Posts tagged fotogu
Induksi Fotogu.Com
4Haa..rasa tertarik? ada rasa best untuk blogging menggunakan WordPress? hehe.. tak pe.. pelan-pelan kayuh.. fikirkan yang mana terbaik untuk blog anda kerana setiap platform ada kelebihan masing-masing (termasuk Joomla!) .
OK, mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebab Fotogu.Com dicipta dan apa menariknya Fotogu.Com ni? Setelah sekian lama kami menjalankan freelance fotografi dan sekadar upload hasil-hasil gambar yang ditangkap ke Web Photoblogging, kami merasakan adalah perlu untuk kami melangkah satu lagi anak tangga atau tapak ke hadapan dengan melahirkan satu lagi 'Knowledge Sharing' atau perkongsian ilmu dengan setiap peminat fotografi dari seantero Malaysia mahupun dunia.
Kini, Fotogu.com turut bercadang untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara utama Fotogu.Com. Mengapa?kami melihat inilah sebagai salah satu langkah untuk memperkasakan lagi Bahasa Malaysia dan masih ramai yang 'takut-takut' untuk menggunakan bahasa ini sebagai perkara yang utama. Moreover (ops..) selain dari tu jugak, kami juga bercadang untuk memudahkan dan menarik minat setiap pembaca agar terus memberi komitmen kepada Fotogu.Com dengan tanpa susah-susah nk fikir vocabulary betul ke tak.. grammar betul ke tak...singular plural bla2x~ dah..dah..tok sah fikir tang tu.. kita mudahkan.. cakap Bahasa Malaysia~ amacam? ada bran?
Harapan terakhir kami, sokonglah Fotogu.Com dan Fotogu.Com mendambakan penglibatan yang meluas dari setiap 'Photographer' atau Jurukamera baik yang amateur mahupun yang profesional untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dunia media di Fotogu.Com.
Sebagai kata-kata semangat pertama dari kami. ucaplah 'Gu!'
Fotogu.Com mencari ilham
6Ilham? Ilham apa plak ni.. haa.. sebenarnya Fotogu.Com kini sedang mencari trademark / logo yang akan digunakan sepanjang usaha membangunkan laman web ini.
tapi buat masa sekarang ni sedang giat buat research dan masih mencari-cari identiti Fotogu.Com.
kawan-kawan ada idea tak?
kalau ada just type at the comment ok?
terima kasih~ ^^,
p/s: nantikan percubaan pertama dari kami untuk logo.buleh la kritik/puji/komen atau apa-apa sahaja nnt.
Ibadah Qurban | Sambutan Aidil Adha 1431H
6
InsyaAllah esok kita akan menyambut satu lagi perayaan besar di dalam agama ISLAM yakni sambutan hari raya aidil adha 1431 hijriah.
Jadi, Fotogu.Com nak ambil peluang ni untuk melafazkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dan SELAMAT MENJALANI IBADAH QURBAN ^_^
Ambillah pengajaran daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail serta para anbiya' yang lain dan aplikasikanlah dalam kehidupan kite.. semoga pengorbanan kita untuk terus berada di landasan yang benar dinilai sebagai amal orang-orang soleh yang ikhlas.. amin~~
“Bismillahirrohmanirrohim…
Ya Allah ya Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan
limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW,
Ya Allah berilah kami keimanan dan kesholehan seperti Nabi Ibrahim as,
Berilah kami ketaatan seperti Nabi Ismail as,
Berilah kami keikhlasan seperti Siti Hajar,
Ya Allah kuatkanlah iman kami,
menangkanlah kami dari gangguan syaitan.
Dan janganlah Engkau jadikan bagi syaitan atas kami kekuasaan.
Dan peliharalah kami dari kesesatan dunia ini,
peliharalah anak kami, keluarga kami, dan saudara-saudara kami,
Ya Allah selamatkanlah negeri ini dari segala musibah dan bencana,
Ya Allah, di hari ini jutaan orang bertakbir dan bertasbih mengumandangkan keagungan-Mu,
Dan di hari ini juga jutaan orang di tanah suci mengagungkan asma-Mu,
Hari ini, kami beruntung yang amat kerana dapat berkumpul dengan keluarga besarku,
sedangkan dibelahan dunia yang lain, ratusan bahkan jutaan orang hidup dalam kedukaan, penderitaan dan kemiskinan.
Ya Allah, sebelum kami takabur atas kebahagiaan, kami sujud dan memohon ampun atas segala dosaku, dosa keluarga kami, dosa saudara-saudara kami, dosa semua umat-Mu, dan juga dosa orang yang selalu menzalimi kenikmatan-Mu.
Robbana atina fiddunya hasanatan wa fil akhiroti hasanatan waqina azabannar, wa adhilnal jannata maal abror ya azizu ya ghofar ya robbal alamin”
Fahami Jarak Fokal (Focal Length)
2Gu! sekali lagi kita bertemu dalam entri yang seterusnya dari Fotogu.Com ..
Alhamdulillah~ setelah 3 minggu sibuk dengan projek dan kerja-kerja akhir tahun sebagai ahli akademik, akhirnya semua sudah siap.. tinggal kerja-kerja ‘pembersihan’ je lagi..hehe~
Apa-apa pun, hati ni dah terlalu rindu dan berkongsi dengan semua pembaca Fotogu.Com.. Jadi, untuk entri kali Fotogu.Com akan cuba berkongsi satu entri yang menjadi permintaan ramai yakni berkenaan dengan Jarak Fokal atau lebih dikenali dengan Focal Length.
Agak-agaknye la kan ape mende la jarak fokal ni? Haa..~ buat sesiapa yang ade kamera kompak atau DSLR.. cube lihat pada bahagian depan atau sisi lensa anda..Fotogu dah ajar kan cara nak baca tulisan pada lensa? ada tak tulisan yang lebih kurang mcm ni:
18-55 mm atau 18-135 mm atau 50 mm atau apa sahaja nombor (kebiasaannya pada DSLR)
ATAU
5.8–17.4 mm atau 4.6-16.8 mm atau apa sahaja nombor (kebiasaannya pada kamera kompak)
Jadi apa maksud nombor-nombor ni? lagi besar lagi bagus? atau lagi kecil lagi bagus? Jawapannya semua terpulang kepada pengunaan masing-masing.. kemungkinan julat (range) yang lebih besar seperti 18-200mm disukai bagi sesetengah individu dan mungkin ada jurugambar yang lain lebih gemar menggunakan jarak fokal yang tetap (fixed) seperti 50mm. Pendek kata, semua terpulang kepada pengunaan dan jenis fotografi yang hendak digunakan.
Secara mudahnya, Fotogu.Com dah kategorikan (secara kasar sahaja) julat jarak fokal ni seperti dalam jadual kat bawah:
|
Jarak fokal bagi format 35mm SLR |
|
| Super/Ultra Wide Angle (sangat luas) | <20mm |
| Wide Angle (luas) | 20-35mm |
| Normal (biasa) | 35-50mm |
| Telephoto (jauh) | 70-300mm |
| Super/Ultra telephoto (sangat jauh) | >300mm |
Mudahkan nak faham?
OK..Jom kita tengok pulak contoh hasil daripada koleksi gambar yang Fotogu.Com pernah ambil menggunakan jarak fokal yang berbeza..
11mm
50mm
112mm
Mudah je kan nak faham? Akhir kalam, carilah jarak fokal yang terbaik untuk jenis fotografi anda. Secara kasarnya ramai jurufoto yang gunakan
-
wide ni untuk fotografi lanskap
-
normal dan tele untuk potrait
-
telephoto untuk shoot gambar binatang seperti burung atau harimau yang berada dari jarak jauh
Walaubagaimanapun itu semua secara amnya sahaja.. anda boleh gunakan apa jua jenis jarak fokal untuk ‘tembak’ mangsa subjek fotografi anda.
SELAMAT MENEMBAK!~ ^_^
Photography Contest dari Fotokem
1Amacam? lama kan Fotogu.Com tak buat posting? hehe~ Fotogu.Com nak mintak maap dulu utk pertama-tamanya sebab sekarang ni ter’sibuk’ dengan kerja-kerja dan projek-projek..~ fiuhh~ tak lama dah nih.. pasni insyaAllah Fotogu.Com akan buat “Full-Time” dalam Fotografi..insyaAllah~ Doakan Fotogu.Com berjaya dengan hasrat murni ni yep..
okeh..kali ni tak sempat nak share ilmu fotografi atau photoshop.. tapi nak share satu peluang baik untuk sapa-sapa yang nak,
KAMERA DSLR Free!!
Wow~ bukan senang ni.. sapa nak bagi kamera FREE kan? kan? okeh.. tapi walaupun percuma.. kena la bertanding dulu kan? hehe~ tapi pertandingan ni bukan Fotogu.Com yang anjurkan.. Ini anjuran Fotokem Malaysia di Subang Parade bermula dari 24 November 2010 sehingga 28 November 2010.. antara hadiah menarik yang ditawarkan:
-
Nikon D90
-
Olympus E-PL1 Kit
-
Canon Powershot S90
-
Jenova Shoulder Bag
-
Velboon Ultra Maxi Mini Tripod
-
Black Rapid Professional Neck Strap
Menarik kan? walaupun agak terlambat Fotogu.Com bagitau,tapi sekurang-kurangnya ada sehari lagi… kamon2~ kot-kot la sapa yang nak cari pertandingan untuk menang barangan fotografi..boleh try yang ni..~
klik gambar kat bawah utk download form pertandingan..~
Tak boleh download? Try pegi link ni, borang masuk pertandingan.
Crop Sensor? Full Frame? Apa Bendanya Tu?
16Kembali lagi kita dengan entri seterusnya oleh Fotogu.Com setelah lama menyepi. Sori ye kawan-kawan, crew Fotogu.Com sememang sibuk sedikit, lebih2 lagi di hujung tahun mcm ni.. Macam-macam majlis ade.. dengan kahwin nye.. convo nye.. jadi, sape2 lepas ni yg nk ikut Fotogu.Com ambil gambar.. Jom! ^_^
Okeh, jom mulakan kelas kita…
Mungkin ramai antara kita yang masih kurang jelas bahkan mungkin tidak pernah dengar langsung berkenaan dengan Crop Factor. Pentingkah Crop Factor ni? Jom kita sama-sama belajar.
PENGENALAN
Kebanyakan sensor kamera digital lebih kecil dari kamera filem biasa (ala…yg dulu-dulu tu, sebelum kamera digital banyak kat kedai). Kawasan tangkapan (area captured) setiap gambar dari kamera digital adalah lebih kecil daripada kamera filem.
Inilah sebabnya mengapa ia disebut crop factor. Sensor yang lebih kecil akan ‘memotong’ kawasan tangkapan gambar berbanding dengan kawasan tangkapan gambar dari filem 35mm. Nak faham lebih lanjut cuba lihat imej di bawah,
Kalau tengok gambar di atas, anggap gambar penuh tersebut adalah bersaiz 35mm pada standardnye..
Garisan PUTIH adalah sensor penuh (full frame) atau 1.0x crop factor
Garisan HIJAU untuk 1.3x crop factor
Garisan MERAH untuk 1.5x crop factor
Garisan BIRU untuk 1.6x crop factor
Kebiasaannya crop factor untuk kamera digital adalah bergantung kepada pengeluar. Contohnya:
-
Nikon banyak menggunakan 1.5x crop factor manakala;
-
Canon pula banyak mengeluarkan model dengan 1.6x crop factor.
-
Olympus pula menggunakan Four-Third lensa yakni dengan 2.0x crop factor.
Inilah juga menjadi sebab kamera digital memiliki viewfinder yang lebih kecil dari kamera filem 35mm. Walaupun nampak tak ketara tapi sebenarnye ade beza.
Masih pening? Ok..ok.. macam ni.. dalam entri yg sebelum ni saya ada ajar bukan cara-cara nak baca tulisan pada badan lensa? Jadi saya anggap anda semua dah faham apa makna bila saya katakan lensa tersebut dengan 50mm atau 18-55mm bukan?
Pertama sekali anggap saya gunakan 2 kamera yang berbeza yakni kamera Nikon dengan 1.5x crop factor dan satu lagi, kamera Canon dengan 1.6x crop factor.
Contoh paling mudah ialah katakan anda mengambil gambar dengan jarak fokal lensa 18mm pada kamera NIKON. Keluasan hasil gambar yang akan anda lihat adalah lebih besar berbanding gambar yang anda dengan jarak fokal lensa 18mm dengan kamera CANON. Mengapa? kerana crop factor kamera Canon lebihh besar nilainya.. Mudah bukan?
BAGAIMANA NAK TAHU CROP FACTOR BAGI SESEBUAH BODI KAMERA?
Ada beberapa cara mudah untuk anda kenal pasti crop factor bagi sesebuah bodi kamera:
- Biasanya ada pada spesifikasi kamera dalam mana-mana promosi kamera tersebut.
- Kalau tiada, tanya pada jurujual kamera tersebut.
- Langkah paling selamat dan meyakinkan adalah tanya kepada abang Mr. Google kite
BOLEH BAGI CONTOH KAMERA DENGAN CROP FACTOR DAN FULL FRAME?
Bagi penggemar Canon:
Sumber: The Digital Picture
Bagi Penggemar Nikon:
-
Nikon D7000 1.5x
-
Nikon D3100 1.5x
-
Nikon D300s 1.5x
-
Nikon D3000 1.5x
-
Nikon D5000 1.5x
-
Nikon D90 1.5x
-
Nikon D60 1.5x
-
Nikon D200 1.5x
-
Nikon D80 1.5x
-
Nikon D50 1.5x
-
Nikon D100 1.5x
-
Nikon D1 1.5x
-
Nikon D3 dan D3s 1.0x
Sumber: Kenrockwell
Dan Secara amnya:
1.3x – Canon EOS 1D/1D MkIIN
1.5x – Nikon D40/D50/D70/D70s/D80/D200/D2XD2Hs,Minolta 7D/Fuji S3 Pro
1.5x – Pentax *istDS/K100D/K110D/K10D
1.6x – Canon EOS 300D/400D/20D/30D
2.0x – Olympus E-400/E-500/E-300/E-1
Itu sahaja dulu dari Fotogu.Com, kalau tak faham boleh la tanya di ruang komen k~
SELAMAT MEMAHAMI CROP FACTOR ^_^
Canon 50D atau Canon 550D? Tolong~~
7Assalamu'alaikum kepada semua peminat Fotogu.Com. Fiuhh~ selepas 2 minggu yang penuh dengan kerja-kerja yang tak mampu dielakkan, akhirnya Fotogu.Com mampu jugak nak menulis entri yang dirasakan perlu untuk kawan-kawan Fotogu.Com diluar sana. Entri ni khas untuk peminat2 Canon yang mungkin keliru samada mahu mengambil Canon 50D atau Canon 550D.
Dalam minggu ni saja, ade 3 orang yang bertanyakan kepada Fotogu.Com yang mana satu lebih bagus?? Canon 50D atau Canon 550D?
Kelebihan Canon 50D daripada Canon 550D (T2i):
- Lebih besar dan mungkin genggaman lebih selesa (sesuai untuk tangan lelaki yang besar. Kalau perempuan tangan besar pun ok jugak
) - Kelvin control (white balance)
- Magnesium alloy body (lebih tahan dan kuat)
- Kebolehan setting format selain JPEG dalam bentuk RAW, sRAW1, sRAW2 berbanding Canon 550D yang hanya memiliki format RAW
- Mempunyai frame rate (kadar frem) yang lebih tinggi, 6.3 fps berbanding Canon 550D, 3.7 fps. (sesuai untuk yang hendak mengambil gambar sukan atau apa-apa pergerakan yang banyak dalam masa yang singkat)
- Maksimum shutter speed adalah 1/8000 berbanding 550D hanya 1/4000.
- Termasuk dalam golongan semi-pro (intermediate)
dan percaya atau tidak..itu sahaja kelebihan 50d dan anda perlu keluarkan duit lebih kurang +RM500 lebih daripada 550d.
Jom kita tengok pulak apa kelebihan Canon 550 (T2i) daripada Canon 50D:
- Resolusi megapixel yang lebih besar (18.0 Megapiksel untuk 550D, manakala 15.1 Megapiksel untuk 50D)
- Lebih ringan kerana badan kamera ini lebih kecil dan badannya adalah dari plastik (sesuai bagi sesiapa yang hendak pegang DSLR untuk jangka masa yang lama)
- Resolusi skrin LCD lebih terang (1,040,000 titik berbanding 920 000 utk Canon 50D)
- Mempunyai kebolehan untuk merakam video Full HD (1080)
- Canon 550D menggunakan kad SD/SDHC/SDXC yang mana lebih mudah didapati dan lebih murah berbanding Compact Flash (digunakan pada 50D)
- Lebih murah (sekitar RM500 lebih murah daripada Canon 50D untuk harga bodi kamera)
- termasuk dalam golongan entry level (beginner)
- dan banyak lagi untuk perkara-perkara lain.... (seperti titik fokus dan crop factor yang sama dengan 50D)
Bahkan ada yang mengatakan bahawa 550D (T2i) setanding dengan Canon 7D! (mereka panggil 550D sebagai anak kepada 7D)
untuk lihat perbandingan tu, boleh lihat di Canon 550D anak kepada Canon 7D? (tapi dalam English ^_^)
tapi sekali lagi, ia sebenarnya terpulang kepada minat pengguna. Canon Inc. tidak akan sia-sia mencipta Canon 50D untuk dibandingkan dengan Canon 550D.
Pasti Canon 50D ada kelebihan yang mungkin tidak mampu dijawab oleh Fotogu.Com.
Tambahan lagi, Fotogu.Com BELUM lagi melakukan ujikaji gambar atau 'performance testing' untuk hasil tangkapan gambar dari Canon 50D. Mungkin ia lebih baik atau mungkin lebih teruk dari Canon 550D.
Untuk yang itu anda boleh lah tengok di sini, Canon 550D vs Canon 50D (tapi dalam English jugak ^_^)
semoga sedikit sebanyak Fotogu.Com menjawab persoalan di minda anda.. ^_^
SELAMAT MEMILIH ^_^
Bagaimana Hendak Baca Tulisan Pada Lensa?
17Setelah sekian lama menyepi, kini Fotogu.Com kembali ^^, (fiuhh~ lega rasanya dapat menulis sedikit untuk berkongsi dengan semua) .. Sebelum kita mulakan. Fotogu.Com ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat Fotogu.Com yang sukakan dengan hasil kerja Fotogu.Com. Niat kami hanya satu, ingin berkongsi ilmu tentang dunia fotografi dalam BAHASA MELAYU.
Ini kerana ramai yang terkontang kanting bermula dengan aktiviti memilih kamera terbaik untuk diri sendiri atau orang lain. Kemudian melarat ke ketidak tahuan cara untuk menggunakan DSLR/kamera biasa. Dan paling teruk lagi apabila ditipu oleh penjual yang hanya mahukan duit anda sebagai pembeli. (tapi bukan semua penjual macam ni yee~ ^^,)
Entri kali ni Fotogu.Com akan cuba berkongsi bagaimana hendak membaca tulisan yang 'pelik-pelik' pada lensa DSLR anda. Lebih-lebih lagi yang baru mula-mula nak kenal dengan kamera DSLR ni. Jom kita tengok apa yang dimaksudkan oleh kami.
Kalau anda boleh lihat gambar dekat di atas, tulisan pada lensa ini mungkin menjadi kekeliruan buat yang mula-mula hendak mengenali lensa. Jadi jom kita lihat bagaimana cara baca,
Nikon -> Brand / Jenama (Sudah Semestinya la kan~)
AF-S -> Ini bermakna lensa ini memiliki motor autofokus yang dibina di dalam lensa (built in).
Nikkor -> Jenis Lensa Nikon
DX -> Ini bermakna lensa ini hanya boleh digunakan untuk bodi "crop factor". Apa itu crop factor? Dalam entri seterusnya~
18 - 200 mm -> Ini adalah julat focal (focal range)
1:3.5 - 5.6 -> Ini bermakna aperture maksimum (bukaan terbesar) ketika berada di fokal 18mm adalah f/3.5. Manakala aperture maksimum (bukaan terbesar) ketika berada di fokal 200mm adalah f/5.6.
G -> Ia bermaksud "gelded". Ia boleh digunakan pada kamera manual fokus namun aperture hanya dibuka paling minimum. (kita akan ceritakan lebih dalam dan jenis-jenis lensa Nikon dalam entri lain nanti ^^,)
ED -> Ia bermaksud "Extra-Low Dispersion". Sejenis lensa yang mampu mengawal "chromatic aberation" dengan baik.
AF/MF -> yang ini bermaksud Auto Focus (AF) atau Manual Focus (MF). Anda boleh pilih yang mana anda minat.
VR -> Ini pula bermaksud "Vibration Reduction" yang membawa erti anti-gegar yang mampu mengurangkan gegaran ketika mengambil gambar. Kalau pada Canon, ia dipanggil "Image Stabilizer" atau lebih mudah, IS.
Jadi, paling kurang anda dah boleh baca tulisan yang berada pada lensa anda selepas ini. Cuba anda try gambar di bawah ni.

Haa..dah boleh kan?Itu dah dikira bagus..
mungkin sedikit info tambahan untuk Canon.
EF-S -> Ini bermakna lens ini hanya boleh digunakan pada bodi "crop factor" sahaja.
Jadi, lepas ni tak ada la masalah lagi nak baca lensa anda bukan?
p/s: tapi kalau ada yang masih tak faham, hanya tinggalkan comment ok?
SELAMAT MENILIK LENSA ^^,
Nikon? Canon? Sony? Yang Mana Satu?
5Baru sebentar tadi Fotogu.Com dihubungi oleh seorang pembaca blog kami dan bertanyakan tentang kamera DSLR pilihan hati,
Assalamualaikum... saya ade sedikit pmasalahn dlm mbeli kamera antara nikon,canon & sony alpha...ramai antra mmber saya menggunakn nikon kerana mngatakn byk 3rd party lens dr camera lain.. btul ker? bajet kamera dslr sy dlm rm3 ribu... apa pendapat fotogu.com dalam hal ni?
Hmm...berkenaan dengan kamera mana yang terbaik? soalan ini biasa kita dengar di mana sahaja peminat fotografi berada. Masing-masing mahukan yang terbaik bagi kamera pilihan hati. Jadi,
NIKON? CANON? atau SONY? atau PENTAX,OLYMPUS mahupun FUJIFILM?
jawapannya... (more...)
SONY Camcorder + Lensa DSLR ??
3Anda pasti terkejut kalau kami kata bahawa ada sebuah camcorder (perakam video) mampu bergabung dengan lensa-lensa yang digunakan oleh kamera DSLR.
Ini kerana, dua bulan selepas mengumumkan perkembangannya, Sony telah melancarkan NEX-VG10E dengan E-mount camcorder yang menjadi camcorder pertama yang mampu menggunakan ‘interchangeable lens’ atau lensa bolehtukar yang digunakan pada DSLR.
Walaupun muncul di bawah jenama Handycam Sony
Tips: Membeli kamera terpakai dan shutter actuations
8
- Kamera Nikon D80 kini dijual kerana pengguna beralih kepada D90
Terdapat beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli badan kamera dslr terpakai. Antaranya adalah:
- Warranty.
- Pemilik asal kamera
- Shutter actuation atau bilangan shutter.
1. Pertama sekali apabila membeli kamera terpakai, kita perlu sedar bahawa warranty telah tamat dan seandainya rosak, kita perlu membaiki sendiri badan kamera tersebut. Keduanya, setiap badan kamera mempunyai tempoh hayat yang tersendiri. Umpamanya Nikon D80 memiliki jangka hayat 80 000 shutter click, jadi selepas tempoh itu, mirror lock up (bahagian yang berbunyi ketika mengambil gambar) perlu di calibrate semula, sensor juga perlu diservice.
Tanpa warranty, pasti sukar untuk menjaga isteri kedua kita nih. Jangan risau, anda masih boleh beli sekiranya warranty telah tamat, cuma pastikan shutter actuation adalah, iaitu faktor pembelian yang ketiga. Saya akan sebut sebentar lagi.
2. Pemilik asal kamera juga perlu dipertimbangkan. Selidiki latar belakang pemilik kamera. Sekiranya beliau seorang jurugambar pro, jumlah gambar yang di ambil adalah banyak. Pernah saya bertemu seorang jurugambar di Ottawa dan berborak, beliau berkata kebanyakan majlis, beliau akan mengambil gambar melebihi 3000.
Namun tidak menjadi masalah kerana anda masih boleh memeriksa shutter actuation yang saya akan sebut sebentar lagi. Sekiranya anda berpeluang berjumpa dengan pemilik kamera tanpa melalui orang tengah, antara perkara yang patut anda lakukan adalah: (more...)
3 Teknik Foto Menarik Dengan Kamera Biasa – Bahagian I
12Anda tiada kamera DSLR? yang anda hanya ada ialah kamera kecil yang ayah atau abang anda punya kamera handphone? atau lebih rendah lagi, anda hanya memiliki kamera handphone??
Tapi nun jauh di lubuk hati anda, anda masih mahu menghasilkan gambar yang menarik bukan? Jadi untuk entri kali ini, Fotogu.Com akan cuba memberikan tips atau kaedah mudah untuk memiliki gambar yang cantik walaupun hanya dengan kamera digital kompak atau pun kamera telefon bimbit.
Sebelum kita mulakan kelas, jom kita lihat kembali apa sebenarnya elemen penting dalam Konsep Segi Tiga Pendedahan (Exposure) yang kita telah pelajari dalam entri sebelum ini yakni:
Ketiga-tiga elemen di atas adalah amat penting untuk memastikan gambar yang diambil adalah dalam kualiti yang bagus. Bahkan anda mampu untuk mencipta suatu gambar yang menakjubkan dengan memanipulasikan ketiga-tiga elemen di atas.
Pelajaran pertama untuk minggu ni ialah 3 teknik mengambil foto secara asas menggunakan apa jua kamera walaupun ada yang masih tercari-cari apakah kamera terbaik untuk diri sendiri. Jangan risau, kamera itu hanya alat, bagaimana anda memanipulasi idea dan kreativiti anda lebih utama dalam fotografi. Apa 3 teknik itu? Jom kongsi bersama..


![[Fotogu] SalamAidilAdha1431H](http://www.fotogu.com/wp-content/uploads/2010/11/Fotogu-SalamAidilAdha1431H-300x200.jpg)
![Photo contest [Fotogu.com] Photo contest [Fotogu.com]](http://www.fotogu.com/wp-content/uploads/2010/11/PhotocontestFotogu.com_.jpg)










