Semalam crew Fotogu.Com telah berjanji dengan seorang kawan rapat untuk menceritakan tentang ‘White Balance’ dalam entri seterusnya kerana gambar-gambar yang diambil beliau sewaktu program bersama pelajar-pelajar baru hampir kesemuanya kelihatan kehijau-hijauan. Dia kelihatan sedikit sedih dengan hasil gambar tersebut. Jadi, Fotogu.Com akan cuba menceriakan anda (sekiranya anda baca) dengan entri kali ini. Harap saudara terhibur dengan entri kali ni~ ^_^
Anda pernah tak dengar tentang white balance? atau terjemahan secara terusnya, imbangan putih? Haa.. kalau pernah tapi rasa macam tidak pasti cuba lihat gambar di bawah ni. Anda pernah tak mengalami gambar yang kebiru-biruan macam ni?
atau kemerahan macam ni?
Haa..ini bermakna anda mungkin mengalami masalah yang dinamakan ‘incorrect white balance’ atau bahasa melayunya, imbangan putih yang tidak betul. Keadaan seperti ni biasa terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira yang mahir atau pun yang baru menjinakkan diri dengan kamera. Hal ini terjadi kerana kita mungkin tersalah guna tetapan (setting) atau kamera anda tersalah jangka dengan warna keadaan sekeliling.
Baik, kita pergi lebih dalam sedikit tentang white balance ni. White Balance atau Imbangan Putih ni secara ringkasnya adalah,
Proses untuk mendapatkan warna objek di dalam foto supaya tepat dengan warna sebenar objek yang diambil
Mudah bukan? pendek cerita, kita hanya mahukan warna objek di dalam foto kita serupa dengan apa yang dilihat oleh mata kita di dunia sebenar. Dan MENGAPA PUTIH yang menjadi pilihan? Ini kerana putih adalah warna asas yang paling mudah dikesan dan dijadikan ‘reference colour’ (warna rujukan oleh sensor kamera) sekiranya warna tersebut berubah menjadi sedikit jingga disebabkan cahaya matahari atau lampu bilik sebagai contoh.
Apabila warna objek di dalam foto yang diambil menjadi kebiru-biruan atau kemerah-merahan seperti gambar di atas, ini menunjukkan bahawa kamera anda telah tersalah tafsir dengan warna putih yang dijadikan rujukan. Jom kita ambil contoh yang lebih jelas, jikalau gambar menjadi kebiruan, ini bermakna sensor kamera anda telah tersalah tafsir bahawa objek yang anda tangkap adalah berada dalam suasana kemerahan/kejinggaan. Lantas, kamera anda cuba untuk membetulkan warna secara automatik dengan menambah/meningkatkan warna kebiruan untuk meneutralkan kembali warna foto yang anda ambil kepada warna sebenar sedangkan ianya tidak perlu. Hasilnya, imej foto kebiru-biruan terhasil.
Jadi sekiranya kamera anda tidak mampu untuk mengesan apakah tetapan (setting) terbaik untuk sesi tangkapan yang anda sedang lakukan. Perkara terbaik adalah yang anda boleh lakukan ialah menggunakan MODE MANUAL WHITE BALANCE atau CUSTOM WHITE BALANCE yakni menetapkan sendiri secara manual warna putih tersebut.
BAGAIMANA HENDAK LAKUKAN CUSTOM WHITE BALANCE?
Lain kamera lain caranya, namun masih terdapat sedikit persamaan dan anda boleh bereksperimen dengan kamera anda sendiri. Untuk kamera digital kompak (compact digital camera), biasanya mode-mode telah tesedia dan anda hanya perlu pilih pada menu kamera anda mengikut suasana di sekeliling anda. Contoh yang anda boleh jumpa di dalam menu kamera anda adalah seperti,
![]()
Bagi kamera DSLR pula, anda hanya perlu ikut langkah di bawah (contoh yang digunakan: Kamera Canon EOS 400D),
SELAMAT BER’WHITE’ BALANCE~ ^_^
7 Responses
comelnye bunge tu. hoho.
bagusnyer info… gud2
terima kasih atas sokongan kak imma
comel kan? ade org bagi.. hehe thanx sudi singgah.. amcam bisnes? bereh? hehe
seperti biasa. huhu…
alhamdulillah ^_^
kalau nak warna natural kene pilih ikut keadaan yea?