan ianya PERCUMA.
- All in One SEO Pack - Anda boleh menaikkan nilai dan ranking blog anda dengan meningkatkan keupayaan pencarian entri atau laman web anda di Search Engine seperti Google atau Yahoo.
SELAMAT MENCUBA!
Lihat ‘fa’, Ingat Fotogu.Com!
2Hoyeah~ alhamdulillah.. akhirnya kami dah sepakat membawa berkat untuk menggunakan logo di bawah sebagai tanda dagang (atau trademark) Fotogu.Com.
jadi logo kat bawah ni agak-agak menyerupai apa ek?kalau bagi siapa2 yang biasa dengan tulisan jawi atau Bahasa Arab, anda mungkin biasa melihat logo di bawah.
Fotogu.Com kali ini ingin membawa satu logo yang 'simple + kemas', mudah dilihat dan diingat dan hasilnya,
Hampir 1 bulan kami mencari-cari identiti Fotogu.Com dan kini kami telah bersetuju untuk meluasgunakan logo ini. Sebenarnya nak perah otak untuk mencetuskan idea membuat logo ni mudah + simple kalau kita buat secara sistematik. Ada beberapa cara atau method yang kami gunakan semasa cuba mengeluarkan segala isi otak untuk menterjemahkan ke dalam logo Fotogu.Com.
Langkah mudah untuk mula mencipta logo/trademark:
- Identidy / Kenalpasti: Cari tema / lambang yang boleh menceritakan tentang anda/syarikat anda. (contoh: kamera, kereta, atau muzik)
- Sketch / Lakar: Lakarkan secara hitam putih (Black n' White) di atas kertas atau nota
- Choose / Pilih: Pilih logo yang mana anda berkenan dan tanyalah pendapat keluarga, kawan atau professional yang anda kenal.
- Modify / Ubahsuai: Setelah mendapat komen / kritikan membina dari orang lain, ubahsuailah sedikit logo yang anda pilih supaya tampak lebih menarik.
SELAMAT MENCUBA dari Fotogu.Com~ ^_^


