Anda tiada kamera DSLR? yang anda hanya ada ialah kamera kecil yang ayah atau abang anda punya kamera handphone? atau lebih rendah lagi, anda hanya memiliki kamera handphone??
Tapi nun jauh di lubuk hati anda, anda masih mahu menghasilkan gambar yang menarik bukan? Jadi untuk entri kali ini, Fotogu.Com akan cuba memberikan tips atau kaedah mudah untuk memiliki gambar yang cantik walaupun hanya dengan kamera digital kompak atau pun kamera telefon bimbit.
Sebelum kita mulakan kelas, jom kita lihat kembali apa sebenarnya elemen penting dalam Konsep Segi Tiga Pendedahan (Exposure) yang kita telah pelajari dalam entri sebelum ini yakni:
Ketiga-tiga elemen di atas adalah amat penting untuk memastikan gambar yang diambil adalah dalam kualiti yang bagus. Bahkan anda mampu untuk mencipta suatu gambar yang menakjubkan dengan memanipulasikan ketiga-tiga elemen di atas.
Pelajaran pertama untuk minggu ni ialah 3 teknik mengambil foto secara asas menggunakan apa jua kamera walaupun ada yang masih tercari-cari apakah kamera terbaik untuk diri sendiri. Jangan risau, kamera itu hanya alat, bagaimana anda memanipulasi idea dan kreativiti anda lebih utama dalam fotografi. Apa 3 teknik itu? Jom kongsi bersama..
Anda pernah dengar tentang ‘Rule of Third’? atau mungkin secara kelakarnya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, Peraturan Ketiga.
Ia sebenarnya adalah salah satu asas fotografi dalam kategori komposisi foto. Biasanya ia diajar kepada peminat-peminat fotografi yang baru sahaja mengenali kamera.
Caranya mudah, anda hanya perlu berimaginasi dengan membahagikan gambar anda kepada 2 garisan yang akan menghasilkan 3 ruangan yang sama besar, menegak dan melintang. Contoh seperti di bawah,
Kajian yang dilakukan membuktikan bahawa mata manusia kebanyakannya lebih tertarik dan akan lebih fokus di kawasan/titik persilangan antara garisan tersebut. Jadi kita mempunyai 4 titik persilangan di dalam garisan grid tersebut.
Kita ambil contoh mudah dengan lihat gambar di bawah,
Anda boleh lihat gambar di atas kelihatan agak biasa dan tidak berapa menarik, tetapi cuba anda cuba dengan cara 'Rule of Third’.. Ambil kamera anda dan apa terjadi sekiranya anda meletakkan objek di atas seperti gambar di bawah,
WAHH~! ia ternyata kelihatan lebih menarik dan mata kita lebih terpesona untuk melihat gambar yang kedua ini. Betul tak? Jadi sebenarnya, inilah ‘Rule of Third’.
CONTOH LAIN
Selepas ini bolehlah anda menggunakan teknik ini untuk digunakan dengan apa jua kamera termasuk kamera handphone anda. Teknik ini tidak berapa sukar untuk diaplikasikan dan anda mungkin mengambil masa yang sebentar sahaja untuk membiasakan diri dengan teknik ini.
Namun, tanyalah diri anda beberapa soalan sebelum anda mengambil gambar, seperti:
- Apakah yang menarik dalam gambar ini?
- Di manakah saya patut meletakkan objek di dalam gambar yang saya ambil?
Soalan-soalan sebegini bagus ditanyakan kepada diri sendiri supaya anda tahu apa yang anda buat. Bukan sekadar ikut-ikut sahaja.
Akhir kalam untuk entri kali ini, Fotogu.Com mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Kareem untuk semua yang menganut agama Islam.. Semoga semua dirahmati oleh Allah dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Kejarlah ibadah-ibadah yang kita tidak sempat lakukan ketika di bulan-bulan lain.
Crew Fotogu.Com ingin memetik sepotong hadith dari Rasulullah SAW yang berbunyi,
"Telah datang kepada kalian bulan Ramadan. Bulan yang penuh berkah. Di dalamnya, Allah mewajibkan puasa bagi kalian, pintu-pintu Surga dibuka lebar, pintu-pintu Neraka ditutup rapat, setan-setan dibelenggu. Di dalamnya juga terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan; barang siapa yang tidak mendapatkan kebaikannya, sungguh ia tidak mendapatkan kebaikan.”
[HR. Ahmad, Al-Baihaqi, dan Al-Nasa'i]
SELAMAT BERPUASA DAN BERMAIN RULE OF THIRD! ^_^
12 Responses
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu…..
sama-sama jugak dari fotogu
kalau ada ilmu jugak..meh la kongsi sama-sama..
fotogu : nak tanya, x bape paham ngan 4 titik pertindihan…
oo.. sbanrnye titik pertindihan tu sama dengan titik persilangan.. kalau perasan ade garisan hijau kan dalam gambar tu.. vertical line dan horizontal line akan menghasilkan titik persilangan..
harap membantu..~
dulu cuba praktikkan rules of third dgn handphone jer…pic pun cun..la nie nak mahirkan lagi dengan d90
yup.. teknik ni mmg mudah di’apply’ kan.. gune kamera apa pun buleh.. ~
so mcm mana d90? d90 ni buleh kira antra model yg agak bgus keluaran nikon..
terima kasih. post ni berguna sangat. dah apply sikit2 masa ambil gambar. tp, kena belajar lebih lagi.
insyaAllah.. semoga terus memantopkan diri dengan ilmu fotografi
terbaik…byk basic info yang berguna n mudah difahami….
alhamdulillah.. semoga terus bermanfaat buat alam sejagat
klo Langganan bayar g ??
big thanks to you.. tips yang sgt3 berguna. act aye minat dengan gambar tapi tak pandai nak ambik gambar. hehe thanks !