Fotogu Fotogu
Search
Tips Memegang Kamera Digital

Pernah tak anda mengalami gambar yang tidak jelas atau ‘blur’?

Memandangkan ramai sahabat-sahabat crew Fotogu.Com yang mengalami masalah gegaran pada gambar yang membuatkan gambar anda ‘blur’ atau tidak jelas. Fotogu.Com bercadang nak berkongsi tips-tips memegang kamera DSLR untuk entri kali ni.

Selain daripada tetapan atau ‘setting’ pada kamera perlu betul seperti ketinggian ISO, kelajuan shutter dan saiz aperture yang perlu tepat dengan suasana gambar diambil, faktor lain untuk memastikan gambar anda jelas dan ‘sharp’ adalah dengan memastikan cara memegang kamera DSLR adalah betul.

Kebiasaanya gegaran berlaku ketika kita menekan ‘shutter release’ atau punat untuk merekod gambar pada kamera anda. Daya tolakan pada punat tersebut membuatkan kamera anda menjadi tidak stabil secara menegak dan menghasilkan gegaran ketika gambar direkodkan ke atas sensor.

Walaupun cara termudah untuk memperoleh gambar tanpa gegar adalah dengan menggunakan ‘tripod’. Namun persoalan yang boleh kita ungkitkan ialah ‘Bagaimana jikalau kita tidak memiliki tripod?’..

Jadi ringkasnya antara tips-tips memegang kamera DSLR adalah seperti berikut:

holding_camera_standing_horizontal_wrong

1. Tangan Kanan: Pegang bahagian kanan kamera anda dengan 3 jari dari bawah berpaut pada kamera. Pada masa yang sama jari telunjuk berada di atas ‘shutter release’ atau punat merekod gambar. Manakala selesakan keadaan ibu jari supaya anda mudah untuk menekan butang-butang ‘setting’ pada kamera anda.

2. Tangan Kiri: Posisi tangan kiri adalah bergantung kepada jenis kamera anda samada DSLR atau kamera biasa tapi secara umumnya, tangan kiri digunakan untuk menyokong bahagian depan/bawah kamera anda.

3. Viewfinder: Sekiranya anda menggunakan ‘viewfinder’, rapatkan lengan anda kepada badan untuk kestabilan.

Viewfinder

4. LCD Live View: Sekiranya anda menggunakan LCD Live View pula, jangan letakkan kamera anda terlalu jauh dari badan. Gunakan anggaran 30cm dan sama seperti tadi, rapatkan lengan kepada badan untuk kestabilan.

5. Gunakan Objek Sekitar Anda: Anda boleh menggunakan objek sekitar anda seperti kerusi, pokok, batu ataupun mana-mana objek pegun untuk letakkan kamera anda sebagai penyokong.

6. Badan dan Kaki: Sebagai tambahan sekiranya tiada objek di sekitar anda dan anda perlukan ‘shot’ pada keadaan berdiri, cuba untuk pastikan kelebaran bukaan kaki anda adalah sama luas seperti dari bahu kanan ke bahu kiri.

Tips Bonus: Cuba amalkan Tarik Nafas > Tahan > Ambil Gambar > Lepas Nafas. Ini juga adalah antara cara terbaik ‘sharp shooter’ seperti askar dan juga polis untuk menembak. Cara ini mampu membuatkan kita lebih stabil dan tiada gegaran ketika merekod gambar.

holding_camera_standing_horizontal_correct

SELAMAT MENCUBA! ^_^

Related Posts with Thumbnails

arrow1 Response

  1. 14 mos, 2 wks ago

    teknik ni asas..lg penting kan…
    Muhamad Arif Zaripin recently posted..Olympus E-5

Leave A Comment

*

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.