Baru sebentar tadi Fotogu.Com dihubungi oleh seorang pembaca blog kami dan bertanyakan tentang kamera DSLR pilihan hati,

Assalamualaikum... saya ade sedikit pmasalahn dlm mbeli kamera antara nikon,canon & sony alpha...ramai antra mmber saya menggunakn nikon kerana mngatakn byk 3rd party lens dr camera lain.. btul ker? bajet kamera dslr sy dlm rm3 ribu... apa pendapat fotogu.com dalam hal ni?

Hmm...berkenaan dengan kamera mana yang terbaik? soalan ini biasa kita dengar di mana sahaja peminat fotografi berada. Masing-masing mahukan yang terbaik bagi kamera pilihan hati. Jadi,


NIKON? CANON? atau SONY? atau PENTAX,OLYMPUS mahupun FUJIFILM?

jawapannya... ia terpulang kepada ANDA, si pengguna.

Mengapa Fotogu.com katakan begitu? kerana sememangnya setiap jenama ada kelebihan masing2


CANON
- Amat terkenal dengan kelebihan soft focus dan post-processing (edit gambar) kerana tone gambar yg lebih bersifat natural
- Boleh katakan banyak juga third party lens dan lens terpakai dijual di forum2 dan website fotografi Malaysia.

NIKON
- Terkenal dengan ketajaman gambar (sharpness) dan colour yang vivid.

- Ada yang katakan bhawa Nikon mempunyai keselesaan dan kemudahan yang lebih tinggi ketika pengendalian kamera dari segi kedudukan butang dan setting kamera

- Lensa third party dan lensa terpakai juga banyak di forum-forum dan website fotografi seluruh Malaysia.

SONY
- Walaupun masih baru, sony masih ada peminat tersendiri dan Sony kini berkembang pesat dengan teknologi mereka sendiri.
- Yup, sememangnya Sony masih kurang lensa third party  dan lensa terpakai tapi ia masih dikatakan banyak kalau nak dibandingkan dengan jenama lain seperti Olympus atau Pentax.

Sebagai tips akhir, anda mgkin boleh untuk mmpertimbangkan membeli NIKON atau CANON kerana lebih ramai pengguna yang mnggunakan jenama ini melainkan di kawasan anda ada komuniti tersendiri seperti team SONY atau OLYMPUS.


MENGAPA?

- Ini memudahkan anda untuk sekurang-kurangnya bertukar-tukar lensa dan speedlite dan dapat mengetahui apakah kelemahan dan kebaikan sesuatu bodi, speedlite atau lensa yang telah digunakan sahabat anda.

- Anda dapat berkongsi ilmu dan pengalaman menggunakan jenama yang sama.

- Lebih mudah untuk anda menyelesaikan satu-satu masalah yang berkaitan dengan jenama tersebut kerana sahabat anda mungkin telah mengalaminya.


Namun, masih tak menjadi masalah sekiranya anda berniat untuk menjadi lain daripada yang lain dan menjadikan diri anda istimewa dengan menggunakan jenama selain dari NIKON dan CANON.

Kepada semua peminat dan penggemar fotografi, anda mungkin boleh ke sini, Fotogu.Com dah terangkan segalanya :)

TIPS BELI KAMERA BARU / TERPAKAI

KAMERA DSLR TERBAIK 2010

9 LANGKAH MUDAH MEMILIH KAMERA

10 KAMERA KOMPAK TERBAIK 2010


SELAMAT MEMILIH~ ^_^