Posts tagged Kami

welcome to www.fotogu.com ^_^

Induksi Fotogu.Com

4
" Accueil / 歓迎 / स्वागत / приветствовать / bienvenida " atau bahasa mudahnya,
SELAMAT DATANG! yup..selamat datang ke Fotogu.Com :)
Assalamu'alaikum / Salam sejahtera buat semua yang pertama atau yang telah berkali-kali datang ke Fotogu. Syukur ke hadrat ilahi dengan ini Fotogu.com kini dapat ke udara setelah beberapa percubaan berulang kali dari moderator sendiri untuk memilih platfom yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai jentera penggerak Fotogu.com.
Awalnya, Fotogu.com menggunakan platform Drupal sebagai 'Enjin', namun setelah beberapa kesulitan dan perkara yang difikirkan sesuai untuk Fotogu.com, kami beralih kepada Joomla! dan nyata Joomla! turut memerlukan beberapa kemahiran teknikal yang kami fikirkan masih belum sesuai untuk laman web kami yang lebih ke arah 'Blog 4 Community' dan tidak mesra pengguna (Peminat-peminat Joomla! dijemput untuk mempertahankan statement ini ^_^).
Setelah sekian lama menantikan kemunculan siri terbaru dari WordPress yakni WordPress 3.0, kami telah setuju untuk menggunakan WordPress sebagai enjin laman web kami  yang boleh tahan jugak 'features' atau kelebihan-kelebihan baru yang ditambah oleh WordPress Team. Nak cerita panjang-panjang pun kureng best, jadi peminat WordPress atau bakal peminat wordpress boleh lihat video di bawah yang dah singkatkan perkataan menjadi sebuah video yang menarik mengenai WordPress 3.0.

Haa..rasa tertarik? ada rasa best untuk blogging menggunakan WordPress? hehe.. tak pe.. pelan-pelan kayuh.. fikirkan yang mana terbaik untuk blog anda kerana setiap platform ada kelebihan masing-masing (termasuk Joomla!) .

OK, mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebab Fotogu.Com dicipta dan apa menariknya Fotogu.Com ni? Setelah sekian lama kami menjalankan freelance fotografi dan sekadar upload hasil-hasil gambar yang ditangkap ke Web Photoblogging, kami merasakan adalah perlu untuk kami melangkah satu lagi anak tangga atau tapak ke hadapan dengan melahirkan satu lagi 'Knowledge Sharing' atau perkongsian ilmu dengan setiap peminat fotografi dari seantero Malaysia mahupun dunia.

Kini, Fotogu.com turut bercadang untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara utama Fotogu.Com. Mengapa?kami melihat inilah sebagai salah satu langkah untuk memperkasakan lagi Bahasa Malaysia dan masih ramai yang 'takut-takut' untuk menggunakan bahasa ini sebagai perkara yang utama. Moreover (ops..) selain dari tu jugak, kami juga bercadang untuk memudahkan dan menarik minat setiap pembaca agar terus memberi komitmen kepada Fotogu.Com dengan tanpa susah-susah nk fikir vocabulary betul ke tak.. grammar betul ke tak...singular plural bla2x~ dah..dah..tok sah fikir tang tu.. kita mudahkan.. cakap Bahasa Malaysia~ amacam? ada bran? :P

Harapan terakhir kami, sokonglah Fotogu.Com dan Fotogu.Com mendambakan penglibatan yang meluas dari setiap 'Photographer' atau Jurukamera baik yang amateur mahupun yang profesional untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dunia media di Fotogu.Com.

Sebagai kata-kata semangat pertama dari kami. ucaplah 'Gu!'

1 Canon 500D

10 Kamera DSLR Terbaik 2010

17

Seperti entri yang lepas, kami ada menyebut tentang apakah ciri-ciri DSLR yang terbaik untuk anda. Jadi untuk entri kali ni, kami cuba senaraikan beberapa kamera digital yang mungkin ada boleh pertimbangkan untuk dibeli.

Sehingga suku ketiga tahun 2010 ini, berikut adalah 10 senarai kamera DSLR terbaik mengikut kajian Fotogu.Com.

Kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR)

1. Canon EOS 500D

  • 15.1 megapixel
  • 3.0 inci skrin LCD
  • Full HD video
  • Live View
  • Face Detection Auto-Fokus (more...)
fotogu.com kini dengan Wordpress 3.0

Pagi Ke-2 Fotogu.Com! dan 7 Plugin WordPress pilihan

1

Assalamu'alaikum / Selamat Pagi yang ke-2 buat Fotogu.Com..

apa yang 'ke-2' sebenarnye? hehe.. sebenarnye pagi ni adalah pagi yang kedua buat Fotogu.Com menggunakan WordPress. Kami setakat ini sangat berpuas hati dengan prestasi WordPress sehingga terlalu banyak untuk diceritakan. Malam tadi pun ada antara kami yang tido pukul 3 PAGI untuk 'explore' atau bahasa pasarnye, Godek-Godek WordPress versi Tiga Perpuluhan Kosong ni. (P/s: Solat Subuh masih tak tinggal ok~ :P )

fotogu.com kini dengan WordPress 3.0

Fotogu.Com kini dengan WordPress 3.0

Secara jujurnye, kami amat menyukai versi baru WordPress ni. Mudah, laju , banyak ciri-ciri yang membantu blogger seperti kami dan apa yang paling penting, sangat ramai developer-developer yang giat dan pesat membangunkan Plug-in untuk kemudahan blogger-blogger lain. Selain tu jugak, WordPress jugak sangat mesra pengguna dan Dashboard Layout sangat mudah difahami dan dipelajari dalam masa yang singkat. WordPress jugak menawarkan tema atau theme yang sangat menarik dan mampu menarik perhatian pembaca-pembaca dan ia adalah PERCUMA!

Kami sebelum ini pernah menggunakan Drupal, Joomla! dan juga Blogspot sebagai platform laman web kami. Namun, ternyata kalau ditanya platform mana yang kami suka, kami akan sebut "W O R D P R E S S" . Mungkin WordPress tidak se-glamer blogspot tapi pada pendapat kami, WordPress lebih menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh blogger atau pembangun laman web yang pertama kali ingin menceburkan diri dalam industri laman web.

Boleh kami katakan, sistem automasi dan hanya memerlukan beberapa klik untuk setiap tetapan atau setting benar-benar membuat kami teruja dengan  WordPress 3.0.

Untuk Entri Tutorial Web kali ini Fotogu.Com akan kongsi bersama pembaca-pembaca tentang 7 Plug-in PILIHAN Fotogu.Com supaya kita semua tahu apa perisian yang boleh menolong anda sekiranya anda berminat dengan WordPress. :)

7 Plug-In yang Fotogu.Com! gunakan :

  • WP Auto Tagger - Kini anda tak perlu susah untuk taip satu demi satu tag bagi setiap post anda, ia adalah auto-tagger berdasarkan entri anda. Namun, ada kemungkinan perkataan-perkataan yang dipilih itu tidak menepati ciri. Namun, kira OK lah kalau dah tak sempat nk tulis banyak-banyak kan?
  • SI CAPTCHA Anti-Spam - Plug-in sangat berguna buat sesiapa yang tak sukakan spammer dalam pendaftaran, komen, ruang hubungi webmaster dan lain-lain. CAPTCHA akan meminta supaya pengguna memasukkan gabungan huruf dan nombor untuk mengesahkan ianya adalah sah.
  • Login LockDown - Bagus untuk sekuriti laman web. Plug-in ini akan mengunci log masuk sekiranya 2 (boleh ditetapkan) percubaan untuk log masuk gagal. Ini untuk mengelakkan penggodam atau hacker.
  • WP e-Commerce - Anda boleh berniaga dengan WordPress!
  • Ping.fm - Kini tak perlu susah-susah untuk update entri blog satu persatu di facebook, twitter, tumblr, myspace dan banyak lagi. Ping.fm akan auto-generate mini-feed ke setiap rangkaian sosial yang anda telah tetapkan.
  • Google Analyticator - nak tahu statistik blog anda tanpa perlu bersusah payah? Plug-in bagus ini adalah dari Google dan ianya PERCUMA.
  • All in One SEO Pack - Anda boleh menaikkan nilai dan ranking blog anda dengan meningkatkan keupayaan pencarian entri atau laman web anda di Search Engine seperti Google atau Yahoo.

SELAMAT MENCUBA! :)

Go to Top