Tips: Membeli kamera terpakai dan shutter actuations

- Kamera Nikon D80 kini dijual kerana pengguna beralih kepada D90
Terdapat beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli badan kamera dslr terpakai. Antaranya adalah:
- Warranty.
- Pemilik asal kamera
- Shutter actuation atau bilangan shutter.
1. Pertama sekali apabila membeli kamera terpakai, kita perlu sedar bahawa warranty telah tamat dan seandainya rosak, kita perlu membaiki sendiri badan kamera tersebut. Keduanya, setiap badan kamera mempunyai tempoh hayat yang tersendiri. Umpamanya Nikon D80 memiliki jangka hayat 80 000 shutter click, jadi selepas tempoh itu, mirror lock up (bahagian yang berbunyi ketika mengambil gambar) perlu di calibrate semula, sensor juga perlu diservice.
Tanpa warranty, pasti sukar untuk menjaga isteri kedua kita nih. Jangan risau, anda masih boleh beli sekiranya warranty telah tamat, cuma pastikan shutter actuation adalah, iaitu faktor pembelian yang ketiga. Saya akan sebut sebentar lagi.
2. Pemilik asal kamera juga perlu dipertimbangkan. Selidiki latar belakang pemilik kamera. Sekiranya beliau seorang jurugambar pro, jumlah gambar yang di ambil adalah banyak. Pernah saya bertemu seorang jurugambar di Ottawa dan berborak, beliau berkata kebanyakan majlis, beliau akan mengambil gambar melebihi 3000.
Namun tidak menjadi masalah kerana anda masih boleh memeriksa shutter actuation yang saya akan sebut sebentar lagi. Sekiranya anda berpeluang berjumpa dengan pemilik kamera tanpa melalui orang tengah, antara perkara yang patut anda lakukan adalah:
- Tanya samada pernahkah kamera tersebut terjatuh.
- Tanya pernahkah skrin panel badan kamera tersebut menunjukkan tanda error.
- Minta untuk cuba mengambil gambar dan ambil sampel gambar tersebut untuk periksa shutter actuations.
- Apakah sebab ingin dijual.
- Tanya bolehkah dipulangkan sekiranya tidak berpuas hati dalam masa sehari. Ini memberi masa kepada anda untuk memeriksa dengan teliti.
- Goncang kamera untuk memastikan tiada yang bergoncang di dalam body dslr itu.
- Periksa kesan calar akibat jatuh dan hentakan secara teliti dan dekat.
3. Seandainya anda ingin menjimatkan masa anda, sebelum membeli dan membuat keputusan berjumpa, minta sampel gambar yang terbaru dari pemilik asal kamera. Kita akan memeriksa shutter actuations.
Cara-cara memeriksa shutter actuations.
- Pergi ke laman web ini: http://drchung.new21.net/previewextractor/ dan scroll ke bawah sehingga berjumpa section dowload. Anda tidak perlu membaca tutorial tersebut kerana cara menggunakannya amat mudah.
- Run program yang anda dowload tadi.
- Terdapat tab untuk shutter count di bahagian atas kiri program tersebut. Tekan butang tersebut,kemudian tekan run.
- Tekan load image dan anda akan mendapat jumlah shutter camera tersebut.

- Tekan butang shutter count untuk shutter actuations.
Sekiranya ia menyebut "Shutter Count not Found", itu bermaksud gambar tersebut telah di edit. Minta gambar yang original.
Sekiranya anda telah mencuba semua cara ini, saya ucapkan selamat berjaya. Pesan saya, shutter count adalah pentingkan kerana itulah yang melambangkan usia kamera dan bukannya tempoh masa sejak kamera tersebut di jual.
tqvm dgn useful info
alahai blum ckup duit nk beli dslr, nk blajar actuation tu pon ngan camera compact je tadapat lglaa, takpela tq2