Alhamdulillah, sebaik sahaja satu program perkongsian spiritual selesai kelmarin, ada seorang sahabat crew Fotogu.Com datang kepada kami dan kami berbual-bual panjang. Syok punya sembang, kemudian dia bertanya soalan tentang satu ilmu fotografi yang masih yang berminat untuk tahu,
Bang, macam mana nak buat gambar air bergerak jadi macam awan eyh?
Haa..sebagai meraikan persoalan di minda sahabat kami yang seorang ni, untuk entri kali ini Fotogu.Com akan cuba untuk berkongsi tentang shutter speed (kelajuan rana) dalam ilmufotografi.
APA ITU SHUTTER?
Seperti yang telah Fotogu.Com ceritakan dalam entri yang lepas mengenai mekanisme kamera digital, kita perlu tahu yang terdapat banyak elemen dalam kamera yang memainkan peranan masing-masing dalam merekod dan memastikan gambar disimpan di dalam filem mahupun kad memori.
Antara bahagian yang penting adalah SHUTTER. Shutter atau rana sebenanya terletak di dalam kamera anda (di belakang cermin pantulan) di mana apabila gambar hendak diambil, bilah atau rana lensa akan terbuka dan tertutup selepas satu jangka masa yang ditetapkan. Jom tengok video di bawah untuk kefahaman yang lebih mudah,
Secara asasnya, ketika shutter itu terbuka, ketika itulah proses merekod gambar terjadi ke atas sensor/filem kamera anda. Mudah kan? Jom tengok pelajaran seterusnya.
JADI APA ITU SHUTTER SPEED (KELAJUAN SHUTTER)?
Apa yang perlu anda tahu tentang kelajuan shutter ini ialah sebenarnya MASA yang dibenarkan oleh kamera untuk filem/sensor terdedah kepada cahaya yang datang dari arah depan yakni lensa dengan membuka shutter tersebut ketika proses tangkapan gambar berlaku.
Atau bahasa mudahnya, JUMLAH MASA shutter dibuka.
Unit masa untuk shutter speed adalah dikira dalam saat (second). Contohnya, 1 saat, 0.5 saat, 1/60 saat dan sebagainya.
Sebagai penambah kefahaman, sekiranya anda memilih 1/60 di kamera anda, ini bermakna shutter akan dibuka selama 0.017 saat.
Dalam entri konsep tiga segi pendedahan (exposure) juga telah diterangkan serba sedikit mengenai shutter speed ini. Sekiranya masa yang diberikan untuk shutter ini dibuka lebih lama, seperti maka gambar anda akan menjadi lebih terang dan objek mungkin dapat dilihat dengan jelas pada penghujung hasilnya nanti. Namun, harus diingat, shutter speed yang terlalu lama adalah tidak bagus kerana ia akan menghasilkan gegaran (shake) terhadap gambar tesebut KECUALI anda memang sengaja hendak memiliki gambar yang blur tapi masih dikategorikan gambar yang cantik seperti,
Mengapa shutter speed yang lama akan menghasilkan gegaran?Ini kerana kamera anda tidak mampu untuk merekod gambar yang anda ambil ke atas sensor/filem kamera yang tidak tetap pada kedudukannya dengan tangan kita yang bergoyang dan tidak seimbang. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, anda boleh:
SHUTTER SPEED APA YANG SESUAI UNTUK SAYA?
Anda masih buntu hendak menggunakan tetapan apa untuk shutter speed pada kamera anda? Berikut adalah tips-tips dari Fotogu.Com mengenai shutter speed,
atau
sampai sini dahulu, kalau nak tanya apa-apa, komen la di ruangan bawah entri ni OK?
SELAMAT BEREKSPERIMEN DENGAN SHUTTER SPEED! ^_^
5 Responses
keep up the good work!
thanx 4 da wish amir
gamba tu macam aperture blade je..
to dslr.. terima kasih skali lagi kerana ambil berat ttg ilmu yang dikongsi di fotogu.com.
gambar yang nampak mcm aperture blade tu sbnrnye mmg shutter, walaupun gmbar tersebut adalah shutter jenis diafram yang kebiasaanya digunakan pada non-SLR atau SLR yang tidak mnggunakan lensa interchangeable(tak boleh tukar2 lens). leh pegi ke link ni utk lihat (English) http://www.wrotniak.net/photo/tech/fp-shutter.html
kebiasaanya yg digunakan pada DSLR kini ialah jenis focal plane shutter. saya dah pun upload video yang sbenar utk menceritakan ttg shutter jenis is bagi menggantikan gambar tersebut..
apa-apa pun..jutaan terima kasih saya ucapkan utk usaha anda demi penambahbaikan Fotogu.Com.
Kami amat menghargainya ^_^
http://fotonaman.blogspot.com/2010/07/blur-pun-kadang-macam-best.html
gambar blur tak sengaja..hehe