3 Teknik Foto Menarik Dengan Kamera Biasa – Bahagian II
Salam Ramadhan buat semua peminat Fotogu.Com
Semoga semua puasa hari ni.. yang tak ade uzur tu harap-harap jangan la buat-buat uzur ye sebab untuk pahala berpuasa di bulan Ramadhan tak sama macam pahala kita qadha’ di bulan lain. So, tahan sikit la ye
Dalam entri yang lepas kita dah berkongsi tentang teknik komposisi fotografi yang dinamakan ‘Rule of Third’. Jadi untuk entri kali ini kita akan berkongsi lagi satu teknik mengambil foto yang menarik dengan menggunakan apa jua kamera yang anda ada, kamera handphone atau pun kamera kompak.
Teknik tersebut dinamakan dengan teknik ‘silhouette’.
Silhouette atau dalam bahasa melayunya, bayangan hitam adalah antara teknik fotografi yang bermain dengan cahaya persekitaran atau selalu kita dengar perkataan yang digunakan, background lighting. Teknik digunakan BUKAN untuk mencipta butir-butir gambar yang jelas mahupun mencari keseimbangan exposure.
Teknik ini mengambil kira hanya bayangan objek dengan meletakkan cahaya di belakang objek lebih terang daripada objek fokus yang hendak diambil di hadapan. Haa.. paham ka ni?hehe~
Kalau cerita panjang-panjang pun tapi kita tak tengok hasilnye macam mana pun tak guna jugak betul kan?
So sebenarnye kat bawah ini adalah antara hasil silhoutte,
Menarik bukan? walaupun kita tahu ia adalah ibarat ‘gambar gelap’, namun ‘kegelapan’ ini adalah DISENGAJAKAN di dalam teknik silhouette.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimanalah agak-agaknya nak aplikasikan teknik ni pada kamera handphone anda bukan? Jadi untuk entri kali ini, Fotogu.Com akan kongsikan,
“7 CARA MUDAH UNTUK ANDA BUAT TEKNIK FOTOGRAFI SILHOUETTE”
-
Pilih subjek yang KUAT
Kuat bagaimana?Haa..bukan otot yang kuat ye tapi lebih kepada objek yang mempunyai bentuk figura yang mampu dikenalpasti apakah objek tersebut. Anda mungkin mempunyai kreativiti tersendiri namun biarlah peminat anda dapat meneka apakah objek silhoutte yang anda ambil. -
Matikan FLASH anda
Yep. tak semua gambar memerlukan flash, jadi anda hanya perlu matikan flash kamera anda kerana kita perlu mengurangkan cahaya yang menerangi objek tersebut. -
Pastikan kedudukan sumber CAHAYA
Biasnya kita mengambil gambar dengan membelakangkan sumber cahaya supaya objek menjadi terang bukan?Haa..kali ini anda kena berfikir terbalik pulak. Kebiasaanya silhoutte dapat dihasilkan dengan meletakkan kamera anda bertentangan dengan sumber cahaya tersebut. Antara contoh sumber cahaya adalah lampu, tetingkap, ataupun matahari. -
BINGKAIKAN gambar silhouette anda
Ambillah gambar anda dengan menggunakan berlatar belakangkan permandangan yang rata tetapi terang seperti langit atau pun tetingkap(seperti gambar di atas). -
Pastikan gambar silhouette anda dapat DITEKA
Bila anda ingin menggunakan teknik, cuba seboleh-bolehnya untuk mendapatkan objek yang hendak di’silhouette’kan tersebut terasing daripada objek-objek yang mampu menghilangkan fokus pemerhati gambar anda. Contohnya silhouette yang tidak bagus adalah seperti gambar di bawah, -
Gunakan Mode MANUAL
Kadangkala bila menggunakan mode automatik, kamera anda terlalu bijak dengan dapat mengesan bahawa objek anda berada dalam keadaan gelap, jadi secara automatisnya ia akan membetulkan kembali setting kamera supaya objek yang anda hendak ambil menjadi terang.Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, ambil satu gambar menggunakan mode auto. Lihat kepada setting yang disetkan oleh kamera anda dan ubah setting tersebut supaya gambar menjadi lebih gelap samada dengan mengurankan ISO, mengurangkan exposure, meninggikan aperture ataupun memperlahankan shutter speed. Carilah setting terbaik
.Untuk kamera handphone, anda boleh mengubah setting exposure yang tedapat pada kamera anda. Ikon exposure kebiasaanya berbentuk ‘matahari’, cuba untuk mengurangkan exposure tersebut satu persatu.
-
Cuba mempelbagaikan GAMBAR
Anda mungkin perlu mengambil lebih dari satu gambar dengan mempelbagaikan sudut mengambil gambar (angle) ataupun variasi dalam setting kamera anda. Ini kerana mungkin di dalam kamera ia tampak lawa namun apabila anda pulang ke rumah dan lihat gambar tesebut di dalam komputer, anda mungkin kecewa.Jadi, luangkan sedikit masa lagi untuk mengambil lebih banyak gambar daripada anda menyesal di kemudian hari dan tidak mampu berpatah balik.
SELAMAT BERSILHOUETTE ^_^
This entry was posted by Numan Hilmy on August 17, 2010 at 10:26 AM, and is filed under Fotografi Gu!, Tutorial Gu!. Follow any responses to this post through RSS 2.0.You can leave a response or trackback from your own site.
- Comments (7)
- Related Posts
Komen menggunakan Facebook anda:
-
-
-
-
yup2..~ solat itu bagus.. tp keadaan silhouette mungkin masih boleh diperbetulkan utk menampakkan solat itu lebih mantop.. contohnya seperti http://numan.fotogu.com/index.php?showimage=4
^_^
-
-
-
-
Komen menggunakan Facebook anda:
- Menang Canon 7D dari Canon Malaysia (English)
- Induksi Fotogu.Com
- Canon 7D Cedera Parah
- Fotogu.Com mencari ilham
- Ibadah Qurban | Sambutan Aidil Adha 1431H
- Fahami Jarak Fokal (Focal Length)
- Lelong! 5D Mark II + 24-105L – RM300 SAHAJA
- Photography Contest dari Fotokem
- Salam Lebaran + Tips Photoshooting Hari Raya
- Crop Sensor? Full Frame? Apa Bendanya Tu?
wahhhh sangat bagus…