Lihat ‘fa’, Ingat Fotogu.Com!
Hoyeah~ alhamdulillah.. akhirnya kami dah sepakat membawa berkat untuk menggunakan logo di bawah sebagai tanda dagang (atau trademark) Fotogu.Com.
jadi logo kat bawah ni agak-agak menyerupai apa ek?kalau bagi siapa2 yang biasa dengan tulisan jawi atau Bahasa Arab, anda mungkin biasa melihat logo di bawah.
Fotogu.Com kali ini ingin membawa satu logo yang 'simple + kemas', mudah dilihat dan diingat dan hasilnya,
Hampir 1 bulan kami mencari-cari identiti Fotogu.Com dan kini kami telah bersetuju untuk meluasgunakan logo ini. Sebenarnya nak perah otak untuk mencetuskan idea membuat logo ni mudah + simple kalau kita buat secara sistematik. Ada beberapa cara atau method yang kami gunakan semasa cuba mengeluarkan segala isi otak untuk menterjemahkan ke dalam logo Fotogu.Com.
Langkah mudah untuk mula mencipta logo/trademark:
- Identidy / Kenalpasti: Cari tema / lambang yang boleh menceritakan tentang anda/syarikat anda. (contoh: kamera, kereta, atau muzik)
- Sketch / Lakar: Lakarkan secara hitam putih (Black n' White) di atas kertas atau nota
- Choose / Pilih: Pilih logo yang mana anda berkenan dan tanyalah pendapat keluarga, kawan atau professional yang anda kenal.
- Modify / Ubahsuai: Setelah mendapat komen / kritikan membina dari orang lain, ubahsuailah sedikit logo yang anda pilih supaya tampak lebih menarik.
SELAMAT MENCUBA dari Fotogu.Com~ ^_^


bagus2…saya sokong dari belakang…teruskan usaha fotogu