Alhamdulillah… setelah dinanti-nantikan oleh pembaca, bagi saya entri kali ini lah akan menjadi kegemaran buat penggemar gambar olahan yang cantik yang masih buntu dan tercari-cari cara nak gunakan Adobe Photoshop. Betul kan? hehe..

Sebelum kita mula dengan photoshop kita ni, nk kongsi sikit cerita dulu. Sebenarnye, Fotogu.Com baru sahaja mengalami kerosakan pemacu cakera keras atau hard disk crash.. (adeyh~) tapi nasib baik la itu hard disk yang secondary (kedua), primary (utama) hard disk masih lagi dalam keadaan elok dan berfungsi..

Fiuhh~ memang berdegup jantung kami sekencang angin taufan. Mana tak nya, segala data dan maklumat sejak 5 tahun yang dulu semuanya dalam hard disk tu. Tapi nasib baik segala data dalam hard disk tersebut sempat di ‘back up’ betul-betul lepas kejadian yang sama jadi pada kami awal tahun ini.

Jadi, cuma nak sarankan..buatlah BACK UP anda sekarang.. tak siapa tahu bila komputer kita pulak akan crash..kan?Banyak software back up yang percuma di internet, cakap je nak ape.. Fotogu.Com sendiri menggunakan beberapa software. Harap peringatan ni bermanfaat untuk semua.

OK dah.jom berkenalan dengan encik photoshop kita.. ^_^

mula-mula sekali, mahu atau tak mahu anda memang kena cari software Adobe Photoshop. Hal ini kami serahkan pada pembaca, pemabaca kita semua bijak-bijak belaka kami rasa. smile_wink

Untuk kali ni, Fotogu.Com menggunakan Adobe Photoshop CS4 walaupun Adobe Photoshop CS5 dah keluar tapi kami masih rasa senang dengan ciri-ciri CS4. Jadi,kita guna je lah apa yang ada.

  • Bila dah install, akan ada satu icon seperti di bawah di desktop anda, Klik ikon tersebut.

  • Kalau agak-agak tak jumpa dekat dekstop, anda boleh cuba lihat di dalam menu “START” yang ada lambang Windows dalam bulatan (untuk pengguna Windows 7). Klik dan tulisPhotoshopseperti di bawah, manakala untuk pengguna Windows ME/XP dan lain-lain, klik START > Programs > Adobe Photoshop CS4.

Cari Photoshop

  • Photoshop dimulakan, dan perkara pertama yang anda akan lihat ialah seperti di bawah. (kalau ada sebarang perkara lain yang muncul, anda cuma klik cancel atau pilih yang mana berkenaan dengan anda).

ruang kerja(Klik gambar di atas untuk imej lebih besar)

  • Anda boleh lihat kami telah ringkaskan label untuk setiap bahagian penting di dalam Photoshop dengan A, B, C, dan D. (ada yang tidak disebut supaya tidak memeningkan anda smile_regular)
A Menu Utama
B Menu Alatan (Tools)
C Ruang Kerja
D Panel Lapisan (Layers)
  • Untuk A atau Menu Utama yang berada di bahagian atas sekali ketika anda buka Photoshop. Kegunaan menu ni adalah untuk mengawal keseluruhan arahan yang ada di dalam Photoshop termasuklah untuk membuat file (fail) baru, menambah tools, menggunakan filter atau pun untuk menambah efek pada gambar yang hendak diolah dan bermacam-macam lagi.

A_menu utama

  • Untuk B ialah kawasan di mana ikon-ikon kecil ditunjukkan. Haa~ pening kan kalau mula-mula tengok. Takpe, nanti kita belajar. Menu sisi ini jugak dikenali dengan Tools Menu (menu alatan) bertujuan untuk segala memudahkan kita untuk menggunakan tools dalam Photoshop ini seperti crop (memotong gambar), lasso tools, pemadam, berus (brush), menambah text (teks/perkataan) dan lain-lain.B

(Klik gambar di atas untuk imej lebih besar)

  • Bahagian C pula ialah ruang kerja anda. Di sinilah kita akan meletakkan gambar yang akan di‘edit’ kemudian atau pun ketika anda mula-mula sekali membuat fail baru

C_window utama (Klik gambar di atas untuk imej lebih besar)

  • Dan apa yang kami suka dengan Adobe Photoshop CS4 berbanding keluaran sebelum ini yakni CS3 ialah kebolehan untuk menggunakan ‘tab’ di bahagian atas ruang kerja anda. Ini bermakna kita tak perlu susah-susah lagi tercari-cari fail satu persatu untuk edit gambar yang banyak. Setiap fail gambar akan diletakkan seperti tab di bawah menjadikan kerja cukup-cukup mudah dan cepat. (Thumbs up~ atau Jari Ibu Naik untuk CS4) smile_tongue

Tab

  • Bahagian D yakni bahagian kanan bawah pula ialah Panel Lapisan (layers) yang mana akan menunjukkan setiap lapisan gambar yang ada, menambah dan melihat efek yang digunakan dan anda boleh menyembunyikan(hide)/menunjukkan(visible) lapisan tersebut. Walaupun di bahagia atas itu masih ada yang tidak diterangkan, pada pendapat kami keempat-empat bahagian ini sudah cukup untuk pengguna yang mahu berjinak-jinak dengan Photoshop. Kenapa nak pening-pening betul tak? smile_teeth

D_menu layer

(Klik gambar di atas untuk imej lebih besar)

Sedar atau tidak anda telah pun kenal dengan encik Adobe Photoshop secara asas. (Tahniah~ tahniah~) Jadi, dah boleh mula untuk edit gambar pulak la lepas ni.. hehe~

Jadi untuk pelajaran pertama, jom kita cipta fail baru atau ‘Create New File’.

  • Mula-mula sekali anda pergi ke bahagian Menua Utama (atas), klik File > New atau lebih mudah dengan menekan papan kekunci atau keyboard, CTRL + N.(klik Open atau CTRL + O sekiranya anda mahu memasukkan gambar pilihan anda)

Cipta Fail Baru

  • Dan satu menu seperti di bawah akan keluar untuk menetapkan dengan lebih terperinci tentang saiz imej yang akan digunakan bagi fail ini. Dari Fotogu.Com sebagai latihan, letakkan

failbaruprompt_fg

  1. Name sebagai Latihan 1.
  2. Preset > Pilih Photo.
  3. Size > Landscape, 4 x 6 (anda boleh pilih yang lain)
  4. Resolution dikekalkan pada 300.
  5. Background Contents > Pilih White.
  • dan anda akan dapati Photoshop akan menunjukkan anda hasil di bawah, Tadaaa..~

failbarusiap

Weehuu..anda dah boleh mula edit gambar! jom try nak? klik ikon ‘T’ anda di sebelah kiri Tools Menu atau mudahnya tekan kekunci T pada keyboard .

text tool

  • Klik pada bahagian putih ruang kerja (bahagian C) dan tulis apa sahaja yang anda mahu. Bila dah sudah, klik di bahagian luar garisan putus-putus kotak teks tadi atau tekan ikon ‘right’ di bahagian atas. Contohnya,

text 1

  • dan klik ikon ‘right’ seperti di bawah (butang berada di bahagian menu utama di atas),

right

ALAMAK! senget la pulak.. takpe :D jangan risau, sebagai saranan kami sarankan anda tick “Auto-Select” dan “Show Transform Control”.

  • Klik ikon pertama atas di Tools Menu atau tekan huruf ‘V’ pada keyboard untuk ke Move Tool dan anda akan nampak kotak untuk di tick di bahagian atas menu. Kemudia anda klik pada perkataan anda tersebut dan alihkan ke tengah atau ke mana-mana yang anda suka. Hasilnya,

alih

  • Dan untuk yang terakhir sekali, untuk simpan fail atau Save anda hanya perlu Klik File> Save / Save As. Apabila kotak seperti di bawah keluar, masukkan

Save in: Pilih di mana anda hendak letak fail ini.

File name: Latihan 1 (boleh dengan nama lain)

Format: Pilih Photoshop (*.psd) jika anda mahu simpan fail ini supaya anda boleh edit di kemudian hari atau;

JPEG (*.jpg) jika anda mahu ia disimpan sebagai imej. Anda juga boleh cuba format lain seperti *.png atau *.gif.

save

  • Sekiranya anda memilih JPEG (*.jpg) anda akan lihat tetapan seperti di bawah, letakkan nombor 1 (kualiti rendah) hingga 12 (kualiti maksimum) untuk Quality atau;
  • Pilih di bahagian kanan nombor tersebut yang memberikan 4 pilihan yakni Low, Medium, High atau Maximum.
  • Klik OK.

Haaa..dah siap.. ^_^ bukak fail anda di mana tempat yang telah anda simpan tadi.

Latihan 1

SELAMAT MENCUBA! smile_wink