Entri yang lepas kita dah kongsi tentang apakah dan kelas DSLR manakah yang terbaik untuk anda. Mungkin ramai pulak yang dah tertanya-tanya macam mana pemilihan untuk beli kamera DSLR. Jadi, entri kali ni kita nak pergi lebih dalam lagi untuk perbincangan macam mana anda boleh dapatkan kamera DSLR atau tips membelinya. Dalam entri ini, lensa DSLR kami anggap ia termasuk sebagai kamera sekali. Jadi, tips kali ni dua-dua (kamera dan lensa) pun boleh pakai. camera

  • Bajet (Budget)Duit

Cuba seluk poket atau dapatkan buku akaun bank anda. Tengok sama ada anda betul-betul mampu untuk membeli kamera DSLR baru atau anda perlu makan maggi selama 6 bulan berturut-turut sekiranya anda melaburkan (baca: me‘lebur’kan) duit anda semata-mata untuk sebuah kamera. Kurangkan berpegang bahawa yang baru itu bagus dan yang terpakai itu tidak bagus.

Kadang-kadang anda mampu dapatkan kamera yang hampir baru atau ‘Almost New’ pada harga kamera terpakai, bahkan anda mampu jimat sehingga RM200-RM400. Tawar menawar juga mungkin berlaku dalam proses pembelian.

  • Jaminan (Warranty) warranty

Agak-agak la kan..mana yang lebih selamat? Baru atau terpakai? Bila anda dah seluk poket tadi, agak-agak bagi yang berkemampuan dan berduit lebih anda bolehlah mendapatkan DSLR baru kerana lebih terjamin dengan adanya warranty (biasanya 1 tahun dari pengeluar). Tapi harus diingat bukan semua yang baru itu tidak mudah rosak, kadangkala yang baru pun ada kebarangkalian untuk menjadi unit rosak (defect unit), seperti yang kisah benar yang terjadi kepada kawan kami. Walaupun ada warranty, mungkin ia memakan masa 3-4 minggu untuk membaiki unit atau mendapatkan unit baru mengikut kepada pengeluar masing-masing.

Bagi kamera terpakai pulak, warranty kebiasaannya mungkin hanya tinggal 2-3 bulan sahaja lagi bahkan ada yang telah tamat tempoh jaminan dan penjual menawarkan jaminan dari penjual atau personal warranty (jumlah hari adalah mengikut penjual, biasanya 5-7 hari). Ia diberikan oleh penjual untuk membuatkan anda rasa lebih selamat untuk membeli daripada mereka, walaupun barang tersebut mungkin rosak pada hari ke-8, jaminan tersebut dikira tidak sah.Maaf~ smile_tongue

  • Kondisi Kamera (Camera Condition) Kamera terpakai

Sekiranya anda seorang yang cerewet, mata anda tidak mampu menahan melihat badan kamera DSLR yang ada ‘bekas pakai’, tak tahan melihat kesan calar sikit-sikit, atau pun tidak ada ‘bau kedai’. Anda disarankan untuk membeli kamera baru smile_regular bukan sahaja kerana perkataan ‘baru’, bahkan ia mampu membuatkan anda teruja dengan kesan getah (rubber grip) pada badan kamera yang masih kuat! smile_tongue Tiada calar dan tiada kesan guna, ANDAlah pemilik pertama. bahagia bukan?

Bagi yang tidak terlalu kisahkan kosmetik, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk membeli kamera terpakai. Bagi fotogu.com sendiri, kami masih percaya dengan kamera terpakai kerana anda perlu tahu bahawa ramai pemilik kamera DSLR adalah seorang yang mungkin sayang akan kameranya lebih dari diri sendiri mahupun bini.smile_shades Bahkan ada yang menggelarkan kamera mereka sebagai isteri ke-2 (walaupun tak elok tapi biasanya orang sayang bini muda daripada bini lama betul tak?hehe). Jadi kadangkala, kamera terpakai tak lah teruk seperti yang disangkakan dan jika pandai cari, anda mampu dapatkan unit kamera terpakai yang kelihatan seperti yang baru.

JADI, BARU ATAU TERPAKAI YANG LEBIH ELOK?

Jom kita tengok senarai kebaikan dan keburukan kamera baru atau kamera terpakai,

BARU

Harga: Mahal. Lebih tinggi sedikit berbanding harga kamera terpakai. Anggaran lebih mahal RM200-RM500.
Jaminan: Selamat. Ada jaminan penuh daripada pengeluar. 1 tahun kebiasaannya.
Kondisi: Bagus. 10/10. Unit yang rosak akan dilindungi oleh pengeluar. Mungkin sedikit isu tentang masa yang lama.

TERPAKAI

Harga: Murah. Lebih murah berbanding unit baru. Anggaran jimat dalam RM200-RM500.
Jaminan: 50-50 selamat. Mungkin ada dan mungkin tidak ada. Kalau ada, mungkin dalam 2-3 bulan. Kalau tidak ada, personal warranty dari penjual mungkin ada. (boleh tawar menawar)
Kondisi: 50-50 dalam keadaan baik. 8/10 hingga 9.5/10. Tengok kepada bekas pengguna. Tapi masih boleh diterima.

KAT MANA NAK CARI KAMERA ATAU LENSA BARU/TERPAKAI?

Di sini fotogu.com senaraikan beberapa kedai yang boleh dipercayai untuk membeli kamera baru/terpakai. Kami tiada apa-apa keuntungan untuk senarai kedai ni, jadi segala pembelian adalah menjadi tanggungjawab pembeli masing-masing.Pesan kami berhati-hatilah kalau membeli secara online, gunakan Cash on Delivery (COD) sekiranya rasa tidak selamat.OK?smile_wink

Takut dengan membeli secara online? Ada juga beberapa kedai fizikal yang menawarkan harga yang baik seperti:

  • YL Camera Services di Pudu Plaza, Kuala Lumpur.
  • Digitals Manis di Pudu, Plaza, Kuala Lumpur.
  • Photo Selangor, Pertama Complex, Kuala Lumpur. (03-26980390)
  • J one Camera Service, Amcorp Mall, Petaling Jaya. (Jason - 03-79577778)

SELAMAT MEMILIKI DSLR! ^_^