Induksi Fotogu.Com
Haa..rasa tertarik? ada rasa best untuk blogging menggunakan WordPress? hehe.. tak pe.. pelan-pelan kayuh.. fikirkan yang mana terbaik untuk blog anda kerana setiap platform ada kelebihan masing-masing (termasuk Joomla!) .
OK, mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebab Fotogu.Com dicipta dan apa menariknya Fotogu.Com ni? Setelah sekian lama kami menjalankan freelance fotografi dan sekadar upload hasil-hasil gambar yang ditangkap ke Web Photoblogging, kami merasakan adalah perlu untuk kami melangkah satu lagi anak tangga atau tapak ke hadapan dengan melahirkan satu lagi 'Knowledge Sharing' atau perkongsian ilmu dengan setiap peminat fotografi dari seantero Malaysia mahupun dunia.
Kini, Fotogu.com turut bercadang untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara utama Fotogu.Com. Mengapa?kami melihat inilah sebagai salah satu langkah untuk memperkasakan lagi Bahasa Malaysia dan masih ramai yang 'takut-takut' untuk menggunakan bahasa ini sebagai perkara yang utama. Moreover (ops..) selain dari tu jugak, kami juga bercadang untuk memudahkan dan menarik minat setiap pembaca agar terus memberi komitmen kepada Fotogu.Com dengan tanpa susah-susah nk fikir vocabulary betul ke tak.. grammar betul ke tak...singular plural bla2x~ dah..dah..tok sah fikir tang tu.. kita mudahkan.. cakap Bahasa Malaysia~ amacam? ada bran?
Harapan terakhir kami, sokonglah Fotogu.Com dan Fotogu.Com mendambakan penglibatan yang meluas dari setiap 'Photographer' atau Jurukamera baik yang amateur mahupun yang profesional untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dunia media di Fotogu.Com.
Sebagai kata-kata semangat pertama dari kami. ucaplah 'Gu!'

Teruskanlah usaha murni anda ini.Tambahan lagi cerita tentang fotografi ni banyak dalam bahasa orang putih payah sikit nak faham…..jadi kongsikanlah ilmu yang baik ini dalam bahasa ibunda kita untuk anak bangsa kita juga.Semoga Allah murahkan rezeki anda dengan usaha murni anda ini, kerana setiap perbuatan baik pasti kebaikan balasannya.Insyaallah