Masih ramai yang memakan masa untuk memahami konsep sebenar tentang ‘exposure’ ataupun dalam bahasa melayunya, pendedahan. Pendedahan apa tu? Haa.. sebenarnya ia adalah berapa banyak jumlah cahaya yang dibenarkan untuk didedahkan oleh kamera ke atas sensor kamera semasa proses mengambil gambar. Err~ fahamkan? ok..ok kita cuba fahamkan sekali lagi dengan cara yang lebih mudah.
Jadi insyaAllah kali ni Fotogu.Com akan cuba untuk berkongsi mengenai tips mudah belajar tentang ‘exposure’.
Untuk memahami ‘exposure’ bagi sesuatu gambar, cuba lihat rajah di bawah:
Mudah bukan? Antara 3 elemen utama untuk memahami exposure ialah:
Berdasarkan rajah di atas, kita harus ingat bahawa setiap pertukaran atau perubahan dalam salah satu elemen dalam tiga segi tersebut bakal membawa perubahan kepada gambar yang diambil. Samada menjadi lebih terang/gelap, noise yang tinggi/rendah, kesan bokeh yang mantap/tidak mantap dan bermacam-macam lagi.
PERUMPAMAAN UNTUK MENGINGATI EXPOSURE
Anda hanya perlu bayangkan sebuah kepala paip dengan air yang mengalir ke dalam sebuah baldi. Sudah bayangkan?
Baik. Sekarang ni cuba anggapkan:
Samada exposure itu banyak atau sedikit ia telah pun disukat menggunakan aperture,ISO, dan kelajuan shutter yang dah digantikan dengan istilah mudah kepala paip. Jadi mudahkan untuk faham tentang ISO ni?
Buatlah sedikit eksperimen menggunakan mode M atau Manual di kamera anda. InsyaAllah anda akan faham dengan lebih lanjut.
SELAMAT BEREKSPERIMEN DENGAN EXPOSURE~ ^_^
3 Responses
info yang bagus kepada sape2 yang baru nak berjinak2 dalam fotografi..
jom..huhuhuhuuu