
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera buat semua ahli Fotogu.Com
Di sini saya selaku admin Fotogu.Com, saya ingin menyusun 10 jari mahupun kaki ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah kata, tersilap sebut, terlanjur perbuatan atau terlebih makan.
Ingatlah keluarga tersayang dan gunakanlah peluang hari raya ini utk bermaaf-maafan dengan ibu bapa, adik beradik, sanak saudara dan juga jiran sebelah kot-kot ada yang pernah curi buah mangga jiran dulu.
Akhir kata, sedikit tips yang ingin buat photo shooting / sesi bergambar beramai2 dgn keluarga utk raya ni walaupun anda mnggunakan kamera biasa:
1. Cari kawasan yang ada natural light seperti di luar rumah atau ruang tamu yg ada byk sumber cahaya dari tingkap, jadi anda tak perlu susah2 utk menggunakan flashlight bagi menerangkan muka-muka ceria di hari raya.. gambar juga InsyaAllah tidak akan 'blur' skiranya cahaya mencukupi..
2. Cari kawasan yang lapang sedikit dan mudah untuk anda undur ke belakang. Bagi kamera yg tiada feature 'wide lens',mungkin anda akan alami kesukaran bila ramai orang perlu dimuatkan dalam satu frame.. jadi pilih kawasan yg strategik sebelum mnyusun ahli keluarga ok?
3. Akhir sekali, jangan lupa mintak ahli2 keluarga untuk bersedia dan senyum ^_^ sebelum gambar di ambil.. kita tak mahu bila tgk dlm komputer, ada yang sdg kelip mata, ada yang sedang betulkan songkok, ada yang sedang butang baju.. mintak semua bersedia.. dan..
SENYUM SEMUA!! Snap~ ^_^
Moga Bermanfaat..~
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H..
Maaf Zahir Dan Batin dari Fotogu.Com..Gu!
tip yang bermanfaat