Posts tagged belajar

yang mana satu?

Nikon? Canon? Sony? Yang Mana Satu?

5

Baru sebentar tadi Fotogu.Com dihubungi oleh seorang pembaca blog kami dan bertanyakan tentang kamera DSLR pilihan hati,

Assalamualaikum... saya ade sedikit pmasalahn dlm mbeli kamera antara nikon,canon & sony alpha...ramai antra mmber saya menggunakn nikon kerana mngatakn byk 3rd party lens dr camera lain.. btul ker? bajet kamera dslr sy dlm rm3 ribu... apa pendapat fotogu.com dalam hal ni?

Hmm...berkenaan dengan kamera mana yang terbaik? soalan ini biasa kita dengar di mana sahaja peminat fotografi berada. Masing-masing mahukan yang terbaik bagi kamera pilihan hati. Jadi,


NIKON? CANON? atau SONY? atau PENTAX,OLYMPUS mahupun FUJIFILM?

jawapannya... (more...)

HpCamera.jpg

3 Teknik Foto Menarik Dengan Kamera Biasa – Bahagian I

12

Anda tiada kamera DSLR? yang anda hanya ada ialah kamera kecil yang ayah atau abang anda punya kamera handphone? atau lebih rendah lagi, anda hanya memiliki kamera handphone??

Hp   Camera

Tapi nun jauh di lubuk hati anda, anda masih mahu menghasilkan gambar yang menarik bukan? Jadi untuk entri kali ini, Fotogu.Com akan cuba memberikan tips atau kaedah mudah untuk memiliki gambar yang cantik walaupun hanya dengan kamera digital kompak atau pun kamera telefon bimbit.

Sebelum kita mulakan kelas, jom kita lihat kembali apa sebenarnya elemen penting dalam Konsep Segi Tiga Pendedahan (Exposure) yang kita telah pelajari dalam entri sebelum ini yakni:

Ketiga-tiga elemen di atas adalah amat penting untuk memastikan gambar yang diambil adalah dalam kualiti yang bagus. Bahkan anda mampu untuk mencipta suatu gambar yang menakjubkan dengan memanipulasikan ketiga-tiga elemen di atas.

Pelajaran pertama untuk minggu ni ialah 3 teknik mengambil foto secara asas menggunakan apa jua kamera walaupun ada yang masih tercari-cari apakah kamera terbaik untuk diri sendiri. Jangan risau, kamera itu hanya alat, bagaimana anda memanipulasi idea dan kreativiti anda lebih utama dalam fotografi. Apa 3 teknik itu? Jom kongsi bersama..

(more...)

nononores2.jpg

Kenal Apa Itu Aperture dan Depth-of-Field(DOF)?

18

Tup..Tap..Tup..Tap.. Hari ni dah pun hari Sabtu.. Hari yang paling menggembirakan selepas waktu balik bekerja/belajar selepas Jumaat petang. Bagi yang tidak ada bini dan memiliki kamera, anda mungkin rasakan inilah waktu yang paling sesuai untuk anda meluangkan masa bersama gajet tercinta. Bahkan dalam komuniti kawan-kawan Fotogu.Com, mereka bahkan menggelarkan nama jantina bertentangan dengan kamera masing-masing.. macam2.. hehe~

Untuk entri kali ni, Fotogu.Com berhasrat nak berkongsi tentang bagaimana anda boleh membuat gambar di bawah ini walaupun dengan kamera digital kompak (bagi yang tidak memiliki DSLR).

no no no res2

Menarik bukan? Imej anda sharp di depan dan blur-blur di belakang. Jom kita tengok apa elemen penting yang perlu anda tahu..

(more...)

ShutterBukaDanTutup.jpg

Bermain Dengan Shutter Speed (Kelajuan Rana)

10

Alhamdulillah, sebaik sahaja satu program perkongsian spiritual selesai kelmarin, ada seorang sahabat crew Fotogu.Com datang kepada kami dan kami berbual-bual panjang. Syok punya sembang, kemudian dia bertanya soalan tentang satu ilmu fotografi yang masih yang berminat untuk tahu,

Bang, macam mana nak buat gambar air bergerak jadi macam awan eyh?

Haa..sebagai meraikan persoalan di minda sahabat kami yang seorang ni, untuk entri kali ini Fotogu.Com akan cuba untuk berkongsi tentang shutter speed (kelajuan rana) dalam ilmufotografi.

APA ITU SHUTTER?

Seperti yang telah Fotogu.Com ceritakan dalam entri yang lepas mengenai mekanisme kamera digital, kita perlu tahu yang terdapat banyak elemen dalam kamera yang memainkan peranan masing-masing dalam merekod dan memastikan gambar disimpan di dalam filem mahupun kad memori.

Antara bahagian yang penting adalah SHUTTER. Shutter atau rana sebenanya terletak di dalam kamera anda (di belakang cermin pantulan) di mana apabila gambar hendak diambil, bilah atau rana lensa akan terbuka dan tertutup selepas satu jangka masa yang ditetapkan. Jom tengok video di bawah untuk kefahaman yang lebih mudah,

Secara asasnya, ketika shutter itu terbuka, ketika itulah proses merekod gambar terjadi ke atas sensor/filem kamera anda. Mudah kan? Jom tengok pelajaran seterusnya. :)

(more...)

DSLR-vs-PnS

9 Langkah Mudah Memilih Kamera

10

"Kamera DSLR apa yang patut saya beli?", soalan yang biasa ditanyakan kepada kami untuk memilih kamera DSLR paling baik. Ternyata pemilikan DSLR bukan lagi sesuatu yang janggal di kalangan pengguna umum. Namun, persoalannya, yang mana satu paling baik? yang mana satu patut anda beli? dan yang mana satu dapat memberikan kepuasan?

Jawapannya..ia terletak di tangan anda :)

Sememangnya tiada jawapan khusus untuk soalan tersebut. Masing-masing pengeluar mempunyai kelebihan masing-masing walau tak dinafikan antara pelopor paling hebat adalah Canon dan Nikon. Namun, jangan jadikan jenama atau brand ini sebagai penghalang untuk anda memiliki jenama lain. Jadi untuk entri kali ni,Fotogu.Com ingin menawarkan 9 tips  mudah untuk anda memilih DSLR. Semoga bermanfaat~

1. Kenalpasti Kemahuan Anda

  • Ramai pembeli kamera DSLR membeli kamera yang mempunyai kemampuan melebihi dari keperluan mereka. (Membazir bukan?)
  • Kini tanya diri anda soalan-soalan di bawah sebelum anda pergi ke kedai kamera

1. Untuk apa kamera anda akan digunakan? (perkahwinan?hobi?)
2. Apakah jenis fotografi yang anda akan lakukan? (Potret, lanskap, makro, sukan)
3. Apakah suasana/tempat yang kamera anda akan digunakan ? (Di dalam bilik, luar bilik, suasana dengan cahaya rendah atau kawasan terang?)
4. Adakah anda pengguna mod automatik atau anda ingin belajar lebih teknik fotografi?
5. Apakah tahap pengalaman yang anda dengan kamera?
6. Apakah jenis kemampuan kamera yang anda cari? (zoom, image stabilization, layar LCD besar dll.)
7. Adakah saiz dan mampu bawa adalah menjadi keutamaan anda?
8. Berapa anggaran bajet anda?

2. Megapixel Bukan Segalanya

  • Kalau dulu bila nak beli kamera, ramai yang akan bertanya, " Berapa megapixel kamera ni?"... (more...)
Go to Top