Fotogu Fotogu
Search
Kenal Apa Itu Aperture dan Depth-of-Field(DOF)?

Tup..Tap..Tup..Tap.. Hari ni dah pun hari Sabtu.. Hari yang paling menggembirakan selepas waktu balik bekerja/belajar selepas Jumaat petang. Bagi yang tidak ada bini dan memiliki kamera, anda mungkin rasakan inilah waktu yang paling sesuai untuk anda meluangkan masa bersama gajet tercinta. Bahkan dalam komuniti kawan-kawan Fotogu.Com, mereka bahkan menggelarkan nama jantina bertentangan dengan kamera masing-masing.. macam2.. hehe~

Untuk entri kali ni, Fotogu.Com berhasrat nak berkongsi tentang bagaimana anda boleh membuat gambar di bawah ini walaupun dengan kamera digital kompak (bagi yang tidak memiliki DSLR).

no no no res2

Menarik bukan? Imej anda sharp di depan dan blur-blur di belakang. Jom kita tengok apa elemen penting yang perlu anda tahu..

Sebelum ini kita dah pun bincangkan tentang konsep tiga segi pendedahan, dan seperti yang anda ketahui 3 elemen penting dalam segitiga tersebut adalah:

  1. ISO;
  2. Shutter Speed;
  3. dan yang terakhir akan kita sentuh hari ini, APERTURE.

APA ITU APERTURE?

Secara ringkas dan mudah, APERTURE adalah saiz bukaan lensa kamera ketika gambar diambil.

Secara teknikalnya pulak, jika kita lihat dalam proses mengambil gambar, cuba anda ingat balik ketika anda menekan punat/butang mengambil gambar pada kamera anda. Apabila punat tersebut ditekan, ia akan mengeluarkan satu bunyi kecil seperti “k-chack!” dan itulah sebenarnye saat ketika cermin pantul diangkat/dijatuhkan serta bilah aperture terbuka/tertutup.

Ketika anda menekan punat tersebut, sebenarnye ia akan menyebabkan satu ‘lubang’ dibuka untuk membenarkan sensor merekod gambar di hadapan anda. Dan saiz bukaan ‘lubang’ inilah yang dinamakan APERTURE.

Lebih besar ‘lubang’ itu dibuka, bermakna lebih besar aperture dan lebih banyak cahaya yang dapat memasuki kamera.

Lebih kecil ‘lubang' itu dibuka, bermakna lebih kecil aperture dan semakin kurang cahaya yang dapat memasuki kamera.

BAGAIMANA APERTURE DIKIRA?

Aperture pada lazimnya dilabelkan dengan panggilan dan format ‘f-stops’. Sebagai contoh, f/1.8, f/2.8, f/4, f/13 atau f/22 dan sebagainya.

Seperti dalam Shutter Speed, pergerakan satu f-stop ke hadapan (nombor f semakin mengecil) akan menggandakan (1 kali ganda) jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.

Manakala pergerakan satu f-stop ke belakang (nombor f semakin membesar) akan mengurangkan (separuh) jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.

Mudah kan? :)

Untuk gambaran yang lebih senang jom tengok rajah di bawah,

aperture-f-stops

Kebanyakan orang keliru dengan no. aperture dan saiz bukaan lensa. Saiz bukaan lensa yang besar sebenarnya dilabelkan dengan no. ‘f-stop’ yang kecil.

Contoh mudah kita ambil, f/2 mempunyai bukaan lensa yang lebih besar berbanding f/5.6. Bunyi macam berbelit namun itulah hakikatnya, dan jangan terlalu risau, anda akan biasa dengan keadaan ini sekiranya anda kerap bermain dengan aperture :)

BERMAIN DENGAN DEPTH-OF FIELD (DOF)

Segelintir daripada peminat kamera amateur mungkin tertanya-tanya apa beza menggunakan f/2 dan f/5.6? Jawapannya, semua itu akan memberikan kesan kepada satu istilah yang dinamakan sebagai ‘Depth-Of-Field’ atau DOF.

Apa itu DOF? DOF ialah jumlah kawasan yang berada dalam keadaan ‘sharp focus’ atau fokus yang tajam dalam gambar yang anda ambil.

Jom lihat contoh mudah (klik utk besarkan),

bezaaperture_rs

Kita boleh lihat yangnombor aperture yang lebih kecil (f/2.0) akan menghasilkan ‘greater isolation’ atau 'pengasingan yang lebih baik' untuk objek yang hendak difokus dengan latar belakang.

Berbanding dengan aperture f/6.3, latar belakang gambar kelihatan lebih jelas dan tampak berbanding sebelumnya kerana DOFnya lebih besar / luas berbanding DOF untuk f/2.0. Jadi mudah untuk ingatkan? :)

BILA HENDAK GUNA APERTURE BESAR DAN APERTURE KECIL

Dalam ilmu fotografi, lazimnya nombor aperture yang besar (DOF besar, bukaan lensa kecil) seperti f/11, f/16 ataupun f/22 digunakan untuk mereka yang sukakan fotografi lanskap atau apa jua fotografi yang memerlukan foto yang mempunyai butiran (details) yang jelas dan fokus yang tajam. Contoh, gambar permandangan bukit bukau dan lain-lain.

Art of Dam resized

Manakala untuk nombor aperture yang lebih kecil (DOF kecil, bukaan lensa besar) seperti f/1.8, f/2.0 atau f/2.8 kerap digunakan untuk fotografi potret atau macro untuk menghasilkan ‘isolation’ yang bagus antara objek yang hendak difokus dengan latar belakang.

tokkires

Untuk mengetahui lebih mendalam, mahu atau tidak, anda memang perlu bereksperimen dengan kamera anda supaya anda lebih biasa dengan nombor ‘f-stops’ ini dan juga tentang Depth-of-Field (DOF).

SELAMAT BEREKSPERIMEN DENGAN APERTURE! ^_^

Related Posts with Thumbnails

arrow16 Responses

  1. 18 mos, 1 wk ago

    tahniah!

  2. 18 mos, 1 wk ago

    thanx bro mudzil :D

  3. 18 mos, 1 wk ago

    Yes! Yes! Like this very much~ Thanks Fotogu~

  4. 18 mos, 1 wk ago

    yes syamil ^_^ u r most welcome..
    sama2 kita mantopkan diri dengan ilmu fotografi ni..

    Gu!

  5. 17 mos, 3 wks ago

    bunyi “k-chack” tu bukanlah bunyi aperture blade terbuka dan tertutup. itu sebenarnya bunyi cermin dan shutter blade

  6. 17 mos, 3 wks ago

    to dslr, maaf atas kesilapan dan terima kasih kerana sudi berkongsi info yang lebih tepat.. sudah diperbetulkan :)

  7. 16 mos, 1 wk ago

    ah, trimakasih sekali untuk artikel2nya di website ini. sungguh membantu, meskipun ada beberapa kata2 yang membuat saya mengernyitkan dahi karena kurang paham artinya. :)

    salam dari Indonesia, kawan! selamat memotret!

  8. 16 mos ago

    sama-sama kasih.. ^_^ terima kasih kembali kerana sudi menziarahi Fotogu.Com.

    indonesia dari kawasan mana?

    selamat memotret juga :D

  9. 15 mos, 2 wks ago

    wow baguslah mike punya jaring …membantu teman belaja guna kamera …benornya teman baru amik kamera ni Nikon d300 main beli jeee…guna tak tau..tq

  10. 15 mos, 2 wks ago

    oo.. d300s.. bagus kamera tu.. antara kamera terbaik dalam range die.. kalau ade masa jom lah TT.. :D

  11. 15 mos, 1 wk ago

    salam..mmg banyak ilmu dpt disini.harap diteruskan..nak blaja jgk..
    Muhamad Arif Zaripin recently posted..Olympus E-5

  12. 15 mos ago

    besh2x…akhirnye ade gak artikel pasal DOF dlm Bm nie yg senang nk paham…thnk u Guu..hehe

  13. 15 mos ago

    insyaAllah arif :)

  14. 15 mos ago

    alhamdulillah :D selamat belajar hypersyndrom :D
    adminfotogu recently posted..Kuda Horse

  15. 14 mos, 2 wks ago

    salam..sy nak tanye skit ler..ada tak kaitan antara DOF nie dgn f-stop di lens cthnya lens f4-5.6.

  16. 14 mos, 2 wks ago

    yup..mmg sgt2 berkaitan..
    lebih kecil nombor aperture tersebut..
    lebih kecil kawasan DOF @ kawasan yg fokus..

    ambil contoh. f4 dibandingkan dengan f1.8.
    maka lensa dengan f1.8 akan mnghasilkan gmbar yg lebih bokeh atau yg slalu org kata ‘nak depan sharp, n gambar backgroundnya blur’ ..

    tapi f4 juga bleh buat demikian..kna pndai bermain dengan jarak objek dan jarak background image.. dan hasil bokeh f4 semestinya tidak sehebat f1.8 :)
    adminfotogu recently posted..Kuda Horse

Leave A Comment

*

CommentLuv badge

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.