Fotogu Fotogu
Search
ANDA BUAT FOTOGRAFI JENIS APA?

Ni lah antara soalan yang selalu ditanyakan kepada jurugambar-jurugambar di Malaysia termasuk ANDA! Jadi sekiranya anda adalah seorang pencinta atau bakal pencinta fotografi..agak-agak apa jawapan yang anda akan berikan? (Jawab dalam hati ye..)

Dalam 5 tahun yang kebelakang ni, mungkin kita dapat lihat fenomena yang menjadi kegilaan remaja sekarang untuk memiliki sebuah kamera DSLR (dah murah dah sekarang ni..tak macam dulu) dan membuat eksperimen dengan kamera tersebut. Sekarang ni boleh katakan, pegi mana-mana pun ada je seketul benda hitam (kebanyakannya) yang melekat di bahagian tangan atau tersangkut di leher. Ada yang tergolek-golek, terlentang bahkan ada yang terbang nak menambil gambar..hehe tapi itu semua style masing-masing.

Satu lagi fenomena yang menarik untuk kita tengok ialah fotografi perkahwinan atau Wedding Photography. Yup! kalau anda try layari internet kita boleh tengok banyak yang menawarkan pakej-pakej fotografi perkahwinan yang menarik pada harga berpatutan samada yang kerja jurugambar sepenuh masa atau pun yang part-time. Bahkan ada yang telah mendapatkan upah dengan mengambil gambar perkahwinan di awal 17 tahun. (Menakjubkan?)

Namun sedar atau tidak Wedding Photography atau Fotografi Perkahwinan adalah BUKAN sejenis fotografi!

Haa..tenang..tenang~tak abis ayat lagi tuu.. smile_tongue maksud kami ialah fotografi perkahwinan ni adalah ‘profession’ atau bidang kerja dalam fotografi. Antara bidang lain ialah Fotografi Jurnal ( Journal Photography) atau Fotografi Studio (Studio Photography), Fotografi Arkitektur (Architecture Photography), Fotografi Fesyen (Fashion Photography), Fotografi Aerial (Aerial Photography) , dan bermacam-macam lagi. (sangat-sangat banyak)

Jadi apa yang Fotogu.Com maksudkan dengan jenis-jenis fotografi? Haa..jadi entri kali insyaAllah kami akan cuba rungkaikan jenis-jenis fotografi yang secara asasnya itulah elemen penting dalam mengenal erti fotografi, dan kemudian dikembangbiakkan menjadi jenis-jenis dan profession yang bermacam-macam tadi tu. Fotogu.Com telah mengkelaskan kepada 3 asas fotografi yakni,

3 JENIS FOTOGRAFI (ASAS)

  1. Fotografi Lanskap (Landscape Photography) - wide shot
  2. Fotografi Potret (Portraiture Photography) - mid shot
  3. Fotografi Makro (Macro Photography) - close-up shot

Fotografi Lanskap (Landscape Photography)

  1. Fotografi jenis ini memerlukan jarak yang jauh dan ruang yang luas untuk mendapatkan hasil yang baik.
  2. Hasil tangkapan lanskap yang bagus biasanya perlu mempunyai 3 elemen alam yakni udara (air), tanah (land) dan air (water) jika ada.
  3. Kebiasaannya fotografi sebegini diambil oleh penggemar gambar luas (wide) dan keindahan alam semulajadi seperti detik matahari terbit (sunrise) atau matahari terbenam (sunset).
  4. 4 Komposisi (Composition) yang baik untuk fotografi lanskap terdiri daripada garisan(lines), bentuk geometri (geometric shape), rule of third, dan imej bingkai (framing image).
  5. Lensa yang biasa digunakan untuk tangkapan jenis ini adalah julat dari 10mm hingga 25mm menggunakan aperture dengan bukaan kecil, f/11 dan ke atas.
  6. Hasil dari fotografi jenis ini melahirkan nature photography, building photography dan panaromic photography.
  7. Contoh tangkapan fotografi lanskap adalah permandangan pantai/laut, bukit-bukau/gunung-ganang, permandangan bandar yang luas dan dataran yang lapang.

Fotografi Potret (Portraiture Photography)

  1. Fotografi jenis ini meletakkan objek dari jarak separa jauh dan memerlukan ruang yang sederhana.
  2. Objek sasaran untuk fotografi potret boleh terdiri daripada manusia, binatang, objek pegun dan lain-lain.
  3. Kebiasaannya fotografi sebegini menjadi kegemaran jurugambar yang minatkan ekspresi muka dan butir-butir (details) yang ada pada hidupan/objek yang ditangkap.
  4. Fotografi jenis ini dapat menonjolkan kecantikan / kehenseman / kecomelan objek sasaran yang diambil.
  5. Lensa yang bagus untuk fotografi potret adalah julat dari 25mm – 60 mm.
  6. Fotografi potret banyak menghasilkan bidang fotografi seperti fotografi jalanan (street photography),fotografi potret diri (self-portrait photography) dan fotografi kanak-kanak (baby photography).
  7. Contoh tangkapan fotografi potret adalah muka pengantin, kucing, dan kandid ekspresi muka kanak-kanak comel.

Fotografi Makro (Macro Photography)

  1. Fotografi makro atau close-up adalah menangkap gambar yang kebanyakannya di luar batas kemampuan mata manusia.
  2. Ia mendapatkan imej dari jarak dekat (atau sangat dekat) dan hanya memerlukan ruang yang kecil.
  3. Kebiasaannya fotografi jenis ini mempunyai peminat tersendiri yang sukakn bentuk tesktur (texture) dan butir-butir yang teliti (great details) terhadap sesuatu objek.
  4. Fokus yang tepat menjadi keutamaan yang paling utama dalam menghasilkan fotografi makro yang bagus.
  5. Lensa khusus perlu digunakan untuk mendapatkan hasil makro dan kebiasaanya pada lensa tersebut ada tertulis perkatan ‘macro’ dengan ratio 1:1, 1:2 dan sebagainya.
  6. Fotografi makro menghasilkan jenis fotografi yang lain seperti fotografi makanan (food photography), fotografi hidupan serangga (insect photography) dan fotografi alam semulajadi (nature photography).
  7. Contoh tangkapan fotografi makro adalah tekstur air pada bunga, tekstur mata lalat/lebah/serangga, dan figura/anak patung kecil

Akhir kalam, sebagai konklusi tak banyak pun sebenarnya jenis-jenis fotografi ni.. yang banyak adalah cabang-cabang kepada 3 jenis asas fotografi yakni makro,potret dan lanskap..dan hasil daripada pecahan jenis-jenis fotografi ni lah yang membuatkan orang lebih kreatif dan inovatif dalam nak menghasilkan gambar yang menarik.. kata kunci dia ialah ‘manipulasi teknik’.

Haa..mudah kan?Insyaallah di entri yang lain kita akan berkongsi pulak teknik-teknik dalam fotografi dan Fotogu.Com nak mengajak anda berkenal-kenalan dengan kamera. Best kan? smile_regular

p/s: Jerman menang tadi..tu yang seronok nak berkongsi ilmu dengan semua orang malam ni.. hehe Gratulation Deutsch!soccerball

Related Posts with Thumbnails

arrow8 Responses

  1. 19 mos ago

    nice article~ thanx 4 sharing.. :D

  2. 19 mos ago

    yup..ur welcome :) enjoy more at fotogu.com. :D

  3. 14 mos, 4 wks ago

    Ohh..skang sudah taw…so..b4 nk beli CAmera nie..kene taw laa u’ll nk gune utk ape?..i see2…

  4. 14 mos, 4 wks ago

    betul tu hypersyndrom.. pilih kamera anda yang mana sesuai dengan kemampuan dan keperluan..

    ingat 2 perkara ini insyaAllah tak sia-sia pembelian anda.. :)

  5. 12 mos, 2 wks ago

    best sangat2 info yg di berikan..

  6. 10 mos ago

    bro blh tau mcmne nk bt pic makro bunga kt post atas…??
    shutter speed? iso? x pkai flash ke? aperture?? cun giler pix tu,, huhu… thnx…

  7. 3 wks, 3 days ago

    eh, ada 3 je la rupanya? hehehe. :)

  8. 3 wks, 2 days ago

    eh..eh..pisyek ade kat sini.. ehehe

    secara umum boleh kate 3..

    tapi kena paham..yang kategori fotografi dan jenis fotografi lain.. :)

    kategori fotografi boleh jadi fotografi sukan, photojurnalisme, perkahwinan, n dll..

    tapi dlm smua kategori fotografi pun..mesti terselit 3 bnda ni.. klu x wide shot..mesti close up shot.. klu bukan dua2 tadi tu.. mungkin potret shot.. :)

Leave A Comment

*

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.