Posts tagged Mampu

3074130118_17c455cbd51.jpg

Anda Dapat Apa Yang Anda Beri

1

Kamera Besar vs. Lensa Besar?

Baru pagi sahaja pagi tadi, ketika hendak bersarapan, salah seorang crew Fotogu.Com yakni penulis entri kali ini sendiri telah dihubungi oleh seorang sahabat lamanya bertanyakan tentang lensa yang bagus untuk kamera beliau. Kami berborak panjang tentang sahabat-sahabat lama dan khususnya perbincangan tentang lensa yang bagus untuk beliau buat coverage dan shooting. Akhirnya saya menyingkatkan perbualan dengan mengungkapkan,

YOU GET WHAT YOU PAY FOR

dalam bahasa mudahnya untuk rakyat Malaysia, “ Anda dapat apa yang anda bayar ”.  Kita mudah-mudah sahaja boleh mencari lensa yang murah samada yang terpakai atau baru. Namun, adakah kita akan berpuas hati dengan prestasi dengan lensa tersebut di kemudian hari? Soalan ini saya ajukan pada beliau dan pembaca sekalian supaya kita berfikir jauh sebelum membuat investment (pelaburan) dalam fotografi. Ini bukan soal siapa punya badan kamera DSLR paling besar.. dan juga bukan soal siapa punya paling banyak lensa atau aksesori yang besar-besar.. Ini soal ‘lelaki di belakang kamera tersebut’~ (man behind the camera).

Minda DSLR aku lah yang paling ‘power’ dan aku punya lensa ‘paling besar’ itu harus dikikis oleh semua pencinta fotografi sekiranya kita mahu berjaya dalam bidang fotografi. Saya benar-benar tersentuh apabila seorang tokoh Jurugambar Perkahwinan (Wedding Photographer), Saiful Nang pernah menceritakan bagaimana naik turun hidup beliau. Beliau bukan orang senang pada awalnya, ibu bapa beliau hanya penoreh getah. Namun kegigihan beliau dalam fotografi dengan berbekalkan hanya unit kamera asas membuahkan hasil apabila hasil tangan beliau diiktiraf bukan sekadar di Malaysia bahkan di luar negara seperti UK, Brunei, dan banyak lagi. Menabjubkan, beliau menjadi JUTAWAN dan mampu memandu kereta BMW dengan titik peluh beliau sendiri dengan hanya FOTOGRAFI!

Saiful Nang

Ayah dan emak saya  bukan orang terpelajar dan mereka pun buta huruf. Ayah boleh lah membaca sikit-skit. Tapi apa yang emak nak, kalau boleh anak-anak dia jangan jadi peneroka Felda macam dia. Jadi saya pun terdidik dengan benda tu. Saya dapat arts of survival ni lebih banyak dari ayah saya. Jadi peneroka Felda pada masa itu biasanya baki tunai gaji dalam tangan ada yang sampai serendah RM0.50 (dalam rekod ayah saya lah) setelah ditolak bayaran baja, bayaran tanaman semula, bayaran kantin, bayaran itu ini dan lain-lain lah.Tapi apa yang ayah saya buat, dia melihat dari mana datang baja yang digunakan di ladang sawit? mesti datang dari lori yang menghantarnya ke gudang baja pejabat felda. Kalau ada lori yang datang, mesti ada orang yang menurunkannya…

Baca lagi di Blog Saiful Nang

Walaupun Saiful Nang pernah dicemuh dan ada beberapa kontroversi yang melanda beliau, usahlah kita lihat kepada lauk yang basi kalau ada lauk yang enak untuk diratah. Itulah HIDUP. Tak kiralah anda buat kerja dalam bidang apa pun, yang paling penting anda terus ke hadapan dan maju dengan mengharungi halangan-halangan dengan dada yang terbuka.

Nah~ anda lihatlah sendiri bagaimana adilnya Allah SWT terhadap orang yang gigih berusaha mencari rezeki yang halal. Jadi apa kaitannya dengan tajuk entri kali ni? saya cuba nak membawa pembaca-pembaca sekalian bahawa ANDA MAMPU BERJAYA walaupun dengan fotografi (yang mungkin sesetengah orang lihat ini sebagai kerjaya golongan bawahan). Sidang pembaca boleh lihat ramai contoh-contoh usahawan yang berjaya dan jutawan muda di Malaysia ini walaupun mungkin fizikalnya tampak minyak hitam penuh di muka, peluh membasahi baju kerana tidak kerja di dalam air-cond, mahupun seluar koyak rabak dek terlalu lusuh.

Tapi harus diingat, nilai berjaya sesorang bukan dinilai dari sudut luaran. Mungkin minyak penuh di muka, namun duit berkepuk di dalam poket. Mungkin basahan peluh di baju itu mampu menjana duit yang lebih dari orang yang makan gaji di ofis. Seluar yang koyak itu pula mungkin orang yang sengaja hendak menyembunyikan kekayaan beliau daripada perompak yang kian menjadi kronik hari ini. Mampukah anda nafikan penyataan ini? tak mustahil bukan?

Jadi jelas kejayaan hidup kita ini adalah sejajar dengan usaha yang kita lemparkan,

ANDA DAPAT APA YANG ANDA BERI :)

P/s: Oh yep..lupe.. saya cadangkan kepada kawan lama saya tu supaya dapatkan 50mm dan Speedlight (External flash) terlebih dahulu.. ^_^

Sebuah perkongsian bermakna dari Fotogu.Com

Canon 5D Mark ii + 24-105L

Lelong! 5D Mark II + 24-105L – RM300 SAHAJA

10

LELONG! LELONG! Siapa mau Canon 5D Mark ii + 24-105L - RM300 SAHAJA...

(more...)

nikon-logo_fg

Mana satu DSLR terbaik?

51

Untuk entri pertama, kami yakin agak ramai peminat fotografi kerap tertanya-tanya apakah Kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR) terbaik untuk mereka kalau mula-mula nak beli?

Antara soalan yang biasa ditanya kepada kami sendiri,

"Antara Nikon dan Canon, yang mana satu lagi bagus?" (Walaupun masih banyak lagi jenama lain)

Jadi, nak tahu yang mana satu yang paling bagus? jom baca sampai habis untuk entri kali ni. Mudah-mudahan semua dapat gambaran umum apakah yang terbaik untuk mereka yang mahu memulakan hidup di dalam dunia fotografi.

Kebanyakan pembeli pertama kali DSLR adalah orang-orang yang biasanya melakukan naiktaraf atau 'upgrade' dari kamera Point and Shoot (P & S) atau kamera kompak (compact camera), dan alasan mengapa kebanyakan orang ingin meng-upgrade ke DSLR mungkin kerana mereka berfikir DSLR akan mengambil foto lebih baik.(Betulke??Jom Kaji)

Walaupun secara teknikal dan umumnya, DSLR harus memberikan kualiti gambar yang lebih baik daripada P&S dan kompak, anda harus belajar tentang fotografi dan mampu menggunakan kamera dengan betul sebelum anda boleh mendapatkan keputusan yang lebih baik dengan DSLR.

Ingat! Kamera hanyalah alat.

BAJET / JULAT HARGA (PRICE RANGE)

Dah dapat gambaran sebenar DSLR kan?Sekarang jom kita tengok cara-cara memilih DSLR. Hal pertama yang biasa bermain di kepala kita bila kali pertama hendak membeli DSLR pastinya Harga! (Kalau tak da duit mcm mana nak beli ye tak?hehe)

Oleh itu, soalan pertama yang anda boleh ajukan pada diri sendiri:

"Berapa banyak wang/duit yang mampu aku nak gunakan untuk kamera DSLR?"

Haa..dah letak angka tersebut dalam hati? Jom kita tengok 3 kelas untuk kamera DSLR ni:

1. Peringkat Entri / Entry Level memerlukan kos sekitar RM1,800 - RM 3,500

Contoh kamera Entry_level

(more...)

Fotografi Sukan

Belanda layak ke Separuh Akhir World Cup 2010 [Galeri] | Fotografi Sukan

1

Brazil vs. Holland

[img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_164-857south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_186-620south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_273-521south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_290-350south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_297-870south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_301-south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_309-490south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_378-242south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_414-880south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_470-aptopix_south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_524-638south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_582-s979-south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_599-685south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_693-618south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_728-s620-south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_781-518south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_80-139south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_868-114south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"][img title="" alt="" src="http://www.fotogu.com/wp-content/blogs.dir/1/files/brazil-vs-holland/thumbs/thumbs_948-758south_africa_soccer_wcup_netherlands_brazil-sff_-standalone-prod_affiliate-81.jpg"]

Masuk je minggu ni masing-masing dah panas punggung nak tengok pasukan masing-masing berjaya ke peringkat akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Perlawanan malam tadi sangat-sangat membuatkan kami teruja memandangkan juara lima kali World Cup, Brazil tewas di tangan Belanda. Belanda tidak pernah mengalahkan Brazil selama 36 tahun di dalam world cup yang sebelum-sebelum ni. Wah, kira hebat jugak la performance Belanda malam tadi, dan tambah kecewa peminat-peminat pasukan Ghana (ada ke?:P) apabila kalah di tangan Uruguay  sewaktu sepakan penalti dengan 4-2. (cuak betul tengok penalti ni~)

Eh..eh.. kenapa Fotogu.Com buat ulasan pasal bola plak ni?nak tukar jadi blog bola pulak ke? hee~ tak..tak..Sebenarnya kami nak berkongsi dengan anda satu lagi ilmu dalam fotografi yakni Sport Photography atau Fotografi Sukan. Haa.. apa itu Sport Photography?

Secara amnya, Fotografi jenis ini adalah di mana kita (jurugambar) akan merakamkan detik-detik bermakna di dalam sukan. Tak kira la sukan apa pun, bola ke, badminton ke, boling padang ke, bola jaring ke, berenang, gimnastik dan macam-macam lagi yang x mampu kita nak sebut. Kalau ikut olimpik, jumlah acara dan sukan adalah melebihi 300 acara..Wow~ banyak tu (p/s: sukaneka pun kira jugak~)

Fotografi Sukan adalah salah satu jenis fotografi yang paling orang berhati-hati, bahkan ia memerlukan jurugambar yang betul-betul cekap dan teliti. Kesalahan yang sikit mampu merosakkan keseluruhan gambar yang di'shoot'. Setiap jenis acara mungkin memerlukan setting kamera yang berlainan. Ini kerana ada yang in-door(dalam dewan) dan ada yang outdoor (di luar dewan).

Antara perkara yang perlu kite jaga dalam Fotografi Sukan ni banyak seperti jenis lensa, sensitiviti ISO, Exposure, aperture, kelajuan shutter (shutter speed) dan lain-lain. Banyak kan? Jadi nak tau apa setting yang sesuai untuk shooting Fotografi Sukan?

Haa..nantikan posting lepas match malam ni, Argentina melawan German dan Paraguay menentang Spain. hee~

AdobePhotoshop5.jpg

8 ILMU PENTING ASAS PHOTOSHOP

4

Adobe Photoshop. Siapa tidak kenal dengan perisian hebat khusus untuk image editing secara meluas dan terperinci. Adobe Photoshop versi terbaru yang baru sahaja dikomersialkan awal bulan April tahun 2010 adalah Adobe Photoshop CS5 yang juga didatangkan sekali dengan Adobe Creative Suite 5.

Kebanyakan jurugambar atau pembangun laman web (web developer) hari ini menggunakan perisian atau software Photoshop bukan sahaja mencipta bahkan mengolah gambar-gambar yang diambil supaya tampak menarik dengan efek-efek serta adjustment tertentu. Photoshop juga terkenal dengan mesra pengguna dan mampu melakukan pelbagai kehendak pengguna. Banyak info berkenaan Adobe ni anda boleh cari di internet.

Adobe Photoshop 5 Pagi tadi, bila ada kawan lama yang call, kami berbual panjang tentang dunia media sekarang ni. Borak punya borak, akhirnya dia sentuh hal Adobe Photoshop ni, dia kata

Nak kena beli lens bagus sikit ni, kalau guna kit lens gambar macam tak sharp. Bila tak sharp kena edit lebih sikit dalam Photoshop. Aku pulak dah la tak pandai Photoshop..

Kami ketawa je la sama-sama.. (Haha smile_teeth)

Jadi, entri kali ni Fotogu.Com rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai Ilmu asas yang perlu diketahui oleh pengguna (terutama kawan kami tadi :P ) untuk menggunakan Adobe Photoshop. Ada 8 bahagian atau 8 elemen utama dalam photoshop yang perlu diketahui umum untuk menggunakan Adobe Photoshop secara optimize.

1: Introduksi: Ruang kerja (work area).

2: Bermain dengan perkakas (tools) dan imej (images).

3: Warna (colour)

4: Pemilihan (selections) dan fungsi Quick Mask.

5: Lapisan (layers)  dan pengolahan asas (basic retouching).

6: Perkakas mewarna (painting tools) dan pembetulan asas warna (basic colour correction).

7: Bermain dengan perkataan atau mukataip (text) dan penuras (filters)

8: Aksi (actions) dan bentuk (shapes).

Haa..agak-agak faham tak apa benda la kat atas ni? tak pe.. insyaAllah kita akan cover dan belajar semua topik-topik di atas sepanjang hari/bulan/tahun, selagi mana www.fotogu.com masih aktif.. hehe smile_nerd Crew Fotogu.Com berbesar hati dapat berkongsi ilmu dan mengharapkan penglibatan secara menyeluruh dari pembaca-pembaca. Kalau rasa ada ilmu-ilmu yang dikongsi, Fotogu.Com pun tak de masalah untuk menerima perkongsian dari sesiapa sahaja.. Usahlah kita menjadi orang yang pentingkan diri, betul tak? tak kemana pun nanti.

So, perkara pertama yang perlu anda buat ialah install Adobe Photoshop ke dalam komputer anda (p/s: guna yang ori naa..kami xtanggung :P )

Mudah-mudahan setiap perkongsian kat sini dikira sebagai amal ikhlas kita semua.

fotogu.com kini dengan Wordpress 3.0

Pagi Ke-2 Fotogu.Com! dan 7 Plugin WordPress pilihan

1

Assalamu'alaikum / Selamat Pagi yang ke-2 buat Fotogu.Com..

apa yang 'ke-2' sebenarnye? hehe.. sebenarnye pagi ni adalah pagi yang kedua buat Fotogu.Com menggunakan WordPress. Kami setakat ini sangat berpuas hati dengan prestasi WordPress sehingga terlalu banyak untuk diceritakan. Malam tadi pun ada antara kami yang tido pukul 3 PAGI untuk 'explore' atau bahasa pasarnye, Godek-Godek WordPress versi Tiga Perpuluhan Kosong ni. (P/s: Solat Subuh masih tak tinggal ok~ :P )

fotogu.com kini dengan WordPress 3.0

Fotogu.Com kini dengan WordPress 3.0

Secara jujurnye, kami amat menyukai versi baru WordPress ni. Mudah, laju , banyak ciri-ciri yang membantu blogger seperti kami dan apa yang paling penting, sangat ramai developer-developer yang giat dan pesat membangunkan Plug-in untuk kemudahan blogger-blogger lain. Selain tu jugak, WordPress jugak sangat mesra pengguna dan Dashboard Layout sangat mudah difahami dan dipelajari dalam masa yang singkat. WordPress jugak menawarkan tema atau theme yang sangat menarik dan mampu menarik perhatian pembaca-pembaca dan ia adalah PERCUMA!

Kami sebelum ini pernah menggunakan Drupal, Joomla! dan juga Blogspot sebagai platform laman web kami. Namun, ternyata kalau ditanya platform mana yang kami suka, kami akan sebut "W O R D P R E S S" . Mungkin WordPress tidak se-glamer blogspot tapi pada pendapat kami, WordPress lebih menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh blogger atau pembangun laman web yang pertama kali ingin menceburkan diri dalam industri laman web.

Boleh kami katakan, sistem automasi dan hanya memerlukan beberapa klik untuk setiap tetapan atau setting benar-benar membuat kami teruja dengan  WordPress 3.0.

Untuk Entri Tutorial Web kali ini Fotogu.Com akan kongsi bersama pembaca-pembaca tentang 7 Plug-in PILIHAN Fotogu.Com supaya kita semua tahu apa perisian yang boleh menolong anda sekiranya anda berminat dengan WordPress. :)

7 Plug-In yang Fotogu.Com! gunakan :

  • WP Auto Tagger - Kini anda tak perlu susah untuk taip satu demi satu tag bagi setiap post anda, ia adalah auto-tagger berdasarkan entri anda. Namun, ada kemungkinan perkataan-perkataan yang dipilih itu tidak menepati ciri. Namun, kira OK lah kalau dah tak sempat nk tulis banyak-banyak kan?
  • SI CAPTCHA Anti-Spam - Plug-in sangat berguna buat sesiapa yang tak sukakan spammer dalam pendaftaran, komen, ruang hubungi webmaster dan lain-lain. CAPTCHA akan meminta supaya pengguna memasukkan gabungan huruf dan nombor untuk mengesahkan ianya adalah sah.
  • Login LockDown - Bagus untuk sekuriti laman web. Plug-in ini akan mengunci log masuk sekiranya 2 (boleh ditetapkan) percubaan untuk log masuk gagal. Ini untuk mengelakkan penggodam atau hacker.
  • WP e-Commerce - Anda boleh berniaga dengan WordPress!
  • Ping.fm - Kini tak perlu susah-susah untuk update entri blog satu persatu di facebook, twitter, tumblr, myspace dan banyak lagi. Ping.fm akan auto-generate mini-feed ke setiap rangkaian sosial yang anda telah tetapkan.
  • Google Analyticator - nak tahu statistik blog anda tanpa perlu bersusah payah? Plug-in bagus ini adalah dari Google dan ianya PERCUMA.
  • All in One SEO Pack - Anda boleh menaikkan nilai dan ranking blog anda dengan meningkatkan keupayaan pencarian entri atau laman web anda di Search Engine seperti Google atau Yahoo.

SELAMAT MENCUBA! :)

Go to Top